Pages

Showing posts with label Cilegon. Show all posts
Showing posts with label Cilegon. Show all posts

Thursday, 25 April 2013

Kerang Bulu Sos Tiram

Bismillahirrahmanirrahim...

Ampa ingat lagi tak CikJah pernah cerita yang kami beli kerang bulu semasa dalam perjalanan balik kerja di Cilegon dulu. Malam ni baru CikJah sempat nak sambung cerita apa yang kami buat dengan kerang yang dibeli.

Kawan CikJah (bukan CikYah sebab masa tu CikYah ada task di Lumut) minta chef masak sos tiram dengan kerang yang dibeli. 

Ini hasilnya...
Cuba perhatikan ~ kerang yang berkulit lagi besar dari timun slice


Zoom in...
Gambar ni agak blur 

Zoom lagi...
Tengok! besaqq kot.. huhu
Sekian perkongsian cerita mengenai kerang bulu. Ampa pun kalau berpeluang merantau ke tempat orang jangan takut untuk cuba apa yang orang di tempat tu makan dan buat (selagi tak menyusahkan diri) inshaAllah bahagia dan ampa boleh je adapt dengan budaya/makanan depa. 

Saturday, 6 April 2013

A&W

Selamat berhujung minggu semua...
Assalamualaikum.

Last few weeks CikJah outing sesorang ke Cilegon Supermall and I had A&W for dinner. Mujur di kampung pun ada A&W =)

Apa yang best di A&W tentulah Root beer nya... Ini bukan beer tau tapi Root beer is carbonated drink. Sama la macam Coke, sprite dan lain-lain. Minuman Root beer ini pada asalnya di ambil / di ekstrak dari akar pokok sassafras. CikJah agak sebab tu ada orang panggil sarsi or sarsaparilla etc. Mungkin dari nama pokok tu la agaknya. Root beer ini sangat famous di Amerika utara dan ada 2 jenis; beer (alcoholic) dan carbonated. Yang di fast food restaurant ni tentu la carbonated one. 
Root beer
Give me 5 to prepare and serve your food! Dengan sabar CikJah menanti makanan yang dipesan. Sekali I terbaca slogan pada nombor yang diberi.
Restoran Khas Amerika
Owh Amerika mari rupanya A&W ni. Tak sempat mengelamun panjang, makanan yang di order pun sampai. My burger & curly fries. Jom makan...

Siap makan sempat belikan sesuatu untuk anak-anak pak supir. Beberapa menit kemudian, pak supir pun sampai. Bye-bye Supermall..

Thursday, 4 April 2013

Kerang Bulu

Assalamualaikum semua.

Dah lama CikJah tak menulis. Minggu yang amat sibuk. Pindah randah tempat tinggal, di tempat keja pun amat sibuk dengan amanah kerja yang tak pernah habis sampai bila-bila.

Agak pelik tajuk post CikJah hari ni. Hari tu masa di Cilegon, kawan CikJah ni dia nak sangat makan kerang dan setiap kali singgah di gerai kerang tepi jalan mesti kerang bersaiz kecil ja ada. After few days, akhirnya ada la kerang yang dia idamkan.
2kg for IDR15000
Kawan CikJah kata nama kerang tu kerang bulu. Sungguh pelik kan nama kerang tu. Macam tak sesuai je panggil kerang bulu tapi dah itu namanya nak buat macam mana kan. 

Kerang bulu dijual dengan harga IDR15000 per 2 kg. Kami beli 4kg untuk 2 orang makan. Macam banyak je kan 4kg makan 2 orang. Kerang bulu ni amat besar saiznya. 1st time CikJah tengok. Saiznya hampir sama besar dengan ketam. Walaupun ketam tu boleh di kategorikan agak kecik saiznya tapi memang besar la kerang bulu ni. heee
Kerang bulu

Tuesday, 19 March 2013

Banten-Serang-Cilegon & Bojonegara

Hari ini dah hari ke-3 CikJah di Banten. Banten ialah salah satu provinsi (kalau di Malaysia negeri) daripada 34 provinsi di Indonesia. Capital city atau ibu negeri Banten ialah Serang. Cilegon dah Bojonegara adalah nama tempat di Banten ni. CikJah menetap di Cilegon timur dan bekerja di Bojonegara.

Perjalanan ke tempat kerja mengambil masa 20 minit dengan teksi. Walaupun tempat ni kampung, tapi teksi di sini bermeter tau. Bluebird lagi..

Kepada kawan-kawan yang nak bercuti di Indonesia terutamanya Jakarta kalau nak naik teksi, pastikan Bluebird tau sebab teksinya bermeter dan inshaAllah x kena tipu. Menurut kawan CikJah (he's Indonesian), selain Bluebird ada beberapa teksi g yang boleh dipercayai di Jakarta seperti TaxiKu dan Express Taxi.


Bluebird berwarna biru, Taxiku-Kuning manakala Express Taxi-Putih. Kebanyakan teksi di Indonesia ni Toyota Vios.Di bawah ni gambar Bluebird taxi.



Gambar hiasan
Meter permulaan Bluebird ialah rp6000 dalam rm2. Murahkan.. Bayar rm2 dapat naik Vios =)


Saturday, 16 March 2013

mabuk laut vs mabuk darat

Petang ni CikJah nak travel dari Bandar Lampung ke Jakarta dan esok pagi meneruskan perjalanan ke Cilegon. Cuba tengok peta di bawah. Tak tau la ampa ingat lagi tak peta Asia Tenggara yang kita belajar geografi waktu F2 dulu. Bandar Lampung terletak di Pulau Sumatera manakala Cilegon (dalam peta ni x da Cilegon so tempat paling hampir is Serang) terletak di Pulau Jawa.


Kalau dilihat di peta ini, nampak dekat je 2 tempat ni (Bandar Lampung & Serang/Cilegon). Just cross the sea..tapi hakikatnya petang ni dan esok baru CikJah tau..haha Dari Bandar Lampung, ada 2 cara nak ke Cilegon:

1) Jalan laut 
Dari Bandar Lampung naik kereta ke Bakauheni Port (terminal feri) kira-kira 2 jam perjalanan. 
Bakauheni ke Merak dalam 3 jam; bergantung pada keadaan ombak.
Merak ke Cilegon kira-kira 1 jam dengan mobil (kereta).
Jadi total perjalanan mengambil masa kira-kira 6 jam kak Nab oiii..


2) Pengangkutan Udara
Dari Bandar Lampung 45min ke bandara (airport).
Bandar Lampung - Jakarta = 35min.
Jakarta-Cilegon = 2jam ke 2 1/2jam bergantung pada traffic.
Jumlah perjalanan mengambil masa kurang 4 jam.    


Sudah tentu la jimat 2 jam dan kurang capet kalau travel ngan flight. CikJah cuma risau kalau kena travel ngan feri mau CikJah muntah hijau sebab mabuk laut..huhu Dari segi kos, dah tentu la tambang feri lebih murah dari kapal terbang kan..

Kalau pi Jakarta ngan flight pula, kiranya kena patah balik la sebab Cilegon ni lokasinya di penghujung tanah Jawa.

Bagi kembara petang ni, my company provides me flight ticket to Jakarta and 1 night stay at Grand Kemang Hotel Jakarta. Waduh syukur alhamdulillah dan lapang hati CikJah tengok my ticket and hotel booking.