Pages

Saturday 31 August 2013

Coastal Area Tanjung Balai Karimun

Dah seminggu tugasan Jah di Karimun selesai tapi hanya sempat update ceriteranya setelah meninggalkan pulau tersebut gara-gara internet yang slow macam siput sedut huhu.


Bila bertanya pada orang tempatan apa tempat menarik di sini pak / mbak? Ada yang jawab Pantai Pongkar atau Pantai Palawan. Tapi tidak kurang juga yang menjawab gak ada apa-apa yang menarik di sini mbak (dalam hati Jah; eh ye ek tak ada apa yang menarik di sini??).


Mendengar kawan kami bercerita tentang "Coastal Area", nak juga CikJah tahu macam mana rupa tempat tu dan apa yang ada di sana? Suatu hari balik kerja Jah naik beca ke sana. Kami cuma punya 3 pilihan sama ada untuk menaiki becak (beca), ojek (teksi motosikal) dan angkotan (prebet sapu). Jadi Jah pilih untuk naik beca :)




Tips kalau ampa menginap di hotel, jangan la keluar pintu hotel ampa terus propose pakcik beca yang di depan tangga hotel tu kan. Kaw kaw la ampa kena bayar tambang becak (yela pelancong kan banyak uang) haha. Sekadar pendapat peribadi CikJah la. Apa pun terserah pada tuan punya badan la. Ada yang berpendapat apa sangat la kalau bayar extra RM10-20; tak susut pun duit dalam dompet.


CikJah biasanya akan berjalan beberapa meter untuk propose pakcik becak yang dok menunggu penumpang di depan ruko (kedai).  Bila Jah dekati seorang pakcik becak tu...


CikJah : Berapa pak kalau mau ke coastal area sekali jalan (one way)? 

Pakcik becak : Berapa kamu mau kasi? 

(dalam hati Jah; eh pakcik ni aku tanya dia, dia tanya kita balik??)


CikJah : Terserah pakcik la.

Pakcik becak:  15000 (idr).

CikJah : Ok la pak.



Masa tu matawang rupiah belum jatuh. Sejak USD naik last week, rupiah jatuh teruk; almost idr 11000 untuk USD1. Akhbar tempatan (Indonesia) melaporkan ia adalah kejatuhan rupiah paling teruk sepanjang 4 tahun.


Jom layan foto-foto yang CikJah ambil dalam perjalanan naik beca.










Kepri ialah singkatan bagi Kepulauan Riau.

Pelbagai jenis beca "kayuh sendiri" boleh disewa di Coastal Area.

Nongkrong (melepak) sambil menghirup udara segar di waktu senja.

Beca dikayuh sampai la nampak bangunan seperti dalam gambar di bawah, pakcik beca tanya Jah mau U-turn (Jah dah tak ingat istilah yang digunakan untuk U-turn) di sini pa mau ke depan lagi? Kerana kasihankan pakcik beca; lagipun hari dah nak maghrib kami suruh pakcik tu U-turn jela.




Di dataran Coastal Area ni selain ada penjaja / gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman, terdapat aktiviti riadah di mana ayah dan bonda meluangkan masa bersama anak-anak.











Pilih saja mana yang berkenan, semuanya untuk disewa. Ada motor, kereta, scooter dan macam-macam lagi. Bukan sahaja ada satu tempat / perkhidmatan menyewa malah banyak!






Anak-anak yang tak mahu main kereta , motor atau scooter boleh la pilih permainan lain; yang penting mak ayah sudi nak bayar hee.





Mak setia tunggu anak pancing ikan.


Dalam banyak-banyak benda, Jah suka tengok beca kecil macam adik ni naik :)








Apa lagi, Jah pun pi la sewa satu :) IDR10000 untuk 30 minit. Sebenarnya kami nak snap gambar beca comel ni secara jelas ja bukannya cek nak kayuh sangat haha. Yela kan tak kan dok curi-curi ambil gambar anak orang je kan; mau mak ayah dia ketuk kepala kami :(





Puas hati Jah haha.. Beca comel ni membantu Jah sampai dari hujung ke hujung dengan pantas hehe. Lambat la peluh meleleh ;)



Ada macam-macam corak atau deco beca tapi yang kami berkenan pancit pulak tayarnya. Jadi kami yang baik hati ni ambil jela mana yang ada.





