Pages

Thursday 28 March 2013

Plaza Singapura

Hari ni CikJah bekerja dari kamar hotel ja. Nak keluar cari makan pun malas. Bagi pengetahuan ampa, hari ni CikJah outstation ke Singapura (I've arrived here last night). If you're in Singapore and stay at the hotel, you have to know that not all hotels here served HALAL FOOD. So better to ask at hotel counter or concierge for confirmation. It is okay if the hotel did served the halal food but if not, you've to go out for food hunting.

Lewat petang jam 6.30pm (bagi pengetahuan ampa yang belum tau, waktu di Singapura adalah sama seperti waktu di Malaysia), CikJah pun keluar dari bilik menuju ke Orchard Rd dengan misi untuk LUNNER (lunch+dinner).

Kalau belok kanan menuju OG/Orchard Sentral dll, kalau belok kiri pulak menuju Plaza Singapura. CikJah pilih untuk belok kanan. Baru je melangkah 5 langkah, terasa nak tukar arah. Boleh pulak macam tu kan. CikJah pun patah balik dah terus melangkah Plaza Singapura melewati Istana.

Semata-mata tukar plan ke Plaza Singapura sebab nak makan KFC. KFC di Orchard Sentral dah ditutup beberapa bulan lepas. CikJah tak pasti pulak reason kenapa ia ditutup samada tak mendapat sambutan atau atas lain-lain sebab. Dah berbulan rasanya tak makan kfc. Habis je lunner, CikJah pun jalan-jalan cuci mata. Jom tengok apa hasil CikJah dapat waktu cuci mata tadi...

Outlet pertama yang CikJah masuk ialah Smiggle. Dapat la 2 pencil cases for our 2 girls; Afifah Malisa & Aliya Syafiqah.
CikJah pilih pink and orange for gugurl :)
Zoom in! Tinggi pencil case ni adalah sama dengan ketinggian screen laptop.

Tak hengat-hengat CikJah beli pencil case untuk anak at Standard 1 and 2 tapi same size with their teacher's punya pencil case ;) I like it so Cikjah punya suka la kan.
Back side. Macam beg sekolah gitu.
Kan CikJah dah cakap sama tinggi dengan screen laptop. Ini sebab tak betul-betul tegak sebab tu nampak macam lebih rendah. Hope Alisa n Syafiqah like my small gift. Sekadar kemampuan CikJah.

Masuk 2nd outlet pulak..

Dapat 1 jam tangan. Biar murah asal lawa dan berkualiti. Tinggal kotaknya aja sebab jamnya terus di pakai. heee cewi gitu. CikJah beli jam tangan plastik yang simple because I like the colour. Go green! Ala-ala hijau lumut gitu but I don't exactly know what colour it is..

Misi di teruskan to my favorite Daiso. Misi mencari glove untuk pakai waktu kerja di lapangan. Sambil-sambil tu nak usha-usha kot2 jumpa my mum punya chair leg covers.
Tadaaa.. macam sarung kaki baby :)

CikJah sengaja pilih brown colour so senang nak jaga. Ada ja pink with polkadot printed on it but CikJah kurang berkenan. Memang gorgeous tapi susah nak jaga. CikJah cuba pakaikan that sarung kaki ke my baby Nokia dan ini hasilnya...
Comel kan?  =)
Sekian hasil shopping tanpa dirancang untuk hari ini. Mata ini amatlah mengantuk. CikJah tidoq dulu ya. Assalamualaikum...

Monday 25 March 2013

Al-Fatihah


Siang tadi niat di hati nak update my blog. Tetiba malam ni..


Sejam yang lalu dapat email, esok petang kena travel to Jakarta dan malamnya ke Singapore. Tuhan je yang tahu kemalasan melanda diriku ini to pack up all my stuffs within few hours sebab esok pagi b4 pi kerja dah kena check out.


