Pages

Wednesday 27 February 2013

Home Pest

Geli dengan lipas, cicak n tikus??? eeeyyy...

Jangan biarkan hidup anda terus di belenggu oleh mereka.. ;)

Kat sini cikJah nak share beberapa tips nak usir or cegah golongan gelendangan di atas daripada terus menghuni umah ampa...

CikJah prefer biological or physical control than chemical control kerana ia ternyata lebih selamat.. 

1) Lipas

Last few years CikJah di perkenalkan dengan 1 product yg ternyata bagus.. penyembur serai wangi AFY HANIFF. it's liquid. ada 2 types...

Type 1: Pati/Pekatan Herba.
Lepas beli, uoll kena balik umah masukkan in your sprayer and mix with some water (as per instruction on bottles). Ada 2 sizes; 600ml and 900ml/1L (kalau x salah cikJah).


Type 2: Ready mix sprayer..haha yang ni sesuai untuk sesiapa yang rasanya dirinya pemalas rajin macam cikJah. hehehe



Nampak ja lipas, sepantas kilat capai sprayer dan nah ambik ko lipas!!!!


Kalau korang sembur sikit aje, lipas tu still maintain bersiar-siar in your house dulu. But don't worry actually dia dah lalok. Perlu diingatkan serai wangi ni bukan la macam uoll guna chemical spray tau yang mana bila disembur ja terus toinkkk jatuh n mati terhempas ;)

Tapi kalau cikJah, cikJah akan sembur dia bertubi-tubi sampai mati!! hahahaha (gelak jahat) dah alang-alang kan ;)

Where CikJah bought this Afy Haniff product?
CikJah beli di Mydin. Rasanya di Giant, Tesco, Carrefour etc pun ada...

Afy Haniff ni lebih sesuai kalau lipas yang berkeliaran, tapi kalau lipas yang bekerja senyap-senyap macam dalam cabinet etc, cikJah syorkan ampa guna ni...


Trap kertas ini bergam di tengah-tengahnya dan dibekalkan dengan umpan / bait nya sekali.. Baits tu berbentuk pil (macam panadol gitu). 
1 pack = 5 pcs traps. 
1 trap=1 bait. 
Means uoll boleh letakkan di 5 tempat berbeza atau 5x guna (kalau korang letakkan setempat je pada 1 masar). Harganya amat berpatutan RM6> aje per pack.

CikJah belikan ni for my mum.. bukan je mak bapak lipas malah anak cucu cicit lipas sekali trapped on the pads. heee

Cepat-cepat buang tau pastu, jangan kata ampa nak buat koleksi pulak!!!..uweeekss

Other than this "Family" brand, ada gak brand Ridsect etc.. rajin2 la ampa cari di pasaraya yer...


2) Cicak


Bagi cicak pulak ampa boleh gunakan cockroach trap seperti dia atas coz functionnya as cockroach or gecko trap.

Satu lagi untuk gecko/lizard ni korang leh la pakai household flies trap (seperti di bawah).

3) Lalalalat (Lalat)
Gunakan je conventional flies trap ni..


Kertas lalat seperti ni boleh di beli di pasaraya, mini market, kedai runcit or hardware store berhampiran rumah ampa..

4) Siput Babi/snail

Siput babi ni bukan home pest dah. Ini dah categorised as garden pest. Kalau snails dari your garden susah sikit nak kawal. You've to intensively monitor them. haha

Tapi if the snails are from your jiran sebelah punya kebun, it's easier because ampa leh wat barricade antara umah ampa dan umah makcik sebelah tu.

Tabur je garam kasar. CikJah bukan ajar ampa jadi bomoh tau! Salt could prevent snails from entering your garden. Tapi AWAS!!! jangan pi tabur garam atas rumput yang ampa beli mahal-mahal dari nursery di Sungai Buluh tu... sure la your rumput akan kiokk!!

5) Anjing

If your neighborhood or housing area ada banyak anjing liar yang dok mai kencing or berak (maaf CikJah pakai bahasa kasar) depan pagar umah ampa, ampa cuba petua cikJah ni...

Guna serbuk cili / air cili, tabur or spray in front of your gate. CikJah x recommend sangat ampa use chili powder coz kalau lepas ampa sembur hujan turun, it will gone! or kalau angin kuat, alamatnya free-free ja terbang serbuk cili yang ampa tabur...sah2 membazir macam tu je...

So as alternative, mix up your chili powder dengan air. So spray your air cili kat tempat anjing sokmo datang sondol. Pastikan air cili yang ampa mixed tu x terlalu cair or x terlalu pekat. 

