Pages

Thursday 25 April 2013

Kerang Bulu Sos Tiram

Bismillahirrahmanirrahim...

Ampa ingat lagi tak CikJah pernah cerita yang kami beli kerang bulu semasa dalam perjalanan balik kerja di Cilegon dulu. Malam ni baru CikJah sempat nak sambung cerita apa yang kami buat dengan kerang yang dibeli.

Kawan CikJah (bukan CikYah sebab masa tu CikYah ada task di Lumut) minta chef masak sos tiram dengan kerang yang dibeli. 

Ini hasilnya...
Cuba perhatikan ~ kerang yang berkulit lagi besar dari timun slice


Zoom in...
Gambar ni agak blur 

Zoom lagi...
Tengok! besaqq kot.. huhu
Sekian perkongsian cerita mengenai kerang bulu. Ampa pun kalau berpeluang merantau ke tempat orang jangan takut untuk cuba apa yang orang di tempat tu makan dan buat (selagi tak menyusahkan diri) inshaAllah bahagia dan ampa boleh je adapt dengan budaya/makanan depa. 

Wednesday 24 April 2013

Singapore Flyer

Bismillahirrahmanirrahim..
Dah lebih seminggu CikJah menyepi.. sepiku bersebab..haha 
Dalam kesibukan dengan aktiviti seharian, selesema dan demam menyerang. Itu sebagai kifarah dosa.. Sebelum CikJah tak sihat, CikJah & CikYah sempat pi ke Singapore Flyer :)

Sila lah layan foto-foto yang dirakam..

Beli tiket dulu tau sebelum masuk

Di lobby Concorde Hotel (Orchard Rd) ada travel counter; all tickets are cheaper than entrance counter price. Termasuklah tiket ke USS, Singapore Zoo, Night Safari, Jurong Bird Park, Gardens by the Bay, Singapore Flayer dan baaaaaanyak lagi. 

Dek kerana terlupa nak beli tiket murah dan sememangnya tak dak rezeki 2 budak hitam, we have to pay normal charge $33/person instead of $28/person if kami beli di lobby hotel. Kaunter tu tutup kul6 petang. Balik kerja x ingat nak beli siap2. huhu Jadi tak dapat la CikJah & CikYah jimat $10.

CikYah ~ Model baru Singapore Flyer

Kitar semula amalan mulia =)
Gondola
kami
Singapore View ~ boleh buat postcard
View 2 ~ Pan Pacific
View 3 ~ Marina Bay Sands
                         
Gelanggang atas air 

CikJah paling teruja dengan gelanggang atas air tu. Yela kan negara kecil so kena la kreatif. 


Bab nak balik jangan risau; dah berjujuk teksi menunggu

Bagi sesiapa yang nak pi Singapore Flyer ni jangan pi lewat sangat ye sebab waktu operasinya sampai jam 10pm sahaja. Sebaiknya pi la lepas maghrib. 

Tuesday 16 April 2013

East Coast Seafood Centre

Malam minggu yang lalu CikJah & Twin pi East Coast Seafood Centre sebab twin kempunan nak makan Chili Crab. East Coast ni tak jauh dari Changi Airport. Sambil makan korang leh nampak lampu flight berkelip-kelip. Restoran-restoran di sini dibuka dari tengahari hingga ke tengah malam.

Di East Coast ni ada Seafood Centre and Hawker's Centre. Kalau nak makan seafood, sila lah ke Seafood Centre dan jika nak makan lontong, otak-otak dan seumpamanya sila lah ke Hawker's Centre.

