Pages

Showing posts with label Home Sweet Home. Show all posts
Showing posts with label Home Sweet Home. Show all posts

Saturday, 17 August 2013

Raya Lagi

Raya Kedua

Raya kedua diteruskan dengan menerima kunjungan tetamu di waktu pagi iaitu makcik aka sepupu mak kami. Tengah hari tak ke mana-mana sebab ayah kami dan adik lelaki serta abang ipar kami bersolat Jumaat. Sebelah petangnya, kami sekeluarga menziarahi kubur ayah abang ipar kami. Dari kubur meneruskan ziarah raya ke rumah MakNgah (adik ayah) kami.


Raya Ketiga


Raya ketiga kami menerima kunjungan tetamu istimewa iaitu my ex-school mate Shima & Fitrah setelah 13 tahun kami tak bersua. Asalnya depa rancang nak berkunjung pada raya kedua tetapi Shima ada berjalan raya sakan sampai ke tengah malam jadi depa tundakan ke hari ketiga.


Khusyuk dengar cerita cik Fitrah


Mak kecik sangat sampai terlindung dek anak yang di riba :)


Depa bukan ja mai beraya tetapi Fitrah siap bawa hadiah lagi untuk CikJah. Kura-kura kecil yang anak menakan (anak saudara) kami pegang tu untuk digantung di kereta dan kotak pink di atas meja tu adalah set album (4 in 1). Anak buah kami siap bahagi sesama depa lagi. Seorang nak pink, seorang hijau, seorang kuning dan yang biru untuk CikJah. Hamboi-hamboi! (berkata CikJah di dalam hati hehe). Bila CikJah kata all mine! Terkedu semuanya hahaha.


Gambar-gambar di atas adalah hasil tangkapan budak ni...


Dia snap foto sendiri :)


Bukan kami yang minta difotokan tapi dia yang suka hati snap foto kami para artis ni. hihi Apa pun Jah kena berterima kasih kepada Aliya Syafiqah :)




Sempat bergambar sebelum depa balik..







Sebelah petangnya kami ke hospital menziarahi sepupu kami yang warded since first hari raya lagi. Kondisinya ada perubahan walaupun masih lemah. 


Di hospital, jumpa Pak Long (abang mak) and his family. Mereka ada berkunjung ke rumah kami tetapi kami terlebih dahulu keluar untuk ke hospital. Jadi depa terus ke hospital dan kami berhari raya di hospital. Mak njang kami setia menjaga anak bongsu dia di hospital siang dan malam. Kasih ibu memang tiada tandingan. Kata orang, kasih ibu bawa ke syurga.


Kami juga mengharapkan jika si ibu jatuh sakit, anak-anak akan lakukan perkara yang sama. Bukan mengharapkan balasan tetapi sesungguhnya berbakti kepada orang tua besar ganjarannya bukan sahaja di akhirat malah di dunia juga kita dapat rasakan ketenangan jiwa yang tidak boleh dibeli.


Kembali berkhidmat..

Raya ke empat kami dah kena kembali berkhidmat. Mak dan adik3 kami menghantar kami ke lapangan terbang. Sementara ayah kami bawa cucu lelaki tunggalnya jalan-jalan sebab anak buah kami yang sorang ni memang pantang tengok moto. Asyik ajak mama dan abahnya pi raya naik moto. Aduhai adik! 


Mak Ratu Hatiku

Alamak, mak tak pandang kamera! 



Mengopi


Sisters

Kevin kata adik Jah yang kiri macam my twin! Sekian sahaja kisah raya saya tahun ini. Semoga dipanjangkan usia dalam kebaikan agar dapat bertemu Ramadhan & Syawal seterusnya..


Friday, 16 August 2013

Salam Eidulfitri

Salam Eidulfitri.. Maaf Lahir & Batin (dalam nada bahasa Indonesia :) )
Moga segala amal baik kita sepanjang Ramadhan diterima olehNYA. Teruskan beramal walaupun sedikit tapi lakukanlah secara konsisten. Moga kita menjadi insan yang beristiqamah dalam beramal.


Alhamdulillah dipenghujung Ramadhan yang lalu dapat juga Jah berbuka puasa dan bersahur bersama keluarga di kampung sekadar untuk 2 hari seterusnya beraya dan menziarahi sedara-mara dan ahli keluarga sama ada yang masih ada atau yang sudah kembali kepada pencipta yang Esa.


Satu hari sebelum hari raya, persiapan membuat rendang dan ketupat.


Ketupat in the making 

Kami orang Kedah jadi wajiblah ada ketupat palas ni ha.. kalau rumah yang hidang ketupat nasi sama ada as additional atau depa bukan original Kedah mari. Di Pantai Timur terutamanya di negeri Kelantan, depa pun makan dan hidangkan ketupat palas.


Proses merendang


Red Velvet Cake for break fasting

Adik kami yang sorang ni memang la dia suka sangat masak. Dia suka masak tapi tak suka makan. Segala agar-agar buah naga la dia buat tapi takde la pulak kami ambik gambaq.


Pada hari kejadian (Hari Raya), tak ingat pulak nak snap foto walaupun sekeping :(


Pagi raya seusai solat subuh, bersiap-siap dengan pakaian indah, bermaafan dengan mak ayah dan sesama adik beradik, bersarapan dengan ketupat rendang sebelum bersiap-siap untuk ke masjid untuk solat sunat Hari Raya.


Selesai solat sunat Hari Raya, menerima dan membalas kunjungan jiran sebelah rumah merangkap sepupu sendiri dan menerima kunjungan maklong (sepupu mak) dan makngah (adik ayah) dan keluarga beliau.


Sebelah petang selepas asar menziarahi kubur arwah tok wan (atuk) sebelah ayah dan pakteh (adik ayah) yang meninggal muda akibat kemalangan jalan raya 24 tahun yang lalu. Adalah menjadi sebahagian aktiviti Hari Raya di kampung kami mengadakan tahlil secara berjemaah sesama ahli keluarga allahyarham dan allahyarhamah pada petang Hari Raya dan bersedekah duit raya untuk dibahagikan kepada kanak-kanak yang hadir semasa tahlil.


Walaupun lebih afdal menziarahi yang hidup daripada yang dah meninggal, namun tak salah untuk kita lakukan atau teruskan amalan yang baik yang mana secara tidak langsung dapat mengingatkan kepada kita yang masih hidup ini tentang kematian dan "rumah" yang kekal abadi.


Ziarah malam raya diteruskan dengan pergi beraya ke rumah maknjang (kakak emak) malangnya mak njang di hospital menjaga anaknya yang warded akibat penyakit luekimia. Hanya ada anak dan cucu-cucunya di rumah.


Bila godek-godek my phone ada la beberapa keping gambar berkaitan yang Jah jumpa :)


Anak-anak belajar berpuasa


Bersiap nak pi solat raya


Ada baiknya juga ya bagi anak-anak main telefon kita, banyak sangat gambar yang depa snap; ada yang ok dan ada yang ko :)


Jah akan sambung kisah hari raya kami di entry berikutnya..