Pages

Showing posts with label Health & Wellness. Show all posts
Showing posts with label Health & Wellness. Show all posts

Wednesday, 10 December 2014

Cewek Jamu

Assalamualaikum..

Apa khabar semua?

Kejap ja 2014 dah nak sampai ke penghujung.

Dah lama kami tak berblogging sebab kami dok sibuk bermuka buku di sini...


Malisabiz Collection


Jemput la lawat fb page kami. Di sana kami ada jual pelbagai produk kesihatan seperti kunyit asam (kunir asem), kunyit asam sirih, garam reflexology, losyen pati halia Mustajab, Kismis Tok Guru, minuman kesihatan Tolak Angin, kapsul habbatussawda' dan banyak lagi..

Wednesday, 15 October 2014

Sibuk berbisnis

Assalamualaikum.

Cikjah janji nak kongsikan tempat makan best sekitar Selangor-KL tapi belum sempat. Agak kalut menyesuaikan diri dengan jawatan baru ---> Homemaker!

Selain itu kami jugak berjualan minuman kesihatan Kunyit Asam & Kunyit Asam Sirih. Kalau nak beli boleh lah whatsapp 0124007233.

Alahai takde plak gambar dalam laptop ni.. tak apa ampa whatsapp je no di atas nanti minta orang tu send gambar kunyit asam.


KHASIAT KUNYIT ASAM;

1) Menghilangkan bau badan.

2) Melancar haid.

3) Mengurangkang senggugut dan keputihan.

4) Menghaluskan kulit.

5) Melangsingkan badan.


Sekian, perkongsian dari kami :-) 


Saturday, 5 October 2013

Tea Tree Spa dihatiku

I'm a spa lover.. 

Bercakap pasal spa ni kan, bukan sebarang spa kita boleh redah dan bukan semua spa akan kena dengan "selera" kita. Banyak faktor yang perlu di ambil kira untuk memilih sesuatu spa sebagai spa pilihan hati.. Antaranya ialah faktor keselesaan (kondisi spa), jarak dengan rumah / tempat tinggal, lokasi spa (di shopping mall, di deretan rumah kedai atau di lokasi khas), faktor budget dan terapist. Nanti CikJah buat entry khas tentang faktor-faktor ini berdasarkan pengalaman dan pendapat Jah okay..


Lani Jah nak cakap pasal spa pilihan hatiku... Tea Tree Spa, Holiday Inn Resort Batam.


Ada segelintir orang yang berfikiran atau membayangkan spa lover itu semestinya putih gebu orangnya. Eh eh tak semestinya tau! Hati-hati bila berkata-kata, kecik la hati orang yang hitam lagi manis macam CikJah ni kalau dengar statement tu :(


Tujuan kita berspa ni adalah untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan anugerah ilahi.


Menjengah masuk ke treatment room, selipar di bawah menanti untuk disarungkan oleh sang puteri..






Rawatan dimulakan dengan rendaman kaki dengan menggunakan garam. Air garam yang agak suam memang mendamaikan. Nak nak pula kaki yang sepanjang hari berbungkus dalam safety boots macam kami.




Katil serba ringkas ini memang tak dapat menghuraikan nikmatnya berspa. Badan yang keletihan bekerja sepanjang hari, kena pula waktu assignment berjujuk sehingga terpaksa bekerja 7 hari seminggu dan 30 hari sebulan. Apa pun tak baik merungut sebab dengan nikmat rezeki itulah Jah membayar hutang-piutang dan berkongsi dengan orang sekeliling. Hanya kalimah Alhamdulillah dapat mewakilkan segalanya.




My favorite treatment at Tea Tree Spa ialah hair spa. Pernah seorang therapist tu tegur Jah. Eh bu baru aja kamu bikin hair spa.. gak bagus terlalu kerap. kweng kweng kweng. Lani Jah dah tau, walaupun suka macam mana pun, I have to limit it only 1 time a month :p


Kalau Yah pula, her favorite treatment is Javanese massage. I know her well. Dulu berulangkali dia dok promote Javanese massage sampai la Jah mencubanya. Bagus. Itu je satu perkataan yang Jah boleh guna to describe it.





Ini bukan rumah hantu tau tapi villa yang digunakan sebagai tempat rawatan. Cuak gak Jah masa nak snap gambar malam-malam. Mana tau kang terpajak hantu handsome depan mata, mau pengsan Jah di tempat kejadian huuuu




Cantikkan atap dia dari dalam villa.          




Siap berspa, balik ke receptionist lobby boleh lepak-lepak sambil minum. Ada 2 pilihan sama ada kunyit asam atau ginger tea. Kunyit asam semestinya pilihan Jah. Tapi malam tu buat pertama kalinya mbak tu hidangkan kunyit asam ais. Jah prefer yang suam tapi tak pe lah den pasrah aja; tak mau ngada-ngada. heeee




Ringkas dan klasik je kotak tisu kayu ni. I like it!




Ala-ala bunga rampai gitu walaupun tak ada bunganya haha. Daun pandan dipotong halus. Leh la sapa nak ambil idea ini untuk wangikan bilik ampa.




