Pages

Showing posts with label Seafood. Show all posts
Showing posts with label Seafood. Show all posts

Wednesday, 10 December 2014

Restoran Halia SDCC

Assalamualaikum.

Pertama sekali kami minta maaf sebab dah lama sangat kami janji nak kongsikan tempat makan di KL & Selangor ni.

Hari ni kita cerita sikit pasal Restoran Halia yang terletak Sime Darby Convention Center Bukit Kiara.

Kami ngan suami pi Dinner Buffet. Pi hari Ahad malam rasanya. Tenang, aman, damai, tak ramai orang. Suami beta tak suka tempat crowded lagi menyesakkan walaupun kadang-kadang beliau terpaksa jugak pi ahaks.






















Banyak lagi makanan yang disajikan tapi tak kuasa kami nak ambik gambar sana sini. Kang hilang mood dinner suami beta. Paling kami suka kambing mbekk mbekk tapi takda pulak gambar di telefon kami. Terima kasih naa kekanda. Nanti belanja kami lagi :)

Monday, 6 January 2014

Restoran D'Muruh Teluk Batik

Kita teruskan misi JJCM di Lumut. Kali ini krew kami singgah si Restoran D'Muruh atau ejaan lain D'Muroh Teluk Batik.. ecehh ada potensi tak nak tukar kerjaya jadi krew JJCM? Best kan kalau boleh jadi realiti. Kami membayangkan kerja depa tak de la se stress kerja kami hiiii (marah depa kalau dengar ni). Cikjah gurau ja tau... Tak baik marah-marah. Nanti muka cepat berkedut hiii.


Tak ada sesiapa yang mencadangkan restoran ini sebaliknya kami memandu sepanjang jalan menuju Marina Island ini dan buat survey kedai mana paling ramai pelanggan. Berdasarkan observasi kami, ada 3 kedai/ restoran seafood yang sangat ramai pengunjungnya. Jadi kami sepakat untung singgah di sini (lain kali kita pi 2 kedai tu pulak okay.. baru adil).


Pangalaman lalu di Restoran Dayang mengajar kami erti macam mana nak pilih nak duduk di meja mana satu? Walaupun Restoran D'Muruh bukan lah duduk di tepi sungai atau tasik. Oleh kerana dia ada bahagian tertutup dan ber"air-cond" maka kami pilih untuk duduk di sana. Lebih selesa dah bebas nyamuk.

Dah pilih tempat berair-cond ni sejuk lah pula kan.. makan kami pun order nescafe panas untuk balance kan kesejukan.



Di sini tak ada pilihan ikan lain sebab depa hanya ada ikan siakap. Hari tu dah order ikan stim, hari ni kita order siakap 3 rasa pulak. 



Nampak macam kecil tapi boleh tahan juga saiz ikannya. Lebih kurang panjang 2x cermin mata nenek kebayan :) Cukup la untuk makan berdua nakk.



Hidangan lain kami order tomyam campur. Tomyam putih yang sedap.




Sayur pulak. No more kailan or kangkung sebaliknya cendawan goreng menjadi pilihan. Cikjah ingatkan dia guna cendawan tiram hmm tapi dia guna cendawan butang. Tak kisah lah yang penting sedap.


Siap makan sambung gosip Mak Jemah tak hengat dunia sampai kedai nak tutup. 

Kesimpulan yang boleh di buat, makanan di sini sedap (menu yang kami makan la) dan harganya berpatutan. Mesra poket gitu. Alhamdulillah atas nikmat rezeki. Dah makan sedap sokmo ni jangan lupa mereka yang memerlukan. Tak dapat bagi banyak, sikit pun tak apa. Moga Allah terus kurniakan rahmatNya yang banyak buat kita semua.

Sunday, 5 January 2014

Restoran Dayang Teluk Batik


Restoran Dayang ni terletak di Teluk Batik, Lumut. Betul-betul bersebelahan pantai perkelahan Teluk Batik. Berkonsepkan restoran terapung jadi para pelanggan harus meniti titi atau jambatan kayu untuk sampai ke restoran ini. Parking jangan risau, restoran ini mempunyai ruang parking yang luas.



Ibarat berada di pulau kecil, terdapat jugak chalet untuk disewa. Boleh tengok dalam gambar dibawah.. rumah-rumah kecil di sebelah kanan tasik.







Food tray di atas sekadar hiasan mungkin digunakan jika ada buffet.



Restoren tu tak tau la salah eja ke memang nama khas bagi restoran ini. Tapi papan tanda di gerbang masuk dah betul ejaannya. Tak apa lah kan yang penting dapat makan :)


Menu wajib jika datang ke restoran makanan laut semestinya ikan. Jom tengok dulu ikan apa yang ada...



Kami pilih ikan kerapu. Minta dimasakkan stim lemon.


Sebelum makan cuci lah tangan dulu tak kira la nak makan dengan tangan ke sudu kan. Nak nak pula datang dari mana dan apa aja yang dipegang. Unik kan sinki nya. Kuali tu.... :)
Itu bukan tangah CikJah tau sebab kami pakai jam tangan kiri hiii



Jus tembikai susu dia memang kaw! Berbaloi-baloi.


Sirap rose laici pun sodap.. Aroma rose nak memang harum.



Punya lah lama kami tunggu (padahal tak ada pelanggan lain pun) akhirnya makanan yang pesan sampai jugak.

Nasi putih.


Kailan belacan. Pertama kali order kailan belacan. Saja nak cari kelainan. Asyik-asyik makan kailan ikan masin atau kangkung belacan je kan. Sekali-sekala ubah menu pulak.


Udang mentega. Dari segi rupa memang tak menarik tapi rasanya sedap. Mujur ko Jah!


Tadaaa... ikan stim lemon kami.


Simple dan sedap.


Kami ke sana dah lewat petang dalam 6.30pm macam tu. Dok tunggu makanan sampai langit pun dah gelap tanda nak malam. Kami duduk meja tempat tak berbumbung (open air la konon) dekat pulak dengan air kan. Banyak la nyamuk datang menyerang. Siap bersila lagi di atas kerusi. Lantak la orang nak kata tak senonoh pun asalkan nyamuk tak gigit kami :(

Masa kami tengah makan tu baru ada pelanggan-pelanggan lain datang.

Kesimpulannya, makanan di sini sedap cuma bit pricey. Ikan dia rm140 sekilo okehh mujur cukup duit nak bayar kalau tak, tak pasal-pasal kena cuci pinggan di belakang restoran haha.