Setengah jam yang lalu pulak my brother informed that my Pak Njang passed away. Innalillahi raaji'un.. Al-Fatihah to al-marhum Zainon B. Wan. Moga beliau di tempatkan dikalangan orang mukmin. Amin.


Saturday 23 March 2013

Green Mussel

Selamat berhujung minggu untuk semua..

Hari ni CikJah nak berkongsi tentang green mussel or kepah hijau. Green mussel not green muscle okay=). Walaupun kepah hijau ni cantik rupanya tapi dia diharamkan untuk menjejakkan kaki ke Australia. huhu kesian cik kepah kan =(
Ni rupa cik kepah. Cantik orangnya =)
Zoom in image
Kepah hijau ni banyak didapati di perairan Asia Tenggara. Cik kepah akan menempel di kapal-kapal. Jadi kepada mana-mana kapal yang nak berlayar ke Australia, marine biologist will conduct wet side inspection to make sure vessel is free from any non-indigenous species iaitu spesis yang bukan berasal dari Australia termasuk this green mussel.

Jadi kerja-kerja membersihkan bottom side kapal pun giat dijalankan oleh para divers berkelayakan sehinggalah semua cik kepah tersingkir. Kalau kapal di laut, divers yang akan remove but if vessel is on dock, general marine cleaner la yang akan buat.

Ampa tengok betapa tegasnya Austalia mempertahankan species asal mereka. Jadi tunggu apa lagi, sama-sama la kita menjaga keindahan daratan dan lautan negara kita. CikJah rasa malu bila among scientist they're talking / discussing about kebersihan perairan  di Asia Tenggara ni, perairan di Thailand adalah lebih bersih dari Langkawi =(. Sebab tu most buleh prefer Phuket & Krabi than Langkawi.

Lets protect our environment~

Friday 22 March 2013

Pengangkutan Awam di Singapore

Salam Jumaat..

Cuti sekolah dah nak bermula, eh dah bermula pun kan rini bagi negeriku tercinta Kedah jelapang padi, Kelantan cik siti wan kembang dan Ganu kite. Negeri-negeri lain esok kan anak-anak dan cikgu-cikgu akan mula bercuti. Mesti ampa semua pening kan mencari destinasi pilihan untuk bercuti kali ni. Tak kisah la bercuti dekat or jauh, asalkan bercuti kan... kalau CikJah, picnic at my mom's garden pun dah best hehe. 

Tapi kan CikJah paling kesian kat cikgu-cikgu di Malaysia, depa ni bukan benar-benar cuti sebenarnya. Walaupun ramai dok kata best la jadi cikgu..cuti banyak... Cuba ampa jadi cikgu tengok.. CikJah bercakap perkara reality even I'm not a teacher! Pada cuti sekolah ni la cikgu-cikgi sekalian wat CSR kelas tambahan untuk anak-anak didik yang nak ambik exam; UPSR, PMR, SPM & STPM. Cikgu sukan pula bawa anak-anak murid pi berlatih sukan, pi lawan sukan di pelbagai peringkat.

Bagi yang ada planning nak bercuti ke Singapura, ampa mesti terfikir-fikir macam mana nak bergerak semasa di sana nanti dan semestinya kebanyakkan dari kita prefer untuk menaiki public transport.

Ada juga yang memilih untuk memandu dari your place to Singapore terutama mereka yang berada di selatan tanah air. Dokat aja dong... kalau dengan kereta CikJah x familiar al maklum la kami kan mai dari nun di utara. Jadi x mungkin la CikJah driving from Kedah to Singapore mau cramp kaki CikJah hukhuk.