Depa tengah ada promo seperti di bawah tapi Jah tak pernah cuba pun.




Jah pi spa tak bermakna kami buat treatment from head to toe. Biasanya kami buat 1 per satu or selected treatment aja bergantung kepada keperluan dan mood kami. Apa yang best nya I get 30% discount for all treatments except yang tengah promo. Discounted price will be given for long stay customers. 

Apa yang Jah boleh simpulkan di sini, Jah pasti merindui spa dan nasi padang bila Jah kembali berkhidmat di tanah air sendiri tahun depan. InshaAllah.


Walaupun entry ini tidak dapat menzahirkan kepuasan hatiku, sekurang-kurangnya ia boleh jadi kenangan untuk Jah. Jah pernah berspa di Sheraton dan Novotel masa Jah tinggal di Bandar Lampung, Sumatera dulu tapi tetap tak dapat tandingi Tea Tree Spa ini.

Tuesday, 24 September 2013

Aktiviti di Pagi Hari

Waktu ke KL untuk menghadiri my good friend wedding hari tu, Jah bemalam di rumah seorang teman. Oleh kerana majlis pada hari Ahad, jadi Jah ada 1 hari (Sabtu) for my free & easy activity ;-)


Pagi Sabtu sewaktu melepak dan berborak-borak di ruang tamu setelah selesai solat subuh, Siti mencadangkan untuk kami pergi berjongging. Sebenarnya bukan berjogging pun, sekadar berjalan-jalan di taman. Yelah, kasut sukan pun tak bawa ada hati nak berjogging pulak.


Satu dua tiga mula!






Berjongging atau berposing? Kedua-duanya kot!

Berlatar belakangkan rumah idaman. Amin..


Suka betoi Jah tengok rumah depa yang cantik tu! Kalau la kami menabung sebulan rm1k sampai pencen pun kami belum mampu nak beli rumah macam depa. Apatah lagi kalau sekadar menabung rm100 ja.. huhuhu Minta maaf tau CikJah memang kuat berangan. Berangan tu satu terapi buat kami :)



Terima kasih Siti dan Sherah sebab sudi tumpangkan CikJah. Kalau tak rabak poket kami kena bermalam di Pullman hahaha.



Masjid nan indah.


Sepatu puteri impian.


Permandangan seberang tasik.


I love the greenery!

Siti ada bawa roti yang tak habis dari rumah dia untuk bagi makan ikan di tasik. Berkongsi rezeki dengan makhluk tuhan yang lain.





Tak sampai sejam pun di tasik, kami pun mengundur diri. Kali ni kami nak pi makan nasi lemak di Pinggiran Putra, Kajang. Pinggiran Putra ni terletak di antara Kajang dan Putrajaya sebab tu la namanya Pinggiran Putra.


Siti dan Sherah makan nasi kerabu biru dan CikJah makan nasi lemak. Dah lama sangat Jah tak makan nasi lemak. Lepas kempunan lah ni.





Sapa yang tengah diet tu sila lah tutup mata erkk. Dah namanya sambal tentulah sedikit berminyak. Kakak Jah bagi tau cara nak tengok sama ada sambal (tumis) itu ok atau tak tengok la kalau berminyak maksudnya ok tetapi kalau berair tu hmmm tak ok lah tu.


Alhamdulillah dapat makan nasi lemak yang enak.

Sunday, 21 July 2013

Kifarah Dosa

Pasaipa pulak ni?


Ampa pernah dengar tak sakit itu kifarah dosa. CikJah baru selesai urusan kerja di Singapore. 3 malam kami di sana. Balik ja Batam sweet Batam kami demam. Macam mana la cek nak pi kerja esok ni? Kami suka gak kalau tak yah pi kerja (bukan sebab nak cuti free / MC sebab kami dibayar berdasarkan jumlah hari kami bekerja) tapi sebab nak rehatkan badan. Tapi malasnya aii nak berjawab dengan bos kami yang banyak soal tu (macam pegawai penjara hehe).



Get well soon Jah!


Mat saleh punya style tak dak istilah MC atau emergency leave dalam kamus kerjaya depa! Ampa tak percaya? Dah 2 tahun CikJah perhatikan depa-depa ni. Depa willing to work 364 days for normal year and 365 days bagi tahum lompat. Depa sanggup cuti sehari ja iaitu pada Hari Natal / Krismas. Semangat depa ni orang Malaysia kena ambil especially orang Melayu yang kebanyakannya  mudah layu. Kami tau ramai jugak Melayu yang rajin dan bertukus-lumus di luar sana namun sifat "manja" dan sering dimanjakan terlalu sebati dalam diri orang kita (termasuklah Jah).



Eh membebel pulak. Kata tak sihat! Sakit tak semestinya terbaring je kan. Demam je kot! bukannya terlantar sakit yang tak boleh bangun. Jah dah tak leh nak tidoq. Tadi sepetang kami dah dibuai mimpi.


Nasi dah makan, jap gi makan panadol dah boleh tidoq :)


Bekalan Panadol mesti ada bagi sapa yang tinggal di pedalaman macam kami.