Most of the restaurant di Seafood Centre adalah Chinese Restaurant but ada 1 Restoran ni namanya Bayview@ECP - Indian, Parsian & Halal Seafood Cuisine. Jangan ragu sebab Restoran Bayview ni memang ada logo halal Singapore.
Logo Halal di pojok (penjuru) kiri signboard
Kami order blackpepper crab sebab dah pernah makan Singapore Chili Crab sebelum ni. Blackpepper crab di datangkan in set dengan Chicken Soup/Salad dan nasi. Bagi 2nd set kami order lamb (tak ingat namanya tapi ala-ala lamb steak gitu). Sama jugak ada nasi and soup/salad.
Black pepper crab ni di masak kering (tak berkuah) tapi berapi.
Chicken soup dia memang best.
Salad yang dah di makan dan di kucar-kacirkan oleh 2 budak hitam.
Muka kelaparan lama sangat tunggu chef pancing ketam.
Bayview banyak menghidangkan menu Parsi / Indian style. Kalau ampa nak makan tandoori, roti nan dan seumpamanya boleh la datang ke sini. Apa yang CikJah boleh katakan, black pepper crab, lamb steak (actually not steak tapi kawan2 dia la),chicken soup dia memang best.  

Minuman dia kureng sikit la bagi CikJah. I had watermelon juice. Memang out la. Sedap lagi jus tembikai warung Kak Nab tepi jalan. Twin plak minum mint herbal ke ape ntah. Dah memang nama pun herba kan. Kiranya twin tersalah buat pilihan la malam tu.

Alhamdulillah dengan nikmat rezeki, masa dan kesihatan yang tak pernah berkurang. Moga Allah terus murahkan rezeki dan merahmati kita semua. Selesai makan CikJah & twin ambik angin laut sebelum pulang. East Coast ni asalnya laut yang ditambak dan dijadikan daratan sebab Singapore kekurangan kawasan daratan.

Monday 15 April 2013

Geylang Serai II

Geylang Serai sangat terkenal di kalangan pelancong Melayu or Muslim sebab di sana banyak kedai makan citarasa Melayu. Dulu CikJah & twin (CikYah) biasa dengar ja orang sebut mengenai Geylang Serai ni tapi kami tak pernah sampai ke sana. So, tak tau la apa yang ada di sana? Membuak-buak gak le perasaan ni nak tau apa specialnya Geylang Serai ni sebab asal jumpa kawan2 di Singapore ni (samada Singaporean or foreigners) depa mesti tanya tak pi GS ke? You're Malay tak kan  tak pernah sampai GS?

Pada minggu pertama di Singapura, kami telah mencipta sejarah dengan pergi ke sana dan weekend baru-baru ni kami telah melakukan kunjungan kali kedua. Sebab tu tajuk entry ni CikJah buh Geylang Serai II.

Jom tengok apa yang kami buat di sana..
Pasar Geylang Serai
Kami ke Pasar Geylang Serai. Pasar ni 2 tingkat. Tingkat bawah adalah pasar basah yang menjual sayur-sayuran, makanan frozen, kedai roti dan ada 1 kedai emas yang CikJah leh kategorikan sebagai sesat di GF ni. haha



Ini Singapore walaupun pasar ada escalator and lift tau. Memang mantap! Tingkat atas pula terbahagi kepada 2 bahagian. Sebelah kanan ada menjual pakaian seperti telekung, sejadah, tudung, blouse, jubah dan seumpamanya. Di sebelah kiri pula adalah food court. Kami di fahamkan kalau musim perayaan Aidilfitri dan Aidiladha sangatlah ramai pengunjung Pasar Geylang Serai ni. Yela kan di mana lagi orang Singapore nak dapatkan baju kurung dan baju melayu di Singapore ni ;) . Tak kan depa nak pi Zara untuk beli baju melayu =).



CikJah dan CikYah pi kedai Pak Hashim (nama sebenar okeh). Kami berkenalan dengan Pak Hashim waktu kunjungan pertama dulu. So dah malas nak tukar-tukar kedai. Itu la kelemahan CikJah yang tak pro bershopping ni    =( Lagipun dah rezeki Pak Hashim kan...
Twin dok tawar-menawar ngan Pak Hashim
Twin beli telekung untuk her sister and kain sarung untuk her mom and aunties. CikJah pula beli kain sarung untuk makcik2 dan pakcik2 di kampung. Dah macam pemborong kain sarung je kami berdua ni. Kunjungan pertama dulu CikJah dah beli kain sarung untuk my dad,brother,BIL,cousin and my friend. Hasil daripada belian pertama dulu dah courier ke kampung halaman. Mana taknya, pi Jakarta pun dah membeli..sekali mai Singapore beli lagi. Memang tak muat luggage la kan.

