Pages

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Thursday, 2 January 2014

Kelemahan Jam Tangan Swatch

Sekadar pengkosian dan pendapat Jah sebagai pengguna. Kami ada 2 jam tangan Swatch yang mana kami perasan persamaan kedua-duanya iaitu bunyi "detik" jarum jam nya yang agak kuat.

Mula-mula Jah pun tak perasan sehinggalah Yah tegur.. 

Yah : Jah, bunyi apa tu? Jam ko erkkk?

Jah : Ha? Ntah!

Yah sambil meletakkan telinga dia pada jam tangan Jah.

Yah : Haa.. kan betul!

Pastu bila balik Jah pun check la jam kami yang lagi 1. Hmmm memang sah la dakwaan Yah. Sama ja keduanya.




Jadi di sini Jah nak kongsikan tips atau petua nak beli jam tangan yang Jah tercicir untuk masukkan dalam my "to check" list sebelum beli jam ni dulu.

1) Design yang menarik (sesuai dengan citarasa si pemakai).

2) Harga yang berpatutan dengan budget si pembeli (lain orang lain la budget nya; remaja belia macam Jah memang budget tak besar la kan tapi kalau anda adalah orang yang bekerjaya dan mempunyai kemampuan lebih maka lebih besar la "budget berpatutan" anda).

3) Water resistant or water proof atau apa-apa ciri-ciri lain yang ampa nak.

4) Bunyi jaram jam (sama ada yang tak berbunyi atau yang bising! Sudah tentu la nak yang berdetup detap bunyinya kan!). 

5) Warranty. Minimal warranty setahun kot bergantung kepada jenama. Biasanya warranty untuk bateri dari 1-2 tahun dan untuk "engine" sampai 5 tahun. Tapi kalau sekadar Swatch ni setahun jela.

Rasanya Jah dah ambik kira semua items di atas kecuali item no. 4. Itu tandanya Jah tak betul-betul teliti. Dari kacamata seorang inspector, Jah adalah inspector yang failed :( 

Sedih kan.. 

Sapa tak mau jam yang lagi cantik & menawan kan tapi belum mampu.. hukhuk Moga kami murah rezeki boleh grab jam tangan Gucci ke satu. Aminnn (berangan dulu). Kalau bukan 1 pc pun 1 dozen! ahakkkss kelas ko Jah..

Tuesday, 22 October 2013

Dompet Berdaki




Hari tu Jah ada beli minyak kayu putih Cap Lang ni. Ampa agak-agak untuk apa? :)


Mesti ramai yang teka untuk sakit kepala, pening, loya dan seumpamanya kan. Jawapannya untuk cuci purse Jah yang dah berdaki tu. uwekkks 


Petua atau tips mencuci dompet menggunakan minyak kayu putih ni CikJah belajar dari my officemate di Batam ni. Dia cuci purse dan handbag dia pakai minyak ni. Hari tu dia bagi Jah pakai minyak kayu putih dia. Lepas tu kena la pandai beli sendiri. Tak kan nak tumpang harta orang untuk selamanya kan.

Saturday, 31 August 2013

Coastal Area Tanjung Balai Karimun

Dah seminggu tugasan Jah di Karimun selesai tapi hanya sempat update ceriteranya setelah meninggalkan pulau tersebut gara-gara internet yang slow macam siput sedut huhu.


Bila bertanya pada orang tempatan apa tempat menarik di sini pak / mbak? Ada yang jawab Pantai Pongkar atau Pantai Palawan. Tapi tidak kurang juga yang menjawab gak ada apa-apa yang menarik di sini mbak (dalam hati Jah; eh ye ek tak ada apa yang menarik di sini??).


Mendengar kawan kami bercerita tentang "Coastal Area", nak juga CikJah tahu macam mana rupa tempat tu dan apa yang ada di sana? Suatu hari balik kerja Jah naik beca ke sana. Kami cuma punya 3 pilihan sama ada untuk menaiki becak (beca), ojek (teksi motosikal) dan angkotan (prebet sapu). Jadi Jah pilih untuk naik beca :)




Tips kalau ampa menginap di hotel, jangan la keluar pintu hotel ampa terus propose pakcik beca yang di depan tangga hotel tu kan. Kaw kaw la ampa kena bayar tambang becak (yela pelancong kan banyak uang) haha. Sekadar pendapat peribadi CikJah la. Apa pun terserah pada tuan punya badan la. Ada yang berpendapat apa sangat la kalau bayar extra RM10-20; tak susut pun duit dalam dompet.