Pesanan penaja...

Lingkungan = Alam sekitar;
Nongkrong = Melepak.


Kami tak berapa berkenan kalau orang si penjual makanan merokok sewaktu menyediakan juadah; mujur otak-otak terbalut rapi ja.

Otak-otak IDR500 



Kami dok sibuk snap foto otak-otak dibakar; adik penjual dok kata masuk facebook kak! Amboi aii ko mat! Nak famous aja!


Tengah tunggu otak-otak teringin jagung bakar pulak.

Jah suka kipas dia yang diperbuat daripada daun mengkuang.


Sambil menunggu jagung dibakar, Jah terfikir eh macam mana nak makan kalau tak beli air? Kang tercekik ko Jah! Kebetulan sebelah gerai jagung ialah gerai menjual Cappucino Cincau.






Meriah betul gerai jus sebelah gerai Cappucino Cincau ni.. Permisi yang bang, saya numpang ngambil fotonya :)


                 


Hasil belian CikJah pada hari kejadian...


Otak-otak dia comel je sebesar ibu jari Jah sesuai dengan harganya IDR500 atau RM0.15 satu. Murah banget!





Otak-otak yang tak sedap (amat amat amat jarang CikJah merungut bab makanan) :( 
Kami makan satu ingatkan tekak kami ni haa yang bermasalah atau mungkin 1 pc tu ja yang tak ok. Ngap yang kedua; sama saja rasanya. hmm Tak leh jadi, memang geleng kepala kami waktu tu. Mohon ampun dengan Allah, kami tak sengaja nak bazirkan rezekiNya tapi memang tak ada rezeki kami untuk makan otak-otak Tg.Balai.
           

                           


Jagung ni memang fresh. Alhamdulillah rupanya ini rezeki Jah untuk hari tersebut. Dah tak ingat harganya. Dalam RM2 kot setongkol.




Begitu juga dengan Cappucino Cincau yang memang kaw dan sedap. Kami minum atas beca dalam perjalanan pulang.


Semuanya kami beli serba dua; satu untuk kami dan 1 lagi untuk pakcik becak. Kami tanya pakcik nak terus minum ke? Pakcik beca tak mau minum lagi so kami ikat dulu di becak dia, pakcik boleh makan / minum nanti.


Lupa nak bagitau waktu sampai ja di Coastal area ni, pakcik becak ada tanya nak balik macam mana nanti? Padahal Jah memang berniat nak suruh pakcik becak tunggu sebab alang-alang dia dah kayuh sehala tak kan nak balik kosong je kan. Kesian la walaupun tempat ni dekat sangat. Jah rasa paling jauh pun 1km.
  

Setakat ini dulu ceritera Karimun kita. Tugasan Jah untuk kali ini pun dah selesai. Tugasan seterusnya di pulau ni inshaAllah Disember 2013 dan April 2014. Setiap tempat yang saya pergi adalah "sekolah" buatku dan setiap orang yang Jah jumpa adalah "guruku". Sehingga bertemu lagi :)


Friday 30 August 2013

Minyak Angin Aromatherapy FreshCare

Hari tu waktu kawan CikJah Shiema mai beraya di rumah, dia ada minta Jah belikan minyak angin aromatheraphy FreshCare untuk dia.  Jah memang tak pernah jumpa dan tau pasal minyak angin ni sehinggalah Shiema perkenalkan. 



                                         



Bila Jah dah jumpa minyak tu di Karimun Jah post la di facebook sebab nak tunjuk kepada Shiema. Tetiba ramai pulak kawan Jah yang berminat. 



Front View


Top View

Jom Jah cerita sikit berkaitan minyak angin aromaterapi ni sebab ramai yang whatsapp & pm Jah di fb tanya soalan-soalan seperti di bawah.


Apakah kelebihan minyak angin aromatherapy FreshCare?
Minyak angin ni baik untuk kembung perut disebabkan angin, mengurangkan migrain, pening /sakit kepala, gatal-gatal akibat gigitan serangga, selesema dan mabuk kenderaan (laut/darat/udara).