Siap membeli kami cross jejantas ke kompleks bertentangan Pasar GS untuk makan.Tapi CikJah tak ingat apa nama mall tu tapi nama Cina la. Kami singgah di kedai Labu-Labi sebab berdasarkan pemerhatian kami, kedai tu paling ramai pengunjung (boleh di katakan semua kedai makan area GS ni ramai pengunjung). 

CikJah makan ni...
Perfect combination!


CikJah telah buat keputusan yang betul untuk makan mee goreng. Memang sedap. CikJah kasi 9/10. haha Tapi tak tau la kalau sedap sebab CikJah kelaparan time tu. Al maklum la pi sana lepas balik kerja.

Terima kasih sebab masakkan mee goreng sedap untuk CikJah =)


Terbaik lah capati mok cik ni..

Biasanya capati di tebar oleh mamak kan tapi chapati ni dibuat oleh seorang Mok Cik Kelate (CikJah agak Mok Cik tu asal Kelate sebab ia kecek Klate pekat deh).
Chapati KTM Tanjung Pagar

Pada meja tempat mok cik tu buat chapati ada label ni. CikJah yakin dulu kedai chapati mok cik ni terletak di KTM Tg. Pagar. Oleh kerana sekarang ni stesen keretapi Tg.Pagar dah ditutup, maka mok cik tu pun berpindah ke Labu-Labi. Kuah chapati dia memang ummmphhh! Terima kasih mok cik..


Dan ada sign ni jugak...
Our Makan Places - Lost & Found
Kalau di Malaysia macam tag Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) la. Patut la sedap.. hehehehe Highly recommended.

                      

Sunday 14 April 2013

Universal Studio Singapore

Last weekend CikJah and twin dapat cuti 3 hari sebab our vessel went for sea trial. We spent our 2nd day at USS. Harga tiket USS is $74 kalau ampa beli di kaunter but you may get it cheaper kalau ampa beli dari agen, online etc.

Menaiki teksi dari Orchard Rd ke Sentosa Island (USS entrance), just inform your taxi driver that you're going to USS so dia tau la mana nak antar ampa. Bagi yang belum tahu, USS only part of Sentosa Island (SI). Jadi sila lah bayangkan berapa banyak games yang ada di SI ni.

Sampai je di USS 2 budak hitam, CikJah & twin blur aja mana nak beli tiket. Punya lah ramai manusia di sana. Maklumlah hari Ahad. Tup2 mai sorang amoi Cina ni nak jual tiket pada kami berdua. Katanya cheaper than counter price (dia nak jual $65). Muka kami memang tak yakin la kan. Tup2 kena tiket palsu tak ke melepas $130 untuk 2 tiket. Bila kami tanya kenapa nak jual? Katanya sebab dia beli banyak and her friends tak jadi pi. Amoi tu kata, dia leh je bawak kami ke dalam (sampai ke entrance gate/tempat check tiket) untuk proof that her ticket bukan lah tiket palsu.

Tanpa teragak-agak twin terus bawa tiket yang amoi tu nak jual ke kaunter pertanyaan dan sah tiket itu adalah ori. So kami pun beli la 2 tiket and we saved $18 for two tickets. Rezeki budak hitam. Alhamdulillah.
                                     




Dari New York naik teksi nak balik kampung.
Nak pi perang jom!
Bagi pengetahuan ampa, USS di buka jam 10 pagi hingga 7 malam. Sebaiknya 10 pagi ampa dah sampai lah ye. Jadi dapat la ampa maximise kan masa untuk bermain. CikJah & twin sampai sana jam 11 pagi. 80% of games memang kami main la. Yang saki-baki 20% lagi tu memang kaki dah cramp. Capet dong berjalan & beratur. Tapi memang berbaloi dengan $65 yang kami laburkan.