CikJah biasanya akan berjalan beberapa meter untuk propose pakcik becak yang dok menunggu penumpang di depan ruko (kedai).  Bila Jah dekati seorang pakcik becak tu...


CikJah : Berapa pak kalau mau ke coastal area sekali jalan (one way)? 

Pakcik becak : Berapa kamu mau kasi? 

(dalam hati Jah; eh pakcik ni aku tanya dia, dia tanya kita balik??)


CikJah : Terserah pakcik la.

Pakcik becak:  15000 (idr).

CikJah : Ok la pak.



Masa tu matawang rupiah belum jatuh. Sejak USD naik last week, rupiah jatuh teruk; almost idr 11000 untuk USD1. Akhbar tempatan (Indonesia) melaporkan ia adalah kejatuhan rupiah paling teruk sepanjang 4 tahun.


Jom layan foto-foto yang CikJah ambil dalam perjalanan naik beca.










Kepri ialah singkatan bagi Kepulauan Riau.

Pelbagai jenis beca "kayuh sendiri" boleh disewa di Coastal Area.

Nongkrong (melepak) sambil menghirup udara segar di waktu senja.

Beca dikayuh sampai la nampak bangunan seperti dalam gambar di bawah, pakcik beca tanya Jah mau U-turn (Jah dah tak ingat istilah yang digunakan untuk U-turn) di sini pa mau ke depan lagi? Kerana kasihankan pakcik beca; lagipun hari dah nak maghrib kami suruh pakcik tu U-turn jela.




Di dataran Coastal Area ni selain ada penjaja / gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman, terdapat aktiviti riadah di mana ayah dan bonda meluangkan masa bersama anak-anak.











Pilih saja mana yang berkenan, semuanya untuk disewa. Ada motor, kereta, scooter dan macam-macam lagi. Bukan sahaja ada satu tempat / perkhidmatan menyewa malah banyak!






Anak-anak yang tak mahu main kereta , motor atau scooter boleh la pilih permainan lain; yang penting mak ayah sudi nak bayar hee.





Mak setia tunggu anak pancing ikan.


Dalam banyak-banyak benda, Jah suka tengok beca kecil macam adik ni naik :)








Apa lagi, Jah pun pi la sewa satu :) IDR10000 untuk 30 minit. Sebenarnya kami nak snap gambar beca comel ni secara jelas ja bukannya cek nak kayuh sangat haha. Yela kan tak kan dok curi-curi ambil gambar anak orang je kan; mau mak ayah dia ketuk kepala kami :(





Puas hati Jah haha.. Beca comel ni membantu Jah sampai dari hujung ke hujung dengan pantas hehe. Lambat la peluh meleleh ;)



Ada macam-macam corak atau deco beca tapi yang kami berkenan pancit pulak tayarnya. Jadi kami yang baik hati ni ambil jela mana yang ada.





Pesanan penaja...

Lingkungan = Alam sekitar;
Nongkrong = Melepak.


Kami tak berapa berkenan kalau orang si penjual makanan merokok sewaktu menyediakan juadah; mujur otak-otak terbalut rapi ja.

Otak-otak IDR500 



Kami dok sibuk snap foto otak-otak dibakar; adik penjual dok kata masuk facebook kak! Amboi aii ko mat! Nak famous aja!


Tengah tunggu otak-otak teringin jagung bakar pulak.

Jah suka kipas dia yang diperbuat daripada daun mengkuang.


Sambil menunggu jagung dibakar, Jah terfikir eh macam mana nak makan kalau tak beli air? Kang tercekik ko Jah! Kebetulan sebelah gerai jagung ialah gerai menjual Cappucino Cincau.






