Pages

Showing posts with label Sembang santai. Show all posts
Showing posts with label Sembang santai. Show all posts

Saturday, 6 July 2013

Kunyit Asam

Happy weekend all...

Ampa buat apa hari ni? Jah dok bersenang-lenang dengar youtube. hehe Kisah Perintah Berdakwah :) Meh Jah share sikit..


Kesimpulannya perintah berdakwah adalah kepada seluruh umat / manusia yang mengucap 2 kalimah syahadah; bukan hanya perintah untuk Nabi & RasulNYA. Dan mestilah diseru dengan :

1) Berhikmah - menyeru berpandukan Al-Quran & As Sunnah (Tafsir Ibnu Kathir).

2) Contoh teladan yang baik.

3) Berhujah dengan baik (ahsan-terbaik).


Ok, berbalik kepada topik pagi ini KUNYIT ASAM.


Kalau pi Tea Trea Spa (CikJah belum pernah share mengenai my favorite spa ni ;-) ) and after treatment spa girl mesti tanya sama ada nak minum kunyit asem atau ginger tea. Jah selalu pilih (bukan selalu tapi memang akan pilih) kunyit asem :)


Jadi oleh kerana Jah dah jatuh hati dengan rasanya yang enak jadi Jah pun take away 1 box (5 sachets).




Kami bawa pi office then bancuh sendiri. sedap oooo... Boleh diminum sejuk atau panas. Jah prefer suam aka hangat. 

Kunyit asem hangat 1!

Siap!




Selamat Menikmati :)



Wednesday, 3 July 2013

Main Saham

CikJah nak ajak ampa main saham. Nak tak? Lagipun dah nak raya ni; semua orang tak sabar nak dapat bonus raya kan..


Tapi saham yang CikJah nak ajak ampa main ni bukannya saham-saham yang tersenarai di Bursa Saham tu? Saham yang ni lain malah lebih special!


Untuk beli unit-unit saham ni tak perlu tengok/tunggu time naik atau turun. At any time pun boleh :)


1) IRM 
Through IRM (Islamic Relief Malaysia) ampa boleh pilih sama ada ampa nak salurkan dana untuk apa? Specific for Ramadhan /mySedekah atau lain-lain.
Bagi sesiapa yang tercari-cari saluran yang diyakini dan dipercayai untuk menguruskan pemberian ampa, IRM adalah satu pilihan yang ada.


2) Yayasan Pembangunan As Sabah
CikJah tak pasti la sama ada pertubuhan ini mempunyai blog / web mereka sendiri. Tapi segala aktiviti mereka di "update" di facebook orang kuat Yayasan As Sabah iaitu Ustaz Mohd Fadli Yusof.


Pertubuhan ini menjalankan kewajipan menyebarkan agama tauhid kepada umat di pedalaman Sabah. Sungguh murni usaha mereka.. Sesungguhnya kewajipan menyebarkan agama Allah ini adalah tanggungjawab seluruh hambaNYA namun tidak semua orang mampu melaksanakannya apatah lagi secara langsung. 


CikJah akui CikJah memang tak mampu atau belum mampu untuk lakukan seperti apa yang mereka lakukan. Apa yang mampu cuba menjadi hamba yang lebih baik, sentiasa memperbaiki diri dari hari ke hari dan cuba untuk mengelakkan diri daripada menjadi Fitnah Agama (melakukan sesuatu yang memburukkan Ad-Deen NYA di hadapan umat bukan Islam). Nauzubillahi min zaalik.


Muallaf atau saudara baru adalah antara mereka yang layak untuk menerima zakat, sedekah dan seumpamanya. Jika kita punya rezeki lebih marilah sama-sama kita berkongsi dengan mereka. Cuba fahami kepayahan mereka memulakan hidup. Mereka ibarat bayi yang baru lahir dan tidak punya apa-apa.


Moga lebih ramai yang bakal dianugerahnya hidayahNYA..


3) Rumah Amal / Rumah Anak Yatim
Terlalu banyak rumah anak amal / rumah anak yatim di Malaysia. Ampa boleh check linknya DI SINI. Ampa kena rajinkan diri la buat research sikit tentang mana-mana rumah anak yatim yang ampa "berkenan".

Baca mengenai details rumah / pertubuhan terbabit seperti berapa penghuninya, berapa range umur anak-anak di sana, apa yang depa perlukan dan sebagainya.

Membantu bukan terbatas memberi duit / wang ringgit malah ampa boleh hulurkan barang keperluan, menyumbang tenaga mungkin membersihkan rumah mereka di hujung minggu etc.


Selamat mencuba. Moga ampa berjaya membeli saham akhirat dan terus berjaya DI SANA..


Tuesday, 2 July 2013

Tetamu Istimewa

Assalamualaikum..

Julai dah menjengah. Kesibukan duniawi Jah pun dah reda. Alhamdulillah. Sekarang memikirkan Ramadhan Kareem; tetamu istimewa yang bakal mengunjungi kita seminggu lagi.


