Pages

Showing posts with label Lampung. Show all posts
Showing posts with label Lampung. Show all posts

Monday, 8 July 2013

Selamat Tinggal Bandar Lampung

Apa khabar semua? Jah alhamdulillah sihat-sihat aja. 
Dah sarapan? ke ampa semua puasa? Siapa yang belum habis ganti puasa, ampa tinggal 2 hari je lagi :)


Seharusnya kita ucap selamat tinggal Syaaban tapi tajuk entry CikJah Selamat Tinggal Bandar Lampung.. kenapa ya?


Ampa mesti pening kan? kejap Jah cerita Jah di Bandar Lampung, di entry yang lain pula di Batam. Mana satu yang betul ni? Sebelum ni Jah based in Bandar Lampung tapi sekarang dah ditukarkan ke Pulau Batam. Lebih dekat nak balik kampung. Ada Firefly Batam-Subang atau Jah boleh naik feri ke Singapore then ambil flight Singapore-Penang. 


Ritu lepas dapat balik kampung belikan mak ayah baju raya, Jah dah leh fokus urusan kerja dan Ramadhan di sini. Hal raya lupakan dulu; masih terlalu awal untuk difikirkan. Tapi sebelum fokus kerja dan terlupa, cek tempah siap-siap biskut raya untuk mak ayah. Siap pesan ke tauke biskut raya, kalau Jah tak dapat cuti raya, please deliver to my sister. Dia akan bawa balik kampung ;-)


Berbalik kepada bab Bandar Lampung, betul kata orang bila dah hilang / tak de sesuatu tu baru kita nak hargainya (bukan bermakna waktu bersamanya kita tak hargainya) :(


Walaupun my  boss sokmo kata Lampung is Kempung (kampung-lidah mat saleh) tapi Jah ok je hidup di sana. Yah pulak asyik call je pesan itu ini sebab hari-hari superior dia kata Lampung is not safe for expatriate macam CikJah. Dorang punya asobiah masih kuat (Jah tak tau sejauh mana kebenarannya). Alhamdulillah selama di sana Allah memelihara diri ini. Mungkin sebab cek dah pandai ngomong local language. hehe


Banyak kenangan yang ditinggalkan di sana. Paling Jah suka lautnya yang menenangkan. Jom layan foto-foto terakhir di sana..


Aktiviti nelayan di waktu petang



Jah suka sangat snap gambar awan. Tak tau la kenapa? mungkin sebab terlalu indah di pandang.. Ni gambar awan sebelum hujan di petang hari.


Langit terbentang luas

Dulu Jah pernah share pasal Indahnya langit ciptaan Ilahi. Subhanallah!


Antara kenangan-kenangan di Bandar Lampung yang pernah Jah kongsikan dulu;

6) Kenangan berspa di Sheraton walaupun tak kondisi spa dia tak se"best" Tea Trea Spa ;-)


Saturday, 16 March 2013

mabuk laut vs mabuk darat

Petang ni CikJah nak travel dari Bandar Lampung ke Jakarta dan esok pagi meneruskan perjalanan ke Cilegon. Cuba tengok peta di bawah. Tak tau la ampa ingat lagi tak peta Asia Tenggara yang kita belajar geografi waktu F2 dulu. Bandar Lampung terletak di Pulau Sumatera manakala Cilegon (dalam peta ni x da Cilegon so tempat paling hampir is Serang) terletak di Pulau Jawa.


Kalau dilihat di peta ini, nampak dekat je 2 tempat ni (Bandar Lampung & Serang/Cilegon). Just cross the sea..tapi hakikatnya petang ni dan esok baru CikJah tau..haha Dari Bandar Lampung, ada 2 cara nak ke Cilegon:

1) Jalan laut 
Dari Bandar Lampung naik kereta ke Bakauheni Port (terminal feri) kira-kira 2 jam perjalanan. 
Bakauheni ke Merak dalam 3 jam; bergantung pada keadaan ombak.
Merak ke Cilegon kira-kira 1 jam dengan mobil (kereta).
Jadi total perjalanan mengambil masa kira-kira 6 jam kak Nab oiii..