Kanak-kanak or adult yang tak cukup ketinggian, memang banyak game la tak dapat main.huhu If i'm not mistaken, yang di bawah ketinggian 1.2m. Mungkin kalau anak masih terlalu kecil, tak berbaloi la parents bawak mai sini. Kalau yang dah sekolah rendah or anak-anak yang cepat tinggi tu ok la kan.

CikJah & twin selalu bernasib baik. Dok queue pepanjang tetiba gate man / lady tanya any single or couple entrance? Cepat2 angkat tangan so dapat la terus masuk. Sebab ramai yang triplet, berempat atau kumpulan yang ramai (family) so kami berdua dapat la potong Q bersebab heeee. Dalam 4 games  or more kami dapat masuk sebab seats are available for single/couple riders.heee

Express entrance pun ada but you have to pay extra $40 each haha. RM100 tau kalau convert to myr semata-mata nak masuk cepat. See! How they making money. Pandai depa berbisnes. CikJah & twin ikut normal entrance and queue je. Tak dak maknanya nak bayar extra RM200. Biar lah jadi puteri raja yang berjiwa rakyat. ecehhhh berangan doh ;) Betul tak apa yang CikJah cakap? better RM200 tu transfer je ke akaun rumah anak yatim or Viva Palestin. Dalam kita hidup serba cukup ni, kena jugak ingat mereka yang serba kekurangan. InshaAllah kita jadi insan yang bersederhana.

Ada 1 game tu yang kena pakai disposable rain coat ($3) and ada yang bawa rain coat sendiri. CikJah & twin ni konon-kononnya otai la, tak pa biar kena air sikit baru la fun (padahal nak save $6). Nasib juga menyebelahi kami. Kami tak basah pun cuma terkena percikan air sikit ja sedangkan ada 1 aunty Arab yang 1 boat ngan kami dia basah kuyup. huhuhu kesian aunty!

Ada several games yang not allowed you to bring in your bag or loose items (camera, phone, glasses etc) so you have to keep it in the provided lockers. Berbayar tau mana ada yang free. So the best is to provided duit kecik sebab most of the machines memang tak da baki. Satu locker tu CikJah kena charged $7. Dek kerana tak da wang secukupnya, I've to put $10 note so no change for me :( hukhuk. $3 lagi tu dikira derma paksa untuk USS.

Bagi yang ada plan nak ke USS ini boleh la sediakan apa yang patut tu optimumkan your budget contohnya bawa sendiri rain coat (berapa kupang je kot harganya di pasaraya), sediakan wang kecil, pi awal supaya tak beratur panjang. Enjoy your great time  di USS nanti. =)

Wednesday 10 April 2013

Pastamania

Keluar dari Daiso CikJah & twin pun melangkah ke Pastamania. Di Plaza Singapura ni banyak Halal fast food. Ada Pizzahut, McDonald, KFC, Burger King & Pastamania. Di Pastamania ni, selain pasta, pizzanya pun sedap.

Layan la gambar dinner kami this evening. We had our dinner before maghrib okeh =) jaga kesihatan la konon.heee walaupun acapkali jugak we had our dinner before Isyak and sometimes after Isyak =(
My twin friend yang ceria =)
My twin ni selain waktu kerja ja dia senyum sampai telinga macam ni. Waktu kerja jangan harap la.. serius mak aiiii. Takut cek! Yela kalau dok sengih time keja ka, kang mamat Filipino x jadi kerja pulak. Nak potong papan terpotong tangan. Tak ke naya =( ayoyo.. haha
                                 
My Chicken Cheese Salsiccia

CikJah had chicken cheese salsiccia spaghetti. Sedap! My 1st try yang tidak menghampakan. Sokmo kan makan bolognese, marinara etc. Sekali sekala kita cuba yang lain pulak. My twin suka aglio olio dan seumpamanya; yang plain2 ja fevourite dia ;) Cuba ampa usha plate dia, macam makan mee kuning kosong jek! hehe
Mango Freeze yang best
Bye-bye kami balik dulu dah maghrib!