Sebabnya kalau terlalu pekat, sprayer ampa akan tersumbat la Kak Nab oii.. tapi kalau terlalu cair plak, x da effect apa2 ke anjing tu (pandai2 la ampa agak nooo...)

Tahu x kenapa air cili ni leh elakkan halau n elakkan anjing dari suka bertempet depan umah ampa??? Sebabnya anjing kan menyondol dengan hidungnya..jadi bila dia sondol dan terkena cili, memang sensor dia xleh tahan la kan..

So, ampa leh guna chili powder or chili sprayer ni as your dogs repellent.

Ampa leh baca di internet banyak lagi petua untuk keep the dogs away from your garden etc..ada yang pakai cuka la dan macam2 lagi... selamat mencuba....










Monday 25 February 2013

Tempat Makan Best di Singapore

CikJah nak share dengan semua tempat makan best di Singapore. CikJah x p tempat makan class2 dan berbintang2 tau~tempat biasa2 saja the most important is sedap hingga menjilat sudu..

1) Sup Tulang Merah @King of Soup Tulang

Our 1st Soup Tulang Merah hunter..@M.A.Deen located at Sultan Road. Kalau naik taxi, bgtau je taxi driver you're going to Sultan Road (nearby Arab Street).
M.A.Deen King of Soup Tulang


Tadaaa...


Ini la rupa sup tulang merah~merahnya makngah! sesuai dgn namanya.. walaupun rupanya menakutkan tapi rasanya pasti x mengecewakan :)

Even this is our 1st try..mmg bombastic la rasanya 9/10 cikJah kasi!

x percaya???

ni haaa buktinya..

Bukan je ada sup tulang merah, malah ada nasi goreng merah, sup kambing (makan dengan roti), murtabak singapore, mee goreng merah dan banyak lagi...Ini foto nasi goreng merah..walaupun warnanya menggerunkan, tapi rasanya tip top! extra ikan bilis okehh..



2) Chili Crab @East Coast Seafood Centre...

Located just few minutes by car from Changi Airport. cikJah & my Twin ke sini di bawa oleh kawan kami enCik Nizah.. He's our tour guide sepanjang kami di Singpore. He's Singaporean.Memang baik la orangnya. Cakap jela nak ke mana pasti di bawa..





** Maaf la foto kurang memuaskan..cikJah bukannya ada telefon canggih macam ampa semua, main snap guna fon sumbangan company cekk ja... 

3) Long John Silver's

Mesti ampa heran kenapa cikJah pi upload fast food restaurant ni?? Bukannya apa, kalau ampa tercampak di Orchard Rd tu dan mati kutu nak makan apa, Long John Silver's could be your alternative rather than having KFC,McD & Burger King..It's HALAL ok. Ada Singapore Halal Certification g!





Mint Milo di John Silver's ni memang kaw..terangkat straw beb!
Milo terbaik CikJah penah minum

4) Briyani Singapore ~ sekitar Syed Alwi Rd (Mustafa Centre)

Kalau ampa p shopping p Mustafa Centre (open 24hrs & 7days/week), ampa boleh la nikmati Briyani Singapore.. terdapat banyak pilihan kedai di sekitar Syed Alwi Rd ni...


Briyani selection:
~Mutton Briyani
~Chicken Briyani
~Beef Briyani
~Aneka roti (roti prata/telur/tisu/naan dan banyak lagi)
~Murtabak Singapore (Ayam/daging/sardin etc)

Mutton Briyani pilihan CikJah & twin

Salah satu nama kedai yang cikJah ingat ABM Beriyani..di ABM cikJah & twin had our chicken beriyani sebab yang lain dah habis sebab dah agak malam kami pi.



Harap few tempat ni leh jadi rujukan korang yang tengah mencari-cari tempat makan yang best di Singapura... enjoy your food, enjoy your life! Tapi ingat jangan membazir..ramai lagi yang x cukup makan di Somalia etc =)

Salam perkenalan


Bismillahirrahmanirrahim...


Salam perkenalan dari cikJah untuk semua...

Actually I'm thinking of having my own blog since last few weeks,..mana tak nya dari bangun tidoq, di ofis (yang ini jangan tiru ya~except during your rest time), pulang kerja sampai la cikJah tertido balik asyik menghadap mukabuku aja..memang dah juling mata cikJah ni di buatnya taw..huhu


So, I hope through this blog I could share with you my experience living and working abroad (cewah berangan je lebih ;) padahal mai seberang ni cikJah naik tongkang je pun~uhukkks


Apapun yang penting ada cita-cita yang diiringi usaha & doa. InshaAllah kejayaan dan bahagia milik kita.