Kalau ada tetamu nak mai rumah biasanya kita ada fikirkan apa menu yang nak dihidangkan buat mereka. Malah kalau tetamu itu akan bermalam di rumah kita, sudah tentu kita memikirkan tempat tidur / bilik tetamu.


Jom kita sama-sama membuat persiapan terakhir sebelum Encik Ramadhan tiba. Perbanyakkan bacaan al-Quran (Jah la tu yang pemalas ngaji huhu). Kalau selama ni kita ngaji 1 muka ja sehari jom la kita tambah ke 3/5 muka sehari. Kalau sapa yang boleh 10-20 sehari extra bonus la for you.  


Kalau selama ni amat jarang kita tunaikan sola sunat; jom sama-sama kita rajinkan diri solat sunat 2 rakaat pun tak apa. Yang penting mula untuk laksanakannya. Sesungguhnya permulaan adalah 1 langkah menuju kejayaan.


Banyakkan berinfaq & sedekah. Banyak shopping untuk diri sendiri ja.. Baju raya berpasang-pasang; untuk hari raya pertama, kedua, ketiga, open houses lagi. Apa kata kalau ampa beli baju RM98 or RM199 baki sehinggit dua tu buh je ke dalam tabung masjid / surau yang ampa singgah untuk bersolat. Kalau ada extra lagi banyak lagi bagus.


Sedih sangat bila memikirkan saudara seakidah kita yang mana negera depa tak aman & selamat macam tanah air kita Malaysia. Apa kata selain memikirkan dan mengatur restaurant atau buffet mana kita nak pi, apa kata kita hulurkan kepada yang memerlukan jugak. Sekurang-kurangnya, walaupun depa tak dapat makan buffet / makanan dari bazar ramadhan macam kita, at least depa ada juadah untuk berbuka walau hanya sebiji kurma.


Selain itu, kalau KakYah KakNab semua adalah ratu gosip di ofis apa kata kita ubah rutin harian dengan bertadarus di surau waktu lunch break. Banyak cakap lagi cepat haus kan.


Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan lalu. Rasa-rasanya apa perasaan tetamu kita kalau 10 tahun berturut-turut dia berkunjung ke rumah kita tapi keadaan dan menunya masih sama. Ayuk kita hidangkan menu terbaik untuk tetamu istimewa kita.


Ahlan wasahlan ya Ramadhan...



Saturday, 11 May 2013

CikJah Dapat BR1M

CikJah ada happy news nak share ngan ampa semua. CikJah terserempak dengan my boss semalam then sembang sepatah dua kata tentang kerja. 

Tetiba he said: saya naikkan gaji you ke $.......! huhu terkejut kot! mujur CikJah tak sakit jantung. 

Soalan spontan keluar dari mulut CikJah: kenapa naikkan gaji? (aduhh lurus nya ko CikJah ;)

My boss: you tak nak ke naik gaji?

CikJah: tak la.. kalau betul2 naik tu kira happy news la for me! (CikJah cuma terkejut sebab tak dak angin ribut tuptup bos nak up gaji).

Boss: Increment will start from May onwards.

CikJah (dalam hati): Alhamdulillah.

Alhamdulillah walaupun rezeki CikJah bukan pada BR1M tapi pada hasil titik peluh sendiri. Bak kata orang kalau dah rezeki tak ke mana.

Syukur ya Allah dengan nikmatMu yang tak pernah berkurang.

After few hours, CikJah dapat sms dari boss...

"By the way the salary increase was given to you n ........ (CikYah) in recognition for all the hard work and dedication so far so you will now receive $..... keep up the good work" 

Alhamdulillah. Syukur ya Allah. 

For your info, my boss kalau sms memang tak da koma, titik dan sebagainya..haha
Semoga dengan rezeki ini CikJah akan terus menjadi hambaNya yang bersyukur dan lebih rajin menjalankan amanah kerja yang diberi. Amin

Thursday, 9 May 2013

CikJah Balik Mengundi

Bismillahirrahmanirrahim...

Dah bersawang blog ni; tuannya balik kampung mengundi dan meluangkan masa berharga bersama keluarga tercinta terutamanya makayah yang dikasihi.

Kali ni CikJah bercuti selama 11 hari; sehari semalam di Putrajaya & Shah Alam dan 10 hari di kampung halaman negeri jelapang padi yang indah permai.

Sampai ja di Putrajaya, kemeriahan PRU13 terasa dengan poster pas & BN tapi CikJah hanya sempat snap sekeping ni ja..
Ku Nan pilihan rakyat P125

CikJah tumpang bermalam di rumah Cik Siti & Cikrah di Precinct 5.
 Heading to Precinct 5
Semalaman di Putrajaya jumpa kawan-kawan zaman asasi & universiti. Sesungguhnya ukhuwah itu indah jika ia tercipta kerana Allah.