Di Singapore, sistem pengangkutan awamnya sangat bagus. Ampa boleh pilih sama ada naik naik bas, MRT/LRT atau taxi. Bas dan LRT/MRT menggunakan kad macam RapidKL. Kad LRT/MRT ni boleh di beli di MRT stations, petrol station atau any convenience stores macam 7E, Cheers dll. Harganya dalam SGD10-12  (seingat CikJah la, tak tau la kalau CikJah terlupa hee) untuk harga kad dan ada sedikit nilai di dalam kad tu.
Ini rupa MRT /  ez-link kad - gambar hiasan
LRT/MRT and bus are most cost effective tapi tergantung la pada jadual ampa di sana nanti. Kalau duit bukan masalah bagi ampa, pilih jela untuk naik teksi. Lebih cepat dan tepat. Singapore bukan lah kota yang sesak / macet macam KL dan Jakarta. Ada beberapa syarikat taxi di Singapore seperti Comfort/Citycab, Transcab, SMRT, Premier Taxi dll.


Taxi pilihan CikJah kalau di Singapore tentulah Comfort. Salah 1 sebabnya most of Comfort taxi are Hyundai Sonata; baru dah selesa. CikJah pernah naik Transcab dah la buruk, bunyi grok grek grok grek.. huhuhu tapi ada juga Transcab yang cantik; Toyota Wish lagi ko. Di Singapore, naik la taxi apa pun, starting rate dia lebih kurang ja SGD2.3-3.3.. Mercedes Limo tu pun baru SGD3.9.. and running rate dia pun ok, boleh diterima akal.

Tak macam di Malaysia, nampak teksi besar-besar apatah lagi kalau Merc memang tangan ni tak terangkat la kan nak tahan. Sah-sah tak cukup duit CikJah nak bayor.. :(

Di Singapore ampa tak kan jumpa macam di KL/Jakarta teksi yang dok tawar-menawar harga ikut destinasi. Boleh pulak macam tu kan? meter itu simpan buat hiasan je la abang teksi oii.. Walaupun ramai abang/kakak dan pakcik/makcik teksi yang baik, namun yang segelintir ni la memberi persepsi buruk pelancong pada negara kita. Bak kata pepatah kerana setitik nila, rosak susu sebelanga.

Balik bab teksi, kalau ampa call for booking, ada la booking fee SGD2-3 bergantung pada syarikat taxi. Waktu menunggu untuk teksi yang di booking sampai kira-kira 5 ke 15min. Tak da penjuru mana pun di Singapore ni yang tak da kenderaan awam. Paling kurang mesti ada LRT/MRT terdekat atau teksi.

During weekdays, Senin-Jumaat ada 25% peak hour surcharge. Pagi dari 6am-9.30am dan petang waktu orang balik keja (CikJah tak ingat pulak waktunya). Biasanya ada tertampal pada tingkap teksi pasal peak hour ni. 

50% dikenakan for midnight surcharge. 12am to 6am. Jadi ampa boleh la rancang penggunaan public transport sebaiknya. Kalau ampa punya waktu yang panjang dan tak tergesa-gesa, naik aja MRT. Leh spend more money untuk shopping. Dah sampai Orchard Rd nanti jangan lupa beli handbag baru tau. Pau suami ampa sekali-sekala tak pa hehe.

Happy School Holiday~

Tuesday 19 March 2013

Dia bukan suamiku!

CikJah paling pantang kalau kena travel or p meeting dengan my teammate berdua ja. Lagi-lagi kalau dia tu lelaki nak-nak pulak buleh (mat saleh). huh!

Penah sekali November 2012 CikJah kena pi training di Singapore. Masa on da way nak balik ke Batam, turun feri di Sekupang Ferry Terminal (Singapore-Batam) ada ka patut sorang aunty Indonesian ni pi tanya CikJah "husband" kamu ke ni? Huh berdesing telinga CikJah bukannya apa, nak pulak dia tanya "husband" ke? tanya la suami ka? x de la buleh (mat saleh) tu faham kan...

CikJah pun dengan sopannya jawab (ecehhh sopan la sangat ko CikJah) : Bukan.. ini kawan saya. Tak hagak-hagak la aunty tu kan pakcik buleh tu dah 50s or late 40s. hukhuk kalau ganteng umur belia remaja 20s nak gak CikJah mengaku pacarnya ke. ahakkks.