Shiema kata dia jenis berangin (badan beragin) jadi dia memang dah lama guna minyak angin ni.


Lily pulak kata dia ada migrain dan memang dia guna minyak angin aromaterapi sebab baunya yang "enak" dan tidak sekuat bau minyak angin cap Kapak (ini pendapat Lily la).


Ada berapa jenis / bau?
Ada 7 jenis semuanya; Lavender, Citrus, Green Tea, Sport, Sandal Wood, 
Splash Fruity & Strong



Green Tea


Sandal Wood


Splash Fruity

Strong


Sport
                                     

Citrus


Lavender

Mana yang wangi?
Itu tergantung kepada masing-masing suka yang mana. Lain orang atau lain hidung, lain citarasanya.


Adakah minyak angin ini mengandungi alkohol?
Tidak; seeprti yang tertera pada kotak (rujuk gambar di bawah).





Kandungan per botol?
10ml


Bagaimana bentuk botolnya?
Macam botol minyak atar (macam gambar pertama). Tak perlu risau meleleh dalam poket atau beg sebab dia jenis "roll on".


Bagi pengetahuan semua, selain FreshCare terdapat beberapa jenama lain lagi di pasaran. 


Sekian saja entry khas buat peminat tegar minyak angin aromaterapi di tanah air :)
Berminat nak membeli boleh whatsapp +60124007233. Free delivery Mutiara Damansara.


Sunday 25 August 2013

Koew Teow Siram

CikJah masih bercerita tentang kisah kami di Pulau Karimun aka Tanjung Balai (Tg. Balai ialah pekan utama di Pulau Karimun Besar). Ada juga Pulau Karimun Kecil tapi CikJah tak pasti tentang pulau tersebut seperti penduduknya dan apa yang ada di sana.



Kalau ada yang bertanya apakah makanan istimewa di Tg. Balai? Sama sahaja dengan bahagian lain di Indonesia yang mana Nasi Padang / Minang dan sup bontot (sup ekor) pasti ada cuma kelebihan makanan di sini ialah masakannya persis masakan di Malaysia; ada nasi goreng kampung, roti canai /roti prata, sayurannya pun macam di Malaysia (biasanya kalau di tempat lain ada gulai singkong/pucuk ubi dan gulai nangka ja) tapi di sini ada taugeh ikan masin dan macam-macam lagi.



Ritu CikJah cuba koew teow siram. Ingatkan apa lah koew teow atau mee siram ni kan rupanya macam koew teow kungfu la kalau di Malaysia.











Jah makan koew teow siram dengan fries. Fries ni macam tak bermaya ja tapi kami makan sampai licin.. haha Tak tau sebab sedap atau sebab Jah yang tengah lapar waktu tu (lagipun amat jarang Jah makan tak habis).






Kami tempah jus tembikai tapi adik tu kata ada semangka (tembikai) kuning je kak boleh tak? Jah kata boleh!





Rezeki kami untuk hari tersebut alhamdulillah...



Bagi Jah makanan paling best di sana ialah Prata Sardin. Kawan Jah yang tunjuk dan bawa kami ke kedai tersebut. Hanya warung makan di tepi jalan tak jauh dari Pangke. Tak sempat pulak Jah nak fotokan prata yang enak tu. Bukan kami yang tekak Asia je tau suka prata tu malah buleh (mat saleh) pun suka. Mat saleh ofis kami yang sorang tu sampai minta tapaukan untuk dia :)



Saturday 24 August 2013

Selamat Hari Kemerdekaan Indonesia

Bulan Ogos adalah bulan kemerdekaan. Jika Malaysia menyambut hari kemerdekaan pada 31 Ogos , Indonesia pula menyambutnya pada setiap 17 Agustus manakala Singapura pula pada 9 Ogos.


17 Ogos 2013 adalah Hari Kemerdekaan Indonesia yang ke-68. Negara Indonesia mencapai negara merdeka pada 17 Ogos 1945 manakala Singapura mencapai kemerdekaan pada 9 Ogos 1965.


