Pages

Showing posts with label Sekupang Ferry Terminal. Show all posts
Showing posts with label Sekupang Ferry Terminal. Show all posts

Sunday, 18 August 2013

Pantai Palawan

Pantai Palawan terletak di Pangka (disebut Pangke) Pulau Karimun Besar. Kalau nak ke sini, ampa boleh la menaiki feri sama ada dari Batam, Singapore atau Kukup, Pontian Johor.


Hanya 45 minit perjalanan dengan menaiki feri dari Kukup, 1 jam 30 minit dari Batam dan 1 jam 45 minit ke 2 jam dari Harbourfront Singapore. 


Tambang feri dari Batam ke Tanjung Balai, Karimun kira-kira IDR85k dan IDR10k untuk cukai pelabuhan. Jadi jumlahnya tak sampai IDR100k. Manakala tambang dari Harbourfront ialah SGD31 untuk sehala dan SGD56 untuk 2 hala termasuk cukai / tax. Tambang dari Kukup Jah tak tau sebab tak pernah naik. Ampa boleh la Google kalau nak tau harga tambang dari sana. Rasanya tak mahal sebab pulau ni paling hampir dengan Johor berbanding Batam dan Singapore.


Ada 2 syarikat feri yang beroperasi antara Sekupang (SKP), Batam-Tanjung Balai Karimun (TBK) iaitu Dumai Express dan Miko Natalia. Ada juga perkhidmatan feri ke terminal / jeti lain di Batam seperti ke Harbourbay (Batu Ampar) tapi Jah tak pasti apakah syarikat feri terbabit.


Begitu juga dengan perkhidmatan feri antara Harbourfront Singapore-Tanjung Balai Karimun, hanya 2 syarikat feri yang menawarkan perkhidmatan iaitu IndoFalcon dan SindoFerry.




My entry is not to promote this pulau tetapi sekadar berkongsi apa apa yang ada di sini sekurang-kurangnya kalau ampa datang atau terdatang di pulau ni macam kami, tahu la jugak kan apakah aktiviti yang boleh dilakukan.


Jah kurang berkenan dengan tahap kebersihan pantai ni sebab keadaan pantainya yang kotor disebabkan oleh tangan-tangan manusia yang tidak bertanggungjawab. Tak kan nak Jah buatkan awareness training tentang kepentingan menjaga kebersihan pantai pulak kot hmmm. 


Kami ke sana waktu makan siang (lunch) sebab kawan kami ajak pekena ayaq nyok (air kelapa) Pantai Pelawan.













Terima kasih Pak Herman sebab sukarela jadi model air kelapa tak berbayar Jah :)



Pak Herman adalah kenalan kami di Pulau Karimun dan dia ada buat part time perkhidmatan teksi (Avanza) di sekitar pulau ini. Harganya berpatutan; bagitau ja dia yang ampa baca tentang dia di blog Hafizah (sebut CikJah confirm Pak Herman tak kenai).


Kenapa perlu CikJah highlight yang teksinya adalah Avanza? Yela sebagai pelancong sudah tentu la ampa tak mau naik teksi buruk yang dah nak luruh ekzosnya atau yang ada macam-macam masalah. Seharusnya lah kita mahu mendapatkan perkhidmatan terbaik dengan bayaran yang setimpal. Tak ke gitu?


Sekarang musim rambutan, durian dan manggis di sini. Jadi sambil menunggu makanan yang dipesan, kami makan rambutan. Comel je gugusan rambutan depa. Saiz sekali makan..







Sekali lagi Pak Herman volunteer nak jadi model :)






Kami..



Nasi goreng kampung yang simple dan pedas tapi sedap.




Dah siap makan cepat-cepat la balik office kang loceng dah bunyi kena denda pulak masuk lambat hehe


Tuesday, 16 July 2013

Minggu yang Sepi

Lebih seminggu CikJah berdiam diri, bukan merajuk.. bukan juga sibuk.. tapi tak tahu la kenapa.. sebab tak da mood menaip kot.


Selasa lepas Jah pi meeting di Pulau Karimun. Pulau Karimun ni terletak tak jauh dari Johor Bharu. Tak sampai sejam dengan feri kalau dari Johor Bharu. Tapi CikJah pi dari Batam.


Pi meeting beberapa minit ja tapi perjalanannya.. mak aiii.... 20 minit dengan kereta dari office kami di Waterfront City ke Ferry Terminal Sekupang. Then naik feri Dumai Express 1 jam 15 minit perjalanan ke jetty Tanjung Balai, Karimun. Dari terminal feri meneruskan perjalanan 25 minit dengan kereta ke tempat meeting. Jauh kan? Ini la nasib kami yang hidup di pedalaman. Kena sentiasa refresh mental & fizikal untuk kekal kuat.


Dumai Express yang bawa kami ke Karimun

CikJah tak berniat dan tak berminat untuk cerita tentang Karimun pada entry ini, kita simpan nanti ya ;-) InshaAllah 1st week of August CikJah ada assignment sebulan di sana. All the best untuk Jah :)


Hari ni kita bercerita yang 'happy' sahaja ok..