Meriah betul gerai jus sebelah gerai Cappucino Cincau ni.. Permisi yang bang, saya numpang ngambil fotonya :)


                 


Hasil belian CikJah pada hari kejadian...


Otak-otak dia comel je sebesar ibu jari Jah sesuai dengan harganya IDR500 atau RM0.15 satu. Murah banget!





Otak-otak yang tak sedap (amat amat amat jarang CikJah merungut bab makanan) :( 
Kami makan satu ingatkan tekak kami ni haa yang bermasalah atau mungkin 1 pc tu ja yang tak ok. Ngap yang kedua; sama saja rasanya. hmm Tak leh jadi, memang geleng kepala kami waktu tu. Mohon ampun dengan Allah, kami tak sengaja nak bazirkan rezekiNya tapi memang tak ada rezeki kami untuk makan otak-otak Tg.Balai.
           

                           


Jagung ni memang fresh. Alhamdulillah rupanya ini rezeki Jah untuk hari tersebut. Dah tak ingat harganya. Dalam RM2 kot setongkol.




Begitu juga dengan Cappucino Cincau yang memang kaw dan sedap. Kami minum atas beca dalam perjalanan pulang.


Semuanya kami beli serba dua; satu untuk kami dan 1 lagi untuk pakcik becak. Kami tanya pakcik nak terus minum ke? Pakcik beca tak mau minum lagi so kami ikat dulu di becak dia, pakcik boleh makan / minum nanti.


Lupa nak bagitau waktu sampai ja di Coastal area ni, pakcik becak ada tanya nak balik macam mana nanti? Padahal Jah memang berniat nak suruh pakcik becak tunggu sebab alang-alang dia dah kayuh sehala tak kan nak balik kosong je kan. Kesian la walaupun tempat ni dekat sangat. Jah rasa paling jauh pun 1km.
  

Setakat ini dulu ceritera Karimun kita. Tugasan Jah untuk kali ini pun dah selesai. Tugasan seterusnya di pulau ni inshaAllah Disember 2013 dan April 2014. Setiap tempat yang saya pergi adalah "sekolah" buatku dan setiap orang yang Jah jumpa adalah "guruku". Sehingga bertemu lagi :)


Wednesday, 3 July 2013

Main Saham

CikJah nak ajak ampa main saham. Nak tak? Lagipun dah nak raya ni; semua orang tak sabar nak dapat bonus raya kan..


Tapi saham yang CikJah nak ajak ampa main ni bukannya saham-saham yang tersenarai di Bursa Saham tu? Saham yang ni lain malah lebih special!


Untuk beli unit-unit saham ni tak perlu tengok/tunggu time naik atau turun. At any time pun boleh :)


1) IRM 
Through IRM (Islamic Relief Malaysia) ampa boleh pilih sama ada ampa nak salurkan dana untuk apa? Specific for Ramadhan /mySedekah atau lain-lain.
Bagi sesiapa yang tercari-cari saluran yang diyakini dan dipercayai untuk menguruskan pemberian ampa, IRM adalah satu pilihan yang ada.


2) Yayasan Pembangunan As Sabah
CikJah tak pasti la sama ada pertubuhan ini mempunyai blog / web mereka sendiri. Tapi segala aktiviti mereka di "update" di facebook orang kuat Yayasan As Sabah iaitu Ustaz Mohd Fadli Yusof.


Pertubuhan ini menjalankan kewajipan menyebarkan agama tauhid kepada umat di pedalaman Sabah. Sungguh murni usaha mereka.. Sesungguhnya kewajipan menyebarkan agama Allah ini adalah tanggungjawab seluruh hambaNYA namun tidak semua orang mampu melaksanakannya apatah lagi secara langsung. 


CikJah akui CikJah memang tak mampu atau belum mampu untuk lakukan seperti apa yang mereka lakukan. Apa yang mampu cuba menjadi hamba yang lebih baik, sentiasa memperbaiki diri dari hari ke hari dan cuba untuk mengelakkan diri daripada menjadi Fitnah Agama (melakukan sesuatu yang memburukkan Ad-Deen NYA di hadapan umat bukan Islam). Nauzubillahi min zaalik.