Merah putih bendera mereka


Pesta bendera di Tanjung Balai Karimun


                   


Persamaan antara bendera Indonesia dan bendera Singapura ialah warnanya iaitu merah & putih. Apa yang menbezakan keduanya ialah bendera Indonesia hanya polos seperti gambar di atas manakala bendera Singapura ada lambang bulan dan bintang (tapi Jah tak ada pulak gambarnya).



Bendera di "Coastal" area.


Memang nama tempat tu Coastal area (kalau menurut apa yang orang tempatan panggil). 


Selamat Hari Kemerdekaan Indonesia. Lagi seminggu giliran Malaysians pula untuk meraikan our Independence Day.



Sunday 18 August 2013

Pantai Palawan

Pantai Palawan terletak di Pangka (disebut Pangke) Pulau Karimun Besar. Kalau nak ke sini, ampa boleh la menaiki feri sama ada dari Batam, Singapore atau Kukup, Pontian Johor.


Hanya 45 minit perjalanan dengan menaiki feri dari Kukup, 1 jam 30 minit dari Batam dan 1 jam 45 minit ke 2 jam dari Harbourfront Singapore. 


Tambang feri dari Batam ke Tanjung Balai, Karimun kira-kira IDR85k dan IDR10k untuk cukai pelabuhan. Jadi jumlahnya tak sampai IDR100k. Manakala tambang dari Harbourfront ialah SGD31 untuk sehala dan SGD56 untuk 2 hala termasuk cukai / tax. Tambang dari Kukup Jah tak tau sebab tak pernah naik. Ampa boleh la Google kalau nak tau harga tambang dari sana. Rasanya tak mahal sebab pulau ni paling hampir dengan Johor berbanding Batam dan Singapore.


Ada 2 syarikat feri yang beroperasi antara Sekupang (SKP), Batam-Tanjung Balai Karimun (TBK) iaitu Dumai Express dan Miko Natalia. Ada juga perkhidmatan feri ke terminal / jeti lain di Batam seperti ke Harbourbay (Batu Ampar) tapi Jah tak pasti apakah syarikat feri terbabit.


Begitu juga dengan perkhidmatan feri antara Harbourfront Singapore-Tanjung Balai Karimun, hanya 2 syarikat feri yang menawarkan perkhidmatan iaitu IndoFalcon dan SindoFerry.




My entry is not to promote this pulau tetapi sekadar berkongsi apa apa yang ada di sini sekurang-kurangnya kalau ampa datang atau terdatang di pulau ni macam kami, tahu la jugak kan apakah aktiviti yang boleh dilakukan.


Jah kurang berkenan dengan tahap kebersihan pantai ni sebab keadaan pantainya yang kotor disebabkan oleh tangan-tangan manusia yang tidak bertanggungjawab. Tak kan nak Jah buatkan awareness training tentang kepentingan menjaga kebersihan pantai pulak kot hmmm. 


Kami ke sana waktu makan siang (lunch) sebab kawan kami ajak pekena ayaq nyok (air kelapa) Pantai Pelawan.













Terima kasih Pak Herman sebab sukarela jadi model air kelapa tak berbayar Jah :)



Pak Herman adalah kenalan kami di Pulau Karimun dan dia ada buat part time perkhidmatan teksi (Avanza) di sekitar pulau ini. Harganya berpatutan; bagitau ja dia yang ampa baca tentang dia di blog Hafizah (sebut CikJah confirm Pak Herman tak kenai).


Kenapa perlu CikJah highlight yang teksinya adalah Avanza? Yela sebagai pelancong sudah tentu la ampa tak mau naik teksi buruk yang dah nak luruh ekzosnya atau yang ada macam-macam masalah. Seharusnya lah kita mahu mendapatkan perkhidmatan terbaik dengan bayaran yang setimpal. Tak ke gitu?


Sekarang musim rambutan, durian dan manggis di sini. Jadi sambil menunggu makanan yang dipesan, kami makan rambutan. Comel je gugusan rambutan depa. Saiz sekali makan..







Sekali lagi Pak Herman volunteer nak jadi model :)






Kami..



Nasi goreng kampung yang simple dan pedas tapi sedap.




Dah siap makan cepat-cepat la balik office kang loceng dah bunyi kena denda pulak masuk lambat hehe