2) Pengangkutan Udara
Dari Bandar Lampung 45min ke bandara (airport).
Bandar Lampung - Jakarta = 35min.
Jakarta-Cilegon = 2jam ke 2 1/2jam bergantung pada traffic.
Jumlah perjalanan mengambil masa kurang 4 jam.    


Sudah tentu la jimat 2 jam dan kurang capet kalau travel ngan flight. CikJah cuma risau kalau kena travel ngan feri mau CikJah muntah hijau sebab mabuk laut..huhu Dari segi kos, dah tentu la tambang feri lebih murah dari kapal terbang kan..

Kalau pi Jakarta ngan flight pula, kiranya kena patah balik la sebab Cilegon ni lokasinya di penghujung tanah Jawa.

Bagi kembara petang ni, my company provides me flight ticket to Jakarta and 1 night stay at Grand Kemang Hotel Jakarta. Waduh syukur alhamdulillah dan lapang hati CikJah tengok my ticket and hotel booking.

Thursday, 14 March 2013

Durian kampung dari Lampung

Ampa suka derian tak? Kalau suka CikJah nak tunjuk durian kampung di Lampung ni. Ada kengkawan CikJah yang tanya; sama tak durian Lampung dan durian Malaysia? Jawapannya sama je.. rasa pun sama. Cuma sini mostly durian kampung. Tak pernah la CikJah jumpa D24, Musangking dll di sini.

Bagi yang tak suka dan tak leh bau durian x pa sebab durian yang CikJah nak tunjuk ni tak da bau haha (yela kan foto nya aja mana la ada bau kan) =). Sesapa yang memang tak leh nak bau durian ni nak buat macam mana kan..bukan kehendak ampa dah memang hidung tak leh nak bau kan...huhu CikJah faham..

Derian kampung; Lampung mari...

Durian kampung dijual di tepi jalan & di depan ruko (rumah toko a.k.a kedai)

Kami p Yen-Yen Ole-Ole Lampung sebab our friend Capt. Faber nak beli buahtangan to his family & friends in Jakarta. In front of the shops ada la beberapa penjual durian. While waiting for him to buy his souvenir, it's an opportunity to others of having our derian kampung. 
Let's learn how to open the durian!
Please focus on piece of durian; the flash texture is thin but its taste wow!!! 

Happy eating!


Wednesday, 13 March 2013

Langit Nan Membiru


Semalam ialah hari NYEPI di Indonesia. Nyepi is day of silence celebrated by Hindus terutamanya di Bali. Hari nyepi ni cuti umum di Indonesia. Cuma CikJah dan kawan-kawan je tak nyepi. Kami terus membanting tulang memerah keringat mencari rezeki. uhukkkss 

Few days before tu anak-anak buah dok sibuk tanya: Ibu ga lipur pa selasa ni tanggal merah? 

CikJah: tanggal merah? apakah itu? huhu rupanya tanggal merah is public holiday. Agaknya sebab di kalendar depa bertanda merah la kot.

Jom layan gambar-gambar awan yang CikJah snap kemarin dan hari ni. CikJah suka keja di laut ni sebab dapat tengok laut yang terbentang luas dan langit nan membiru. Betapa indahnya alam ciptaan tuhan.. Subhanallah..

Cantik kan? Ini adalah foto original; no edited or any camera technique applied.

Cuba tengok awan tu... tak tau la kalau ampa x rasa apa? yang pasti CikJah suka banget!

Ini tug boat (bot tunda) yang CikJah jaga selama ni. =)

Tug ni nampak je kecik (salah satu penyebab ialah sebab dia jauh di tengah laut). Our tug ni fizikalnya kecik tapi kuasanya makaii.. boleh tarik barge (tongkang) dengan muatan beribu tan tau! CikJah jadikan tug as my inspiration. Biar kecil asal berjiwa besar... ahakkss

Pulau sekitar Tanjung Karang, Lampung.

Awan pagi di Tg. Karang
                           
Bye bye tongkang! sobsob

Tepat 8.11 pagi Waktu Indonesia Barat (WIB) tongkang kami meninggalkan Tanjung Karang, Lampung menuju Selat Sunda (Sunda Strait) seterusnya menongkah arus Indian Ocean menuju Australia. Mana tau ada rezeki CikJah leh ikut jejak tongkang ke Australia jugak...amin.



