Pages

Wednesday 4 November 2015

My First Visit to Cameron Highland


Assalamualaikum...

Kesian dak dengar tajuk.. ramai kengkawan dan rakan taulan tak percaya bila saya bagitau depa yang saya tak pernah jejak kaki ke CH.





Tapi itulah hakikatnya..
Mehla kami share gambar sekeping dua.. pi 2hr 1mlm ja tapi start malam tu my husband kurang sihat. Mujur first day tu dah sempat ke kebeberapa tempat. Dan saya plak bukan jenis nak rushing or bolot nak ke semua tempat within short time. Nak bercuti kena la rileks2 takmau kalut.. jadi mana yang tak sempat tu will bring forward untuk next visit.



LAVENDER FARM

Ini la destinasi pertama yang kami jejak di CH hari tu. Di sana leh tengok bunga-bungaan such as lavender, daisy, etc yang lain-lain tu kami tak kenal bunga apa. Ada la beberapa jenis. Di sana boleh jugak petik strawberries tapi untuk weekend sahaja. Weekdays takleh petik. Kami pergi weekdays. Kalau nak petik strawberry di sana it will cost you rm50/kg. Untuk weekdays depa hanya jual strawberry yang depa dah petik dan pek kan.







I love daisies. Geram betol tengok daisy yang berwarna-warni ni.Nak petik pun boleh. RM2/pc. 6pcs for RM10 tapi kami tak petik pun.. sayang narr laa nak petik bebunga cantik tu.





Kami cuma lepak di cafe sambil menikmati kedinginan tanah tinggi CH dan permandangan kebun sayur di bertentangan jalan.




Kami jatuh hati dengan kincir angin mini ni. Bila angin bertiup, kincir comel ni pun berputar. Kami dok jamu mata sambil menikmati keenakan kek & yogurt strawberry.








Di kedai cenderahati ada la jual benda-benda comei ni... geram kan? tapi kami tak beli pun. Bila mengenangkan 'kawan-kawan' lama yang kami bawa balik waktu bercuti di tempat-tempat lain dulu pun terabai dah sekarang. Maafkan kami ya..





Waktu nak keluar dari Lavender Farm ni kami ada beli pucuk labu celup tepung. Saja laa nak try. Rupanya sedap baq hang.. Tak rugi kami berani mencuba hiihii. Tapi takde ambik gambar lak nak tunjuk sini.


Dah puas lepak dan merehatkan minda, kami pun meninggalkan LF ni. Owh yaa bagi yang nak tahu tiket masuk ke LF ni RM6/pax untuk dewasa. Kanak-kanak kami tak pasti berapa ringgit. 


Sayonara..

** Destinasi berikutnya kami share nanti ya. Almost a year tak memblog malas plak nak coret panjang-panjang.











No comments:

Post a Comment