Muallaf atau saudara baru adalah antara mereka yang layak untuk menerima zakat, sedekah dan seumpamanya. Jika kita punya rezeki lebih marilah sama-sama kita berkongsi dengan mereka. Cuba fahami kepayahan mereka memulakan hidup. Mereka ibarat bayi yang baru lahir dan tidak punya apa-apa.


Moga lebih ramai yang bakal dianugerahnya hidayahNYA..


3) Rumah Amal / Rumah Anak Yatim
Terlalu banyak rumah anak amal / rumah anak yatim di Malaysia. Ampa boleh check linknya DI SINI. Ampa kena rajinkan diri la buat research sikit tentang mana-mana rumah anak yatim yang ampa "berkenan".

Baca mengenai details rumah / pertubuhan terbabit seperti berapa penghuninya, berapa range umur anak-anak di sana, apa yang depa perlukan dan sebagainya.

Membantu bukan terbatas memberi duit / wang ringgit malah ampa boleh hulurkan barang keperluan, menyumbang tenaga mungkin membersihkan rumah mereka di hujung minggu etc.


Selamat mencuba. Moga ampa berjaya membeli saham akhirat dan terus berjaya DI SANA..


Sunday, 23 June 2013

Indonesian Words

Sesiapa yang ada niat nak bercuti, melancong atau shopping di Indonesia, CikJah rasa ampa perlu tahu sepatah 2 kata Indonesian words supaya ampa kurang ditipu para peniaga (CikJah tak kata depa penipu) tetapi itu secara logiknya dan ianya berlaku di mana sahaja dan kepada sesiapa saja iaitu para pelancong akan dikenakan caj yang lebih tinggi terhadap barangan yang dibeli mahupun perkhidmatan yang diterima kerana para peniaga beranggapan pelancong adalah mereka yang punya banyak uang a.k.a. kaya :)


Even my local friends pun keep pesan ngan CikJah supaya mendalami bahasa Indonesia. Kata mereka senang kamu mau shopping nanti. Makasih ya mbak, ibu dan bapak-bapak yang prihatin.


Jadi jom la kita sama-sama belajar bahasa Indonesia;

CikJah kategorikan seperti berikut supaya senang ampa nak rujuk.

Pakaian:
1) Seluar  ======> Celana 
2) Baju / kemeja => Kaos
3) Beg  ========> Tas
4) Telekung ====> Mukena / mukenah
5) Tudung  =====> Jilbab
6) Tuala =======> Handuk


Makanan
1) Bakso =============>Bakso
2) Nasi ==============>Nasi
3) Daging sapi=========>Daging lembu
4)Gulai cincang  =======>Biasanya merujuk kepada gulai daging (yang dipotong halus)
5) Lele == ============> Ikan keli
6) Iga ===============> Daging
7) Telur mata kerbau  ===> telur mata sapi
8) Bergedil  ===========> Bergedil


Minuman
1) Jus avocado ===> Jus Pokat / Alpukat
2) Teh O Ais =====> Teh O Beng
3) Teh Ais  ======> Teh tarik dingin
4) Teh Tarik  ====> Teh tarik
5) Cendol   ======> Es Cendol
6) Limau Ais   ====> Es Limau
7) Limau suam / panas => Limau hangat


Tempat
1) Kedai   =========> Toko
2) Rumah kedai ===> Ruko(Rumah Toko) *digunakan untuk double storey shop lots (bawah kedai/toko, atas rumah)
3) Restoran / kedai makan => Rumah Makan
4) Hospital  ============> Rumah Sakit
5) Masjid ==============> Masjid
6) Surau  ==============> Musolla
7) Pasar   ==============> Pasar
8) Farmasi   ============> Apotik
9) Syarikat ============> PT / Pte Ltd (Pe' Te')


10) Spa  ===============> Spa
Perkhidmatan (service)
1) Top up ===> Pulsa / Isi Pulsa
2) Kad  =====>Kartu (e.g. kartu ATM)
3) Petrol====> Bensen

Lain-lain
1) Sedikit =====>Dikit
2) Banyak  ====>Banyak
3) Suam   =====>Hangat
4) Sejuk ======>Dingin
5) Panas  =====>Panas
6) Kecil ======>Kecil / halus
7) Besar======>Gede




Kartu = Kad


CikJah hanya bagi words penting and basic aja.. the rest ampa boleh la google aja ya.. Tak pa la yang penting bila ampa pi Jakarta or Bandung nak beli telekung, boleh la tanya pekedai tu.. 