Monday, 11 March 2013

Pindang Meranjat RIU

Semalam balik kerja kami singgah rumah makan yang baru di buka lebih seminggu lepas. Sebelum ni lalu setakat pandang-pandang ja. Jelingan manja gitu... Nampak banyak pondok. Mula-mula tak tau yang tempat ni ialah rumah makan, tertanya-tanya juga la nursery pokok or apakah ia? Lepas dah ada banner baru la tau rupanya restoran atau rumah makan (dalam bahasa Indonesia). 

Pindang Meranjat Riu entrance...



Landskap sekitar restoran..kelihatan rumput dan pokok-pokok hiasan yang baru di tanam.





                            



             



Pondok-pondok dan lampu-lampu (tanglung).











CikJah love Green =)


Colourful



 



Alamat kedai

Menu


Jom layan special menu oleh Pindang Meranjat...

Ulaman ~ Rahsia awet mudah cikjah.. ahakkkkss 
Kalau ampa nak tau ulam yang paling mengancam tak lain tak bukan pucuk betik atau orang Indonesia ngomong pucuk papaya. Rasanya pucuk betik memang mengancam. Pahit gitu.. ;) Ampa cuba la try...

CikJah gave a try to peria celur. It's OK. manakala yang sodek jagung tu memang CikJah kurang gemar even you put it in my tomyam or mix vege, so x yah buh pun x apa.. huhu


Gurame  Bakar
Gurame ni CikJah pun not sure ikan apa but the taste is nice.


Pindang baung
Di Indonesia, pindang or masak asam ni depa buh buah binjai.. sedap!


Cah Kangkung

Cah kangkung is a normal kangkung goreng. Rasanya x de la gempak but not too bad also. CikJah masak lagi sedap kot. ahakkkss 


Sambal mangga 

Dan ada beberapa menu lagi yang tidak di sempat difotokan (cumi/sotong dan udang masam manis).  Our dinner was sponsored by our guest Capt. Faber from Jakarta =) Makasih ya Capt.... Please come again to our Lampung ~ kempung (kampung lidah mat saleh) heee.


Alhamdulillah dengan rezeki yang tak pernah putus. Banyakkan memberi tanpa perlu diminta. Tak salah kongsikan rezeki Allah yang amat banyak buat kita jika dibandingkan dengan mereka yang kurang bernasib baik. Nitezzzz




Saturday, 9 March 2013

Makan-makan di Bandar Lampung


Layan la gambar makanan CikJah waktu my 1st trip to Bandar Lampung last January ;) Thanks to my Indonesian friends & pak supir yang bawa CikJah g makan... Photos were taken on different date.

Lai-lai! Mai-mai! Rojak Buah...


CikJah letak pencil di situ untuk tujukkan betapa banyaknya rojak itu...

idr10.000 saja ok!
Mie Yamien.. Look simple but enakkk banget!

                         
This is my friend bowl.. ada alas kepok g..

Zoom in CikJah's bowl...ummmmppphhhhhh so yummy...

Balik kerja jejaka-jejaka tampan bawa CikJah makan derian

Fresh from durian farm.

Di hari yang lain, layan nasi uduk pulak
Kalau ampa nak tau, nasi uduk ni macam nasi lemak tapi tak de la lemak sangat.. Dalam banyak (x dela banyak pun cuma 3 kali je huhu) nasi uduk CikJah makan, ini paling sedap. Mungkin disebabkan tempe dan tokoa (tauhu) dia tu kot. Pekena pulak dengan ayam kampung. Waduhh memang sodap.


Oittt curi makan ka? Baca doa dulu!!!

Ada 1 lagi kami pi makan di Jumbo Kakap Seafood. Lapaq sangat almaklumla pi lepas balik kerja sampai tak hengat nak ambil gambaq huhu. Nanti kalau ada rezeki pi sana lagi CikJah snap fotonya ya... Seafood kat sana memang fresh from aquarium.