Pages

Showing posts with label Kerjaya. Show all posts
Showing posts with label Kerjaya. Show all posts

Sunday, 21 July 2013

Kifarah Dosa

Pasaipa pulak ni?


Ampa pernah dengar tak sakit itu kifarah dosa. CikJah baru selesai urusan kerja di Singapore. 3 malam kami di sana. Balik ja Batam sweet Batam kami demam. Macam mana la cek nak pi kerja esok ni? Kami suka gak kalau tak yah pi kerja (bukan sebab nak cuti free / MC sebab kami dibayar berdasarkan jumlah hari kami bekerja) tapi sebab nak rehatkan badan. Tapi malasnya aii nak berjawab dengan bos kami yang banyak soal tu (macam pegawai penjara hehe).



Get well soon Jah!


Mat saleh punya style tak dak istilah MC atau emergency leave dalam kamus kerjaya depa! Ampa tak percaya? Dah 2 tahun CikJah perhatikan depa-depa ni. Depa willing to work 364 days for normal year and 365 days bagi tahum lompat. Depa sanggup cuti sehari ja iaitu pada Hari Natal / Krismas. Semangat depa ni orang Malaysia kena ambil especially orang Melayu yang kebanyakannya  mudah layu. Kami tau ramai jugak Melayu yang rajin dan bertukus-lumus di luar sana namun sifat "manja" dan sering dimanjakan terlalu sebati dalam diri orang kita (termasuklah Jah).



Eh membebel pulak. Kata tak sihat! Sakit tak semestinya terbaring je kan. Demam je kot! bukannya terlantar sakit yang tak boleh bangun. Jah dah tak leh nak tidoq. Tadi sepetang kami dah dibuai mimpi.


Nasi dah makan, jap gi makan panadol dah boleh tidoq :)


Bekalan Panadol mesti ada bagi sapa yang tinggal di pedalaman macam kami.


Moga kami boleh bangun seperti sediakala esok. Doakan Jah tau & terima kasih! :)



Monday, 8 July 2013

Selamat Tinggal Bandar Lampung

Apa khabar semua? Jah alhamdulillah sihat-sihat aja. 
Dah sarapan? ke ampa semua puasa? Siapa yang belum habis ganti puasa, ampa tinggal 2 hari je lagi :)


Seharusnya kita ucap selamat tinggal Syaaban tapi tajuk entry CikJah Selamat Tinggal Bandar Lampung.. kenapa ya?


Ampa mesti pening kan? kejap Jah cerita Jah di Bandar Lampung, di entry yang lain pula di Batam. Mana satu yang betul ni? Sebelum ni Jah based in Bandar Lampung tapi sekarang dah ditukarkan ke Pulau Batam. Lebih dekat nak balik kampung. Ada Firefly Batam-Subang atau Jah boleh naik feri ke Singapore then ambil flight Singapore-Penang. 


Ritu lepas dapat balik kampung belikan mak ayah baju raya, Jah dah leh fokus urusan kerja dan Ramadhan di sini. Hal raya lupakan dulu; masih terlalu awal untuk difikirkan. Tapi sebelum fokus kerja dan terlupa, cek tempah siap-siap biskut raya untuk mak ayah. Siap pesan ke tauke biskut raya, kalau Jah tak dapat cuti raya, please deliver to my sister. Dia akan bawa balik kampung ;-)


Berbalik kepada bab Bandar Lampung, betul kata orang bila dah hilang / tak de sesuatu tu baru kita nak hargainya (bukan bermakna waktu bersamanya kita tak hargainya) :(


Walaupun my  boss sokmo kata Lampung is Kempung (kampung-lidah mat saleh) tapi Jah ok je hidup di sana. Yah pulak asyik call je pesan itu ini sebab hari-hari superior dia kata Lampung is not safe for expatriate macam CikJah. Dorang punya asobiah masih kuat (Jah tak tau sejauh mana kebenarannya). Alhamdulillah selama di sana Allah memelihara diri ini. Mungkin sebab cek dah pandai ngomong local language. hehe


Banyak kenangan yang ditinggalkan di sana. Paling Jah suka lautnya yang menenangkan. Jom layan foto-foto terakhir di sana..


Aktiviti nelayan di waktu petang



Jah suka sangat snap gambar awan. Tak tau la kenapa? mungkin sebab terlalu indah di pandang.. Ni gambar awan sebelum hujan di petang hari.


Langit terbentang luas

Dulu Jah pernah share pasal Indahnya langit ciptaan Ilahi. Subhanallah!


Antara kenangan-kenangan di Bandar Lampung yang pernah Jah kongsikan dulu;

6) Kenangan berspa di Sheraton walaupun tak kondisi spa dia tak se"best" Tea Trea Spa ;-)


Saturday, 22 June 2013

CikJah Nak Balik Kampung

Esok kemuncak assigment kami di Batam sebelum CikJah nak balik kampung Isnin ni. Mungkin Jah hanya akan berblog lagi July nanti. Kalau tak, kenang daku dalam doa kalian. Ecehh ayat sedih la pulak.


Kali ni Jah hanya dapat cuti 3 hari ja :(   Kata orang sedikit lebih baik dari langsung tak dapat cuti. Betul tak?