"mukena ni berapa ya mbak?"

"bisa dikurangin gak?

"gak lah mbak.. masih mahal ni! kurang dikit lagi yak"

Hehe dengar macam lucu kan. Tetapi itu lah bahasa seharian yang CikJah gunakan.. :)
Nak fasih macam kami, ampa kena la mai sini belajar dari kami dan mereka..

Selamat melancong & bershopping untuk semua :)


Sunday, 16 June 2013

Adab di Meja Makan

Hari ni jari jemari CikJah ni nak menaip pasal Adab di Meja Makan atau Table Manners. Actually dah lama terfikir nak menaip pasal ni tapi tak tertaip-taip. Semalam waktu breakfast di Cafe, group of Korean (most of them are makcik-makcik) bikin banyak bising buat kami tak dapat menelan makanan dengan sempurna :-(


Dalam banyak-banyak orang CikJah yang pernah jumpa; Malaysian (Melayu, Cina, India, Bidayuh, Iban etc), Singaporean, Filipinos, Indonesian, Italian, American dan sebagainya, orang Korea la manusia paling tak dak manner ketika di meja makan (walaupun bukan semua Korean begitu).


Eh kami ni nak bagitau ampa pasal adab ketika makan tak pasal-pasal ja ampa kena dengar kami berleter dulu.. huhu maafkan CikJah...


Okay adab-adab ketika di meja makan (di lantai or meja Jepun jugak!) adalah....


1) Ambil makanan dengan sopan. 
Tak mau rebut-rebut (kalau perlu beratur silalah beratur). Hodoh bebenor la kalau dok rebut-rebut waktu nak ambik makanan. Walaupun ampa takut makanan tu akan habis, tolonglah bersopan. Jangan tunjuk gelojoh sangat.


2) Hanya ambil makanan secukupnya.
Ambil makanan ikut saiz perut sendiri. Jangan nak ambik makanan sampai membukit dalam pinggan tu a.k.a tamak. Jangan jadikan alasan ampa bayar mahal untuk buffet jadi ampa nak cedok kaw-kaw punya.  Nampak macam orang dah setahun tak jumpa makanan. 


3) Mulakan dengan Bismillah & Doa Makan.
Bagi Muslims, baca doa makan dulu atau sekurang-kurangnya Bismillah la dulu. Moga rezeki yang masuk ke perut kita diberkatiNya.


4) Makan dengan tertib dan bersopan
Bukan nak ambil makanan je kena sopan, waktu makan pun mesti sopan. Tolong la jangan makan macam Mr.Bean makan ok ;-)


5) Minimalkan bercakap ketika makan
Kurangkan bercakap ketika makan. Kalau boleh elakkkan dari bercakap lagi bagus. Tapi kalau dah your table partner dah tanya soalan tak kan nak buat-buat tak dengar pulak. Jawab apa yang patut dahla waktu tengah makan. Kang tak pasal-pasal nak suap ke mulut tersuap ke hidung. hahaha

Kalau ye pun nak cakap banyak sebab kangen banget akibat dah setahun tak jumpa, selesai makan ampa discuss la sampai lebam pun tak dak sapa nak kisah melainkan la ampa pi restoran yang ada time limit (contohnya 4hrs per session) so ampa kena la bangun bila dah times up!


6) Tinggalkan meja dalam keadaan bersih
Kami tak dak la suruh ampa jadi part time waiter / waitress tapi jangan pulak ampa jadikan alasan apa guna ada waiter / waitress kalau nak tinggalkan meja dalam keadaan bersih.