Ampa layan je la foto yang CikJah snap dari tingkap feri dan di Sekupang Ferry Terminal Batam.

Perairan Singapore
Feri yang selesa dengan tambang SGD40 bagi 2 hala (Batam-Singapore-Batam).
Sekupang Ferry Terminal View
Batas Penjemput
Bye-bye bapak imigrasi~

Banten-Serang-Cilegon & Bojonegara

Hari ini dah hari ke-3 CikJah di Banten. Banten ialah salah satu provinsi (kalau di Malaysia negeri) daripada 34 provinsi di Indonesia. Capital city atau ibu negeri Banten ialah Serang. Cilegon dah Bojonegara adalah nama tempat di Banten ni. CikJah menetap di Cilegon timur dan bekerja di Bojonegara.

Perjalanan ke tempat kerja mengambil masa 20 minit dengan teksi. Walaupun tempat ni kampung, tapi teksi di sini bermeter tau. Bluebird lagi..

Kepada kawan-kawan yang nak bercuti di Indonesia terutamanya Jakarta kalau nak naik teksi, pastikan Bluebird tau sebab teksinya bermeter dan inshaAllah x kena tipu. Menurut kawan CikJah (he's Indonesian), selain Bluebird ada beberapa teksi g yang boleh dipercayai di Jakarta seperti TaxiKu dan Express Taxi.


Bluebird berwarna biru, Taxiku-Kuning manakala Express Taxi-Putih. Kebanyakan teksi di Indonesia ni Toyota Vios.Di bawah ni gambar Bluebird taxi.



Gambar hiasan
Meter permulaan Bluebird ialah rp6000 dalam rm2. Murahkan.. Bayar rm2 dapat naik Vios =)


Saturday 16 March 2013

mabuk laut vs mabuk darat

Petang ni CikJah nak travel dari Bandar Lampung ke Jakarta dan esok pagi meneruskan perjalanan ke Cilegon. Cuba tengok peta di bawah. Tak tau la ampa ingat lagi tak peta Asia Tenggara yang kita belajar geografi waktu F2 dulu. Bandar Lampung terletak di Pulau Sumatera manakala Cilegon (dalam peta ni x da Cilegon so tempat paling hampir is Serang) terletak di Pulau Jawa.


Kalau dilihat di peta ini, nampak dekat je 2 tempat ni (Bandar Lampung & Serang/Cilegon). Just cross the sea..tapi hakikatnya petang ni dan esok baru CikJah tau..haha Dari Bandar Lampung, ada 2 cara nak ke Cilegon:

1) Jalan laut 
Dari Bandar Lampung naik kereta ke Bakauheni Port (terminal feri) kira-kira 2 jam perjalanan. 
Bakauheni ke Merak dalam 3 jam; bergantung pada keadaan ombak.
Merak ke Cilegon kira-kira 1 jam dengan mobil (kereta).
Jadi total perjalanan mengambil masa kira-kira 6 jam kak Nab oiii..


2) Pengangkutan Udara
Dari Bandar Lampung 45min ke bandara (airport).
Bandar Lampung - Jakarta = 35min.
Jakarta-Cilegon = 2jam ke 2 1/2jam bergantung pada traffic.
Jumlah perjalanan mengambil masa kurang 4 jam   


Sudah tentu la jimat 2 jam dan kurang capet kalau travel ngan flight. CikJah cuma risau kalau kena travel ngan feri mau CikJah muntah hijau sebab mabuk laut..huhu Dari segi kos, dah tentu la tambang feri lebih murah dari kapal terbang kan..

Kalau pi Jakarta ngan flight pula, kiranya kena patah balik la sebab Cilegon ni lokasinya di penghujung tanah Jawa.