So my next schedule macam ni la qhupanya...
Batam-Singapore-Penang-Jakarta-Bandar Lampung.


Sehingga bertemu lagi di Bandar Lampung nanti. Kangen banget sama mee yamien.


Es Timun



Wednesday, 19 June 2013

Kurus tapi Tinggi Kolesterol

Ritu Jah ada cerita pasal Jah pi buat medical check up. Hari ni Jah nak cerita apa keputusannya. Punyalah tebal reportnya. Rasanya lebih dari 10 lembar (muka surat). Mau tak tebalnya segala jenis test ada termasuk spiro, kardio, sound test, blood test dan macam-macam lagi la.


Kesimpulannya kami sihat dengan sedikit masalah iaitu high cholesterol. Normal cholesterol should less than 200 but mine is 228. Nah ambik kaw Jah. Jangan di sangka si kurus (perasan kurus la konon) fit dan zero penyakit!


Jadi apa kata doktor?




Tengok point number 1. Kami telah dinasihatkan oleh dokter supaya mengamalkan diet rendah lemak / kalori, mengamalkan diet yang tinggi serat (high fiber) dan kena la senaman sokmo.


Rendah lemak/kalori
Amat payah untuk kami amalkan memandangkan kami penggemar tegar nasi padang. huhu
Namun kami akan sedaya upaya mengawal nafsu makan terhadap makanan tinggi lemak dan tinggi kalori. 


Tinggi serat / fiber
Yang ini tak da masalah bagi kami malah kami telah menggiatkan usaha memakan buahan-buahan. 













Senaman
Hak ni paling payah kami nak laksanakan. I always take for granted kalau cakap bab exercise. Kelemahan diriku yang nyata. 

Mujur Allah kurniakan kawan yang bersemangat kental untuk pastikan Jah sihat. Dia kata I will be your personal trainer; means Jah kena ikut dia pi gym after balik kerja :(


Paling kiri - treadmill fevret CikJah


Jah pi gym 3 hari berturut-turut dengan jayanya. Hari ke-4 Jah rewardkan diri dengan gym suit baru dengan harapan lebih bersemangat untuk bersenam.

Capet doh!

Hari ke-4 masih ke gym, hari ke-5 dah start ponteng. Selang beberapa hari pi sekali lepas tu dah terus ponteng sampai ke hari ni (sebab my trainer ada di Malaysia). Kalau tak mesti dia dah motivate CikJah.

Thanks Kevin! :-)


Saturday, 15 June 2013

Busy Weeks

Selamat berhujung minggu semua. 

Jumpa my boss this morning, bos tanya bila kah kali terkhir CikJah bercuti a.k.a pulang ke kampung? Jawapannya end of April till first week of May (balik mengundi).


CikJah sampaikan hasrat hati untuk pulang bercuti hujung bulan ni after our busy weeks ended. Bos kata OK but only for couple of days because he has new task for me. Plan asal CikJah nak cuti 9 hari (weekend to weekend) sebab selain nak balik jumpa makayah, ingat nak jumpa my teammates yang dah 9 bulan tak jumpa. Nama ja keja 1 company and same project tapi kesibukan dan kepadatan jadual tak mengizinkan kami untuk berjumpa. Yela depa di KL kami di seberang ni ha.. Walaupun tak jauh tapi tak dekat juga.


Now, I get my schedule up to Hari Raya holiday. Padat persis sardin dalam tin. Harap-harap kami berpeluang untuk berhari raya bersama family tercinta. Cukup la sekali kami merasa berhari raya di bilik hotel Aidiladha lepas. Cukup syahdu untuk di kenang. Kami hanya dengar takbir raya kot youtube ja :-(  


Layan la foto permandangan waktu pagi di Batam yang kami snap last few weeks.


Pagi yang cerah


Mau hujan daa



Friday, 31 May 2013

Pendatang Asing Dengan Izin

Apa yang saya perlu ada kalau nak bekerja di Indonesia?

1) Passport Malaysia.
Yela dah nama pun rakyat Malaysia tak kan nak guna Thailand passport sure tak valid ;-)




2) Buku Biru (Blue Book). 
Ini bukan passport negara asing tau tapi buku pengawasan orang asing (immigration control book).





3) KITAS (Kartu Ijin Tinggal Sementara/Terbatas).



Dulu Blue Book ni belum ada dan kad KITAS pun hanya menggunakan sekeping kertas nipis yang di stapler kan pada passport para pekerja asing. Tapi baru-baru ni wujudnya buku biru dan kad KITAS (seperti ATM card) yang more presentable dah senang di masukkan di dalam purse / wallet.

Kad ini membolehkan para pekerja asing macam Jah & Yah keluar masuk ke Indonesia atas urusan kerja seberapa kerap selagi ianya masih valid / tak expired.


Thursday, 30 May 2013

Inspector Gadjet

Asyik tunjuk gambar makanan ja.. Meh rini Jah tunjuk gambar membanting tulang mencari rezeki lak.

Yah on duty

Aiyakk mana glove?
Unwanted species
Pesan Jah, apa pun yang kita lakukan tak kira la makan gaji, business sendiri mahunpun suri rumah, lakukanlah bersungguh-sungguh.

#Rindu Yah yang dah seminggu pulang ke Malaysia tercinta. Nak balik jugak!!!