Maksud kami bersih di sini dalam skop jangan la ampa tinggalkan meja dengan tulang ayam di penjuru kanan meja, garpu di penjuru kiri meja, napkin / tisu jatuh bawah meja. Memang buruk benar la rupanya kan.


Meja awek yang makan dengan penuh kesopanan ;-)

7) Basuh pinggan (kalau makan di rumah).
Kalau makan di rumah, jangan pulak nak tinggal ja pinggan dalam sinki (walaupun CikJah buat jugak perangai  hodoh ni dulu-dulu! sekarang masih buat lagi ke??). Berangan nak jadi menantu raja konon. Ada dayang-dayang yang buatkan semua. hahaha memang kuat berangan. 


Padahal pemalas tak mau cakap. Alasan nak solat zohor dulu la (lepas lunch) then baru nak cuci pinggan. Sekali mak nampak terus kena. kikiki Mak kata "apa salahnya terus basuh pinggan lepas makan tu" ;-) hehe mak...


Kesimpulannya, tak rugi kalau kita jadi orang yang sopan di meja makan seperti yang dianjurkan dalam Islam dan adab Melayu. Malah kalau berperangai hodoh ketika makan, kita akan mengundang fitnah orang luar terhadap agama kita padahal itu bukan yang diajarkan kepada kita.

Sunday, 26 May 2013

Susu Kambing

Ada sorang kawan CikJah ni kulit dia cantik sangat. Persoalan yang muncul di benak CikJah; dia guna skII ke? hmm CikJah pun text her untuk mendapatkan kepastian.

Ada la beberapa tips yang dia kasi antaranya ialah jangan stress / kurangkan stress dan minum susu kambing. Di kesempatan balik cuti mengundi ritu CikJah pun beli la HiGoat susu kambing. Sekarang ni ada beberapa brand susu kambing di pasaran antaranya ialah HiGoat dan Hiraq. Jangan risau jangan khuatir sebab memang tak der bau kambing.. bekkk bekkk
Susu Kambing Pilihan Kami


No Sugar Added
Juga tiada gula tambahan. Jadi sekarang CikJah dah mulakan azam baru untuk minum susu kambing tapi kelemahan CikJah is I can't do it consistently. sobsob

CikJah berusaha untuk letak susu kambing atas meja makan supaya sokmo ingat and as peringatan untuk minum! CikJah jugak bawa dalam beg supaya kalau terlepas minum di umah, minum la di ofis tapi masih gagal.huhu

Nak comei macam kakton tapi gagal untuk displinkan diri :(

Sekarang kawan baik CikJah ni sedang mengerjakan ibadah umrah bersama suami dan keluarga tercinta. CikJah doakan semoga mereka mendapat umrah mabrurah.


Sunday, 14 April 2013

Universal Studio Singapore

Last weekend CikJah and twin dapat cuti 3 hari sebab our vessel went for sea trial. We spent our 2nd day at USS. Harga tiket USS is $74 kalau ampa beli di kaunter but you may get it cheaper kalau ampa beli dari agen, online etc.

Menaiki teksi dari Orchard Rd ke Sentosa Island (USS entrance), just inform your taxi driver that you're going to USS so dia tau la mana nak antar ampa. Bagi yang belum tahu, USS only part of Sentosa Island (SI). Jadi sila lah bayangkan berapa banyak games yang ada di SI ni.

Sampai je di USS 2 budak hitam, CikJah & twin blur aja mana nak beli tiket. Punya lah ramai manusia di sana. Maklumlah hari Ahad. Tup2 mai sorang amoi Cina ni nak jual tiket pada kami berdua. Katanya cheaper than counter price (dia nak jual $65). Muka kami memang tak yakin la kan. Tup2 kena tiket palsu tak ke melepas $130 untuk 2 tiket. Bila kami tanya kenapa nak jual? Katanya sebab dia beli banyak and her friends tak jadi pi. Amoi tu kata, dia leh je bawak kami ke dalam (sampai ke entrance gate/tempat check tiket) untuk proof that her ticket bukan lah tiket palsu.