Bagi kembara petang ni, my company provides me flight ticket to Jakarta and 1 night stay at Grand Kemang Hotel Jakarta. Waduh syukur alhamdulillah dan lapang hati CikJah tengok my ticket and hotel booking.

Friday 15 March 2013

Whatsapp

Salam Jumaat buat semua...
Jap je dah nak hujung minggu lagi. How time flies..huhu Mac pun dah nak tiba di penghujung.

Kalau bercakap bab gadget ni, CikJah bukanlah orang yang layak untuk berbicara mengenainya..huhuhu Ampa nak tau kenapa? cuba tengok koleksi handphone CikJah...


Fon yang paling kiri tu paling banyak berjasa pada Cikjah. Dia dah berkhidmat dengan CikJah since Oct 2010... lama kan.. Tahun lepas dia dah nazak, bateri dah kembung. CikJah gantikan bateri baru rm30 hukhuk semua orang complaint x berbaloi ko CikJah beli bateri sampai rm30 sedangkan new phone hanya rm60 macam tu la. Tengok screen pun dah calar-balar. Sayang punya pasal, selagi boleh rawat, CikJah akan rawat.


Since my career memerlukan CikJah untuk tawaf Indonesia dan Singapore so CikJah need another phone for my Singtel and SIMpati sim cards. Last month CikJah pulang bercuti di kampung halaman tercinta, maka CikJah pun beli la fon yang tengah tu. NOKIA 100 kalau tak salah CikJah. rm130 for 2 =) another 1 for my aunty. Kiranya rm65 le satu.


Last few weeks sampai je di Lampung my lovely black buat hal lagi. Pagi charge, petang dah mati..padahal tak guna pun =( hukhuk maka CikJah pun beli la si putih gebu paling kanan tu.. Samsung Keystone dengan harga idr195000 hahaha mahal x? dalam rm62 je..

Jadi sekarang my maxis, singtel & simpati sim cards dah ada fon memasing.. jangan gaduh-gaduh lagi tau ;) CikJah sayang ampa..jasa ampa amat CikJah kenang ahakkks

Kepada kawan-kawan yang tanya pasal whatsapp, minta maaf ye CikJah tak dak whatsapp bagai..hehe

Thursday 14 March 2013

Durian kampung dari Lampung

Ampa suka derian tak? Kalau suka CikJah nak tunjuk durian kampung di Lampung ni. Ada kengkawan CikJah yang tanya; sama tak durian Lampung dan durian Malaysia? Jawapannya sama je.. rasa pun sama. Cuma sini mostly durian kampung. Tak pernah la CikJah jumpa D24, Musangking dll di sini.

Bagi yang tak suka dan tak leh bau durian x pa sebab durian yang CikJah nak tunjuk ni tak da bau haha (yela kan foto nya aja mana la ada bau kan) =). Sesapa yang memang tak leh nak bau durian ni nak buat macam mana kan..bukan kehendak ampa dah memang hidung tak leh nak bau kan...huhu CikJah faham..

Derian kampung; Lampung mari...

Durian kampung dijual di tepi jalan & di depan ruko (rumah toko a.k.a kedai)

Kami p Yen-Yen Ole-Ole Lampung sebab our friend Capt. Faber nak beli buahtangan to his family & friends in Jakarta. In front of the shops ada la beberapa penjual durian. While waiting for him to buy his souvenir, it's an opportunity to others of having our derian kampung. 
Let's learn how to open the durian!
Please focus on piece of durian; the flash texture is thin but its taste wow!!! 

Happy eating!


Wednesday 13 March 2013

Langit Nan Membiru


Semalam ialah hari NYEPI di Indonesia. Nyepi is day of silence celebrated by Hindus terutamanya di Bali. Hari nyepi ni cuti umum di Indonesia. Cuma CikJah dan kawan-kawan je tak nyepi. Kami terus membanting tulang memerah keringat mencari rezeki. uhukkkss 

Few days before tu anak-anak buah dok sibuk tanya: Ibu ga lipur pa selasa ni tanggal merah? 