Shoe Dehumidifying

Tadi CikJah dan my twin friend Ceah went to Plaza Singapura untuk ke Daiso outlet at 4th Floor. Tujuan ke sana adalah untuk dapatkan peralatan for our ants lures / ants monitor. Al maklum la kami ni kan scientist. Ecehhh.. Nak wat experiment on ants. Semut ni la rezeki kami walaupun termakan semut boleh sebabkan kita lupa 44 hari ;)

Keluar Daiso bukan je tray and small containers yang dibeli, benda lain pun terr beli jugak :)

CikJah beli Foot Patch and Shoe Dehumidifying Sheet. hee CikJah nak cuba Foot Patch tu. If OK and banyak kotoran yang keluar, leh la terus gunakan. Beli cap Daiso dulu kalau OK CikJah nak beralih kepada brand yang lebih baik. Berangan je dulu. Tak tau la cek ni leh istiqamah or x?

I bought shoe dehumidifying because I planned to put it into my safety boots yang setia  berkhidmat for 7 days a week without failed! Lemon fragrance lagi tau penyahlembapan kasut CikJah ni =)
$2 per pack (2 pcs)
Polkadot yang cute.

Cute kan my shoe dehumidifying ni. Macam mini pillow je. Wangi lagi with lemon fragrance. heee Hope my safety boots akan happy and terus berkhidmat for me :) 

Ampa leh la ambik tips / petua untuk nyahbau kasut ampa yang echeemm tu ye!

Saturday 6 April 2013

A&W

Selamat berhujung minggu semua...
Assalamualaikum.

Last few weeks CikJah outing sesorang ke Cilegon Supermall and I had A&W for dinner. Mujur di kampung pun ada A&W =)

Apa yang best di A&W tentulah Root beer nya... Ini bukan beer tau tapi Root beer is carbonated drink. Sama la macam Coke, sprite dan lain-lain. Minuman Root beer ini pada asalnya di ambil / di ekstrak dari akar pokok sassafras. CikJah agak sebab tu ada orang panggil sarsi or sarsaparilla etc. Mungkin dari nama pokok tu la agaknya. Root beer ini sangat famous di Amerika utara dan ada 2 jenis; beer (alcoholic) dan carbonated. Yang di fast food restaurant ni tentu la carbonated one. 
Root beer
Give me 5 to prepare and serve your food! Dengan sabar CikJah menanti makanan yang dipesan. Sekali I terbaca slogan pada nombor yang diberi.
Restoran Khas Amerika
Owh Amerika mari rupanya A&W ni. Tak sempat mengelamun panjang, makanan yang di order pun sampai. My burger & curly fries. Jom makan...

Siap makan sempat belikan sesuatu untuk anak-anak pak supir. Beberapa menit kemudian, pak supir pun sampai. Bye-bye Supermall..

Thursday 4 April 2013

Kerang Bulu

Assalamualaikum semua.

Dah lama CikJah tak menulis. Minggu yang amat sibuk. Pindah randah tempat tinggal, di tempat keja pun amat sibuk dengan amanah kerja yang tak pernah habis sampai bila-bila.

Agak pelik tajuk post CikJah hari ni. Hari tu masa di Cilegon, kawan CikJah ni dia nak sangat makan kerang dan setiap kali singgah di gerai kerang tepi jalan mesti kerang bersaiz kecil ja ada. After few days, akhirnya ada la kerang yang dia idamkan.
2kg for IDR15000
Kawan CikJah kata nama kerang tu kerang bulu. Sungguh pelik kan nama kerang tu. Macam tak sesuai je panggil kerang bulu tapi dah itu namanya nak buat macam mana kan. 

Kerang bulu dijual dengan harga IDR15000 per 2 kg. Kami beli 4kg untuk 2 orang makan. Macam banyak je kan 4kg makan 2 orang. Kerang bulu ni amat besar saiznya. 1st time CikJah tengok. Saiznya hampir sama besar dengan ketam. Walaupun ketam tu boleh di kategorikan agak kecik saiznya tapi memang besar la kerang bulu ni. heee
Kerang bulu