Tanpa teragak-agak twin terus bawa tiket yang amoi tu nak jual ke kaunter pertanyaan dan sah tiket itu adalah ori. So kami pun beli la 2 tiket and we saved $18 for two tickets. Rezeki budak hitam. Alhamdulillah.
                                     




Dari New York naik teksi nak balik kampung.
Nak pi perang jom!
Bagi pengetahuan ampa, USS di buka jam 10 pagi hingga 7 malam. Sebaiknya 10 pagi ampa dah sampai lah ye. Jadi dapat la ampa maximise kan masa untuk bermain. CikJah & twin sampai sana jam 11 pagi. 80% of games memang kami main la. Yang saki-baki 20% lagi tu memang kaki dah cramp. Capet dong berjalan & beratur. Tapi memang berbaloi dengan $65 yang kami laburkan.

Kanak-kanak or adult yang tak cukup ketinggian, memang banyak game la tak dapat main.huhu If i'm not mistaken, yang di bawah ketinggian 1.2m. Mungkin kalau anak masih terlalu kecil, tak berbaloi la parents bawak mai sini. Kalau yang dah sekolah rendah or anak-anak yang cepat tinggi tu ok la kan.

CikJah & twin selalu bernasib baik. Dok queue pepanjang tetiba gate man / lady tanya any single or couple entrance? Cepat2 angkat tangan so dapat la terus masuk. Sebab ramai yang triplet, berempat atau kumpulan yang ramai (family) so kami berdua dapat la potong Q bersebab heeee. Dalam 4 games  or more kami dapat masuk sebab seats are available for single/couple riders.heee

Express entrance pun ada but you have to pay extra $40 each haha. RM100 tau kalau convert to myr semata-mata nak masuk cepat. See! How they making money. Pandai depa berbisnes. CikJah & twin ikut normal entrance and queue je. Tak dak maknanya nak bayar extra RM200. Biar lah jadi puteri raja yang berjiwa rakyat. ecehhhh berangan doh ;) Betul tak apa yang CikJah cakap? better RM200 tu transfer je ke akaun rumah anak yatim or Viva Palestin. Dalam kita hidup serba cukup ni, kena jugak ingat mereka yang serba kekurangan. InshaAllah kita jadi insan yang bersederhana.

Ada 1 game tu yang kena pakai disposable rain coat ($3) and ada yang bawa rain coat sendiri. CikJah & twin ni konon-kononnya otai la, tak pa biar kena air sikit baru la fun (padahal nak save $6). Nasib juga menyebelahi kami. Kami tak basah pun cuma terkena percikan air sikit ja sedangkan ada 1 aunty Arab yang 1 boat ngan kami dia basah kuyup. huhuhu kesian aunty!

Ada several games yang not allowed you to bring in your bag or loose items (camera, phone, glasses etc) so you have to keep it in the provided lockers. Berbayar tau mana ada yang free. So the best is to provided duit kecik sebab most of the machines memang tak da baki. Satu locker tu CikJah kena charged $7. Dek kerana tak da wang secukupnya, I've to put $10 note so no change for me :( hukhuk. $3 lagi tu dikira derma paksa untuk USS.

Bagi yang ada plan nak ke USS ini boleh la sediakan apa yang patut tu optimumkan your budget contohnya bawa sendiri rain coat (berapa kupang je kot harganya di pasaraya), sediakan wang kecil, pi awal supaya tak beratur panjang. Enjoy your great time  di USS nanti. =)

Wednesday, 10 April 2013

Shoe Dehumidifying

Tadi CikJah dan my twin friend Ceah went to Plaza Singapura untuk ke Daiso outlet at 4th Floor. Tujuan ke sana adalah untuk dapatkan peralatan for our ants lures / ants monitor. Al maklum la kami ni kan scientist. Ecehhh.. Nak wat experiment on ants. Semut ni la rezeki kami walaupun termakan semut boleh sebabkan kita lupa 44 hari ;)

Keluar Daiso bukan je tray and small containers yang dibeli, benda lain pun terr beli jugak :)

CikJah beli Foot Patch and Shoe Dehumidifying Sheet. hee CikJah nak cuba Foot Patch tu. If OK and banyak kotoran yang keluar, leh la terus gunakan. Beli cap Daiso dulu kalau OK CikJah nak beralih kepada brand yang lebih baik. Berangan je dulu. Tak tau la cek ni leh istiqamah or x?

