Pages

Showing posts with label Putrajaya. Show all posts
Showing posts with label Putrajaya. Show all posts

Tuesday, 24 September 2013

Aktiviti di Pagi Hari

Waktu ke KL untuk menghadiri my good friend wedding hari tu, Jah bemalam di rumah seorang teman. Oleh kerana majlis pada hari Ahad, jadi Jah ada 1 hari (Sabtu) for my free & easy activity ;-)


Pagi Sabtu sewaktu melepak dan berborak-borak di ruang tamu setelah selesai solat subuh, Siti mencadangkan untuk kami pergi berjongging. Sebenarnya bukan berjogging pun, sekadar berjalan-jalan di taman. Yelah, kasut sukan pun tak bawa ada hati nak berjogging pulak.


Satu dua tiga mula!






Berjongging atau berposing? Kedua-duanya kot!

Berlatar belakangkan rumah idaman. Amin..


Suka betoi Jah tengok rumah depa yang cantik tu! Kalau la kami menabung sebulan rm1k sampai pencen pun kami belum mampu nak beli rumah macam depa. Apatah lagi kalau sekadar menabung rm100 ja.. huhuhu Minta maaf tau CikJah memang kuat berangan. Berangan tu satu terapi buat kami :)



Terima kasih Siti dan Sherah sebab sudi tumpangkan CikJah. Kalau tak rabak poket kami kena bermalam di Pullman hahaha.



Masjid nan indah.


Sepatu puteri impian.


Permandangan seberang tasik.


I love the greenery!

Siti ada bawa roti yang tak habis dari rumah dia untuk bagi makan ikan di tasik. Berkongsi rezeki dengan makhluk tuhan yang lain.





Tak sampai sejam pun di tasik, kami pun mengundur diri. Kali ni kami nak pi makan nasi lemak di Pinggiran Putra, Kajang. Pinggiran Putra ni terletak di antara Kajang dan Putrajaya sebab tu la namanya Pinggiran Putra.


Siti dan Sherah makan nasi kerabu biru dan CikJah makan nasi lemak. Dah lama sangat Jah tak makan nasi lemak. Lepas kempunan lah ni.





Sapa yang tengah diet tu sila lah tutup mata erkk. Dah namanya sambal tentulah sedikit berminyak. Kakak Jah bagi tau cara nak tengok sama ada sambal (tumis) itu ok atau tak tengok la kalau berminyak maksudnya ok tetapi kalau berair tu hmmm tak ok lah tu.


Alhamdulillah dapat makan nasi lemak yang enak.

Friday, 10 May 2013

Minum Petang di P125

Niat asal nak buh tajuk Minum Petang di Putrajaya untuk entry ni tapi saja buh P125 supaya CikJah ingat lama sikit yang P125 is Parlimen Putrajaya :)

Sampai ja Malaysia tercinta ritu, Cikrah jemput CikJah di LCCT. Thanks Cikrah... nanti jemput kami lagi heeee

Cikrah bawa CikJah pi minum petang dia tasik empangan (kalau tak salah CikJah itu la nama tempat tu). Cikrah makan bubur pulut hitam dan CikJah pekena laksa putrajaya.
Bubur pulut hitam

Laksa yang biasa-biasa saja rasanya

Punyala teringin tengok laksa yang pekedai tu displayed (before buh kuah), lepas buh kuah ok lagi tapi setelah makan, rasanya tidak seindah yang CikJah ramalkan. Mungkin my expectation was too high. Tak kena sangat dengan tekak Kedahan CikJah ni ha..Walau bagaimanakan itu rezeki CikJah untuk petang tu.

Alhamdulillah kita terlalu banyak makanan dan pilihan makanan sampai terkadang menjadikan kita cerewet dan memilih bab makan ni sobsob :(
Bukan CikJah terlalu cerewet tapi laksa tu tak sedap sangat macam laksa yang CikJah masak ;) (padahal seumur hidup baru masak laksa 2x dah nak perasan haha).

Lepas minum petang kami balik ke rumah Cik Siti dan Cikrah untuk rehat dan solat magrib sebab after magrib kami ada temujanji istimewa :)

Thursday, 9 May 2013

CikJah Balik Mengundi

Bismillahirrahmanirrahim...

Dah bersawang blog ni; tuannya balik kampung mengundi dan meluangkan masa berharga bersama keluarga tercinta terutamanya makayah yang dikasihi.

Kali ni CikJah bercuti selama 11 hari; sehari semalam di Putrajaya & Shah Alam dan 10 hari di kampung halaman negeri jelapang padi yang indah permai.

Sampai ja di Putrajaya, kemeriahan PRU13 terasa dengan poster pas & BN tapi CikJah hanya sempat snap sekeping ni ja..
Ku Nan pilihan rakyat P125

CikJah tumpang bermalam di rumah Cik Siti & Cikrah di Precinct 5.
 Heading to Precinct 5
Semalaman di Putrajaya jumpa kawan-kawan zaman asasi & universiti. Sesungguhnya ukhuwah itu indah jika ia tercipta kerana Allah.