Moga kami boleh bangun seperti sediakala esok. Doakan Jah tau & terima kasih! :)



Saturday, 6 July 2013

Kunyit Asam

Happy weekend all...

Ampa buat apa hari ni? Jah dok bersenang-lenang dengar youtube. hehe Kisah Perintah Berdakwah :) Meh Jah share sikit..


Kesimpulannya perintah berdakwah adalah kepada seluruh umat / manusia yang mengucap 2 kalimah syahadah; bukan hanya perintah untuk Nabi & RasulNYA. Dan mestilah diseru dengan :

1) Berhikmah - menyeru berpandukan Al-Quran & As Sunnah (Tafsir Ibnu Kathir).

2) Contoh teladan yang baik.

3) Berhujah dengan baik (ahsan-terbaik).


Ok, berbalik kepada topik pagi ini KUNYIT ASAM.


Kalau pi Tea Trea Spa (CikJah belum pernah share mengenai my favorite spa ni ;-) ) and after treatment spa girl mesti tanya sama ada nak minum kunyit asem atau ginger tea. Jah selalu pilih (bukan selalu tapi memang akan pilih) kunyit asem :)


Jadi oleh kerana Jah dah jatuh hati dengan rasanya yang enak jadi Jah pun take away 1 box (5 sachets).




Kami bawa pi office then bancuh sendiri. sedap oooo... Boleh diminum sejuk atau panas. Jah prefer suam aka hangat. 

Kunyit asem hangat 1!

Siap!




Selamat Menikmati :)



Wednesday, 19 June 2013

Kurus tapi Tinggi Kolesterol

Ritu Jah ada cerita pasal Jah pi buat medical check up. Hari ni Jah nak cerita apa keputusannya. Punyalah tebal reportnya. Rasanya lebih dari 10 lembar (muka surat). Mau tak tebalnya segala jenis test ada termasuk spiro, kardio, sound test, blood test dan macam-macam lagi la.


Kesimpulannya kami sihat dengan sedikit masalah iaitu high cholesterol. Normal cholesterol should less than 200 but mine is 228. Nah ambik kaw Jah. Jangan di sangka si kurus (perasan kurus la konon) fit dan zero penyakit!


Jadi apa kata doktor?




Tengok point number 1. Kami telah dinasihatkan oleh dokter supaya mengamalkan diet rendah lemak / kalori, mengamalkan diet yang tinggi serat (high fiber) dan kena la senaman sokmo.


Rendah lemak/kalori
Amat payah untuk kami amalkan memandangkan kami penggemar tegar nasi padang. huhu
Namun kami akan sedaya upaya mengawal nafsu makan terhadap makanan tinggi lemak dan tinggi kalori. 


Tinggi serat / fiber
Yang ini tak da masalah bagi kami malah kami telah menggiatkan usaha memakan buahan-buahan. 













Senaman
Hak ni paling payah kami nak laksanakan. I always take for granted kalau cakap bab exercise. Kelemahan diriku yang nyata. 

Mujur Allah kurniakan kawan yang bersemangat kental untuk pastikan Jah sihat. Dia kata I will be your personal trainer; means Jah kena ikut dia pi gym after balik kerja :(


Paling kiri - treadmill fevret CikJah


Jah pi gym 3 hari berturut-turut dengan jayanya. Hari ke-4 Jah rewardkan diri dengan gym suit baru dengan harapan lebih bersemangat untuk bersenam.

Capet doh!

Hari ke-4 masih ke gym, hari ke-5 dah start ponteng. Selang beberapa hari pi sekali lepas tu dah terus ponteng sampai ke hari ni (sebab my trainer ada di Malaysia). Kalau tak mesti dia dah motivate CikJah.

Thanks Kevin! :-)


Tuesday, 11 June 2013

Fasting Blood Glucose Test

Sapa pernah kena puasa before attending your medical check up? 

This is my first time kena puasa 12 hours sebelum my medical check up. Doktor bilang kamu mesti puasa 8pm to 8am (appointment time). So terpaksa lah CikJah had my dinner earlier on that night.

Kami makan keow teow sup pada malam kejadian..



Macam sup sayur je kan. Keow teow nya tak nampak tapi tak pa sebab kami memang suka sayur sejak dalam perut mak :-)


Sebab apa CikJah nak buat check up?

Sebabnya CikJah dapat task untuk buat inspection di Pulau Karimun Ogos / September nanti and as to fulfill yard / company requirement I have to submit my full check up. Biasanya kalau kami buat medical check up di Malaysia, depa hanya buat urine test, blood test and x-ray. Ini yang standard la kami rasa but this time punya la banyak tests yang kena buat;



Kami telah buat semua ujian dalam senarai di atas kecuali eLFG CKD-EPI yang kami pun tak tau apakah dia. haha


Kami buat medical check up di Prodia Lab. Memang kami puas hati dengan perkhidmatannya.



Kalau ada sesiapa yang tercampak di Indonesia macam kami ni dan ampa nak buat medical check up leh la pi Prodia sebab banyak cabang (cawangan) Prodia di seluruh Indonesia. Highly recommended.