CikJah: tanggal merah? apakah itu? huhu rupanya tanggal merah is public holiday. Agaknya sebab di kalendar depa bertanda merah la kot.

Jom layan gambar-gambar awan yang CikJah snap kemarin dan hari ni. CikJah suka keja di laut ni sebab dapat tengok laut yang terbentang luas dan langit nan membiru. Betapa indahnya alam ciptaan tuhan.. Subhanallah..

Cantik kan? Ini adalah foto original; no edited or any camera technique applied.

Cuba tengok awan tu... tak tau la kalau ampa x rasa apa? yang pasti CikJah suka banget!

Ini tug boat (bot tunda) yang CikJah jaga selama ni. =)

Tug ni nampak je kecik (salah satu penyebab ialah sebab dia jauh di tengah laut). Our tug ni fizikalnya kecik tapi kuasanya makaii.. boleh tarik barge (tongkang) dengan muatan beribu tan tau! CikJah jadikan tug as my inspiration. Biar kecil asal berjiwa besar... ahakkss

Pulau sekitar Tanjung Karang, Lampung.

Awan pagi di Tg. Karang
                           
Bye bye tongkang! sobsob

Tepat 8.11 pagi Waktu Indonesia Barat (WIB) tongkang kami meninggalkan Tanjung Karang, Lampung menuju Selat Sunda (Sunda Strait) seterusnya menongkah arus Indian Ocean menuju Australia. Mana tau ada rezeki CikJah leh ikut jejak tongkang ke Australia jugak...amin.



Monday 11 March 2013

Pindang Meranjat RIU

Semalam balik kerja kami singgah rumah makan yang baru di buka lebih seminggu lepas. Sebelum ni lalu setakat pandang-pandang ja. Jelingan manja gitu... Nampak banyak pondok. Mula-mula tak tau yang tempat ni ialah rumah makan, tertanya-tanya juga la nursery pokok or apakah ia? Lepas dah ada banner baru la tau rupanya restoran atau rumah makan (dalam bahasa Indonesia). 

Pindang Meranjat Riu entrance...



Landskap sekitar restoran..kelihatan rumput dan pokok-pokok hiasan yang baru di tanam.





                            



             



Pondok-pondok dan lampu-lampu (tanglung).











CikJah love Green =)


Colourful



 



Alamat kedai

Menu


Jom layan special menu oleh Pindang Meranjat...

Ulaman ~ Rahsia awet mudah cikjah.. ahakkkkss 
Kalau ampa nak tau ulam yang paling mengancam tak lain tak bukan pucuk betik atau orang Indonesia ngomong pucuk papaya. Rasanya pucuk betik memang mengancam. Pahit gitu.. ;) Ampa cuba la try...

CikJah gave a try to peria celur. It's OK. manakala yang sodek jagung tu memang CikJah kurang gemar even you put it in my tomyam or mix vege, so x yah buh pun x apa.. huhu


Gurame  Bakar
Gurame ni CikJah pun not sure ikan apa but the taste is nice.


Pindang baung
Di Indonesia, pindang or masak asam ni depa buh buah binjai.. sedap!


Cah Kangkung

Cah kangkung is a normal kangkung goreng. Rasanya x de la gempak but not too bad also. CikJah masak lagi sedap kot. ahakkkss 


Sambal mangga 

Dan ada beberapa menu lagi yang tidak di sempat difotokan (cumi/sotong dan udang masam manis).  Our dinner was sponsored by our guest Capt. Faber from Jakarta =) Makasih ya Capt.... Please come again to our Lampung ~ kempung (kampung lidah mat saleh) heee.


Alhamdulillah dengan rezeki yang tak pernah putus. Banyakkan memberi tanpa perlu diminta. Tak salah kongsikan rezeki Allah yang amat banyak buat kita jika dibandingkan dengan mereka yang kurang bernasib baik. Nitezzzz