I bought shoe dehumidifying because I planned to put it into my safety boots yang setia  berkhidmat for 7 days a week without failed! Lemon fragrance lagi tau penyahlembapan kasut CikJah ni =)
$2 per pack (2 pcs)
Polkadot yang cute.

Cute kan my shoe dehumidifying ni. Macam mini pillow je. Wangi lagi with lemon fragrance. heee Hope my safety boots akan happy and terus berkhidmat for me :) 

Ampa leh la ambik tips / petua untuk nyahbau kasut ampa yang echeemm tu ye!

Thursday, 7 March 2013

Nak Cantik Macam Cewek Jakarta

Beberapa malam lepas CikJah p spa.. niat di hati sekadar nak try foot reflexology because 2 nights before tu CikJah had my room massage at my old home. So, nak try la spa d umah baru pulak la kan...


Sejak jadi pemastautin tetap di Indonesia ni kan, my dream is to be gorgeous like cewek Jakarta gitu..hehe
Sampai d spa cikjah tanya la ada ga foot reflexology? Cewek spa jawab ga ada.. CikJah telah berburuk sangka (ampuni daku ya mbak..) ingatkan dia tokse wat foot reflexology ke CikJah al maklum la murah banget service nya... idr60.000 per hour.. murah kan? kalau convert x sampai rm20 ;)


Pastu fikir punya fikir nak buat apa coz there is no hair spa and no facial..huhu CikJah x mau la massage dah memandangkan baru 2 hari sebelum tu dah ber massage.. jadi CikJah pilih untuk ber scrub...


Mbak / Bu Yati is my therapist of da nite ;) 
Sebab x yakin dengan jawapan mbak yang bilang ga ada service foot reflexology sedangkan my teammates had their foot reflexology sebelum tu, maka sekali lagi CikJah ajukan soalan tu ke mbak Yati... mbak Yati bilang Foot Reflexology untuk cowok/pria aja bu sebab therapistnya cowok...huhu


Sebelum CikJah mai spa CikJah dah risik2 dulu ada kah they provide separate rooms for cewek and cowok? the answer is YES. sebab tu la cikJah mai.. kalau x, bye bye bye la jawabnya.


Our session is 1.5hr.. Mbak Yati bekerja bersungguh-sungguh..CikJah suka :)
CikJah tanya mbak Yati macam mana nak cantik macam dia?? (cewahh pandai CikJah bodek ya, nak tips free la katakan) hehehe


Ini petua dari mbak Yati (ampa semua sila take notes ya):

i) Rajin melulur / menscrub badan
Dengan melulur akan tertanggal la daki n sel-sel mati di kulit.

Pakai jela scrub brand apa pun asalkan tersingkir kulit2 mati ampa tu...


ii) Rajin melosyen kan body korang
Supaya kulit selembut bayi gitu ;)

iii) Jamu ~most of Indonesian amalkan ni ye x kira lelaki or perempuan.
CikJah tanya la, kalau nak minum jamu nak bilang apa ke bu si penjual jamu??
kata mbak yati, bilang mau jamu cantik ayu! (sampai ke hari ni CikJah belum ada kekuatan untuk try jamu huhu)

iv) Kalau korang mengandung, jangan sekali-kali dok garu perut ampa dengan kuku sekalipun ampa lapik dengan kain! sebab nanti akan ada parut di perut korang dan kelihatan jelek sekali... nak garu pakai sisir (sikat)...pesan mbak Yati lagi...


Malam p spa, keesokannya makan pisang goreng ni....hmmm

memang ternak kolestrol la kan...macam x percaya je kan itu goreng pisang!



CikJah pun x sangka cegini rupa goreng pisangnya..huhu Hanya mampu habiskan seketul jek..yela makan lepas lunch kot..


Ingat tau..kalau ampa nak cantik, jaga makan, jaga kesihatan, jaga akhlak dan jaga tingkah laku... inshaAllah comei ;)