Weekend baru ni CikJah libur (cuti) but I have nothing to be done or nothing in my list. Sabtu kami sekadar tergolek-golek ja di katil; mendalami perasaan bedridden gitu. haha
Menyesal dan rugi sehari!


Pagi Ahad seusai solat subuh, kami berkata pada diri sendiri I must do something today; at least pi town memerhati pe'el orang sekeliling pun jadi la. Yela at least sambil lihat kami berfikir.. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.. tak ke gitu?


Kami decided untuk pi BCS (Batam City Squre). Pi sorang diri. Naik shuttle bus. Perjalanan mengambil masa 40-45 minit. Kami ada masa 3 jam untuk buat apa yang kami suka sebelum pick up time.


Jom tengok hasil yang kami dapat 2.5 jam di BCS (30 min lagi kami dok lepak di bus stop sambil lihat angkutan kota & gelagat para penumpang hehe)... actually kami sengaja tunggu lebih awal sebab takut terlepas bas. hehe


Buku oh buku... 
Sejam kami di Gramedia (kedai buku) sambil membelek-belek buku masakan. Akhirnya bawa balik 4 buah seperti dalam gambar.. Nanti Jah buat entry khas pasal buku-buku masakan ni ok. Malam ni tak dak mood sebab blouse kami telah dirosakkan atas kecuaian pihak dobi :(





Kami nampak kedai pakaian muslimah tetapi tak dak sehelai pun baju yang kami berkenan sebab fesyen di sini semuanya kweng kweng kweng. Dalam tak berkenan tetiba mata kami terpandang sudut tudung bawal. Kami memang pencinta tudung bawal sebab dia mampu buat kami kelihatan mudah 10 tahun gitu hehe perasan hang Jah. 


Kami nak beli tudung bawal tu sebab bila kami tanya harganya, kami rasa amat murah. Apa lagi kami pun gunakan kepakaran kami berbahasa Indonesia. Dapat lagi lagi la murah. Buat kami tersenyum lebar. Kami beli 6 helai. Tak tau nak bagi kat sapa huhu (actually bukan kami nak sangat pun!) aduh! ini la kelemahan kami.


Kelabu ~ Hijau ~ Jingga ~ Oren ~ Pink ~ Biru
Betul kot warna-warna yang kami desribe di atas. Kami ni ala-ala rabun warna sikit. hehe Lagipun snap gambar pun dalam kegelapan malam.

Cutie & Lubie
Sapa pulak Cuti & Lubie ni? CikJah ni pantang jugak tengok benda cantik. My ex-schoolmate yang sorang ni nama dia Fitrah. Dia ni pencinta katak. So Jah berniat nak beli sesuatu sourvenir berasaskan katak untuk dia.

Maka Jah pun beli la si katak lompat ni..

Si Lubie

Jah whatsapp Fitrah gambar katak dia. Then dia tanya Jah nak buh nama apa? Jah pun tak tau. Last2 Fitrah yang kasi dia nama Lubie :) Buat sementara waktu Jah akan babysit Lubie sampai la Jah jumpa mama Fitrah. Kali terakhir jumpa Fitrah ialah tahun 2000. Ampa kira sendiri la dah berapa lama kami terpisah selepas Jah pindah sekolah.


Si comel Jah pula diberi nama Cutie.. buat teman sembang dan jadi pendengar leteran Jah.

Hai! Saya kawan Jah! Nama saya Cutie :)


Saya tunggu Jah balik kerja


Setiap hari Jah akan bercerita sampai saya tertidur.
Eh silap, saya yang bercerita sampai Jah tertidoq heee

Sekian untuk malam ini. Jah nak kemas beg. Esok nak bawa diri ke Singapore. hee


Tuesday, 19 March 2013

Dia bukan suamiku!

CikJah paling pantang kalau kena travel or p meeting dengan my teammate berdua ja. Lagi-lagi kalau dia tu lelaki nak-nak pulak buleh (mat saleh). huh!

Penah sekali November 2012 CikJah kena pi training di Singapore. Masa on da way nak balik ke Batam, turun feri di Sekupang Ferry Terminal (Singapore-Batam) ada ka patut sorang aunty Indonesian ni pi tanya CikJah "husband" kamu ke ni? Huh berdesing telinga CikJah bukannya apa, nak pulak dia tanya "husband" ke? tanya la suami ka? x de la buleh (mat saleh) tu faham kan...

CikJah pun dengan sopannya jawab (ecehhh sopan la sangat ko CikJah) : Bukan.. ini kawan saya. Tak hagak-hagak la aunty tu kan pakcik buleh tu dah 50s or late 40s. hukhuk kalau ganteng umur belia remaja 20s nak gak CikJah mengaku pacarnya ke. ahakkks.

Ampa layan je la foto yang CikJah snap dari tingkap feri dan di Sekupang Ferry Terminal Batam.

Perairan Singapore
Feri yang selesa dengan tambang SGD40 bagi 2 hala (Batam-Singapore-Batam).
Sekupang Ferry Terminal View
Batas Penjemput
Bye-bye bapak imigrasi~