Pages

Monday 20 January 2014

Tart Nenas Sedap

Dulu masa CikJah kecik-kecik, tart nenas dan almond london sinonim dengan musim perayaan  dan kedua-duanya antara biskut raya pilihan ramai. CikJah dah beberapa kali cuba tart nenas sedari kecil memang tekak ni tak dapat menerimanya sebagai biskut kegemaran. Setakat makan 2 ketul ok la.


Tapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini, selepas merasa air tangan chef pastry Zarin Zakaria minat Jah terhadap tart nenas dah berubah. Sepanjang 2013 4 kali kami tempah tart nenas dari beliau. Yang kali terakhir bulan lepas sempat la CikJah foto kan.


Tart gunting..





Kalau Cik Kiah or kak Yah nak cuba boleh la order. Makanan sambil menonton Wonder Pets petang-petang tak perlu tunggu raya..hii

Tuesday 14 January 2014

Cendawan Segar dari Cold Storage

Salam Maulidur Rasul 1435H..

Hari ini cuti umum di Indonesia tapi ianya sama saja bagi kami. Kerja dan terus bekerja demi diri sendiri, keluarga dan ummah ecehhh

Owh ya lupa nak bagitau kawan-kawan, Jah dah kembali ke Batam. Jodoh kami dengan Lumut / Manjung hanya lah lima minggu. Belum sempat berkenalan dan teroka sepenuhnya.. Misi jjcm Jah pun terbengkalai suku jalan. Apa kan daya saya hanya menurut perintah boss.

New year 2014 ritu kami ada urusan kerja 3 hari di Singapore. Pergi ke Cold Storage di Plaza Singapura mencari organic strawberry kegemaranku out of stock. Sweet cherry pun tinggal se pack aja. Tangkai pun dah kecut. Tak sanggup la cek nak korbankan $27 untuk ceri yang dah lebam. SGD27 plak tu kalau RM27 pun belum tentu sanggup kan..

Jom layan gambar cendawan yang CikJah ambik di Cold Storage hari tu... 






Tak ada strawberry pun mujur ada mangga muda potong ngan serbuk jambu. Walla weh kecur liur ehh. Dah dah la tu kan.. kang ada yang terbuka puasa lak :)

Monday 13 January 2014

Padi Menguning

Kira-kira 2 minggu lepas semasa tengah driving from Manjung to KL walla weh mengantuk ya amat di petang hari pulak tu. Kena pula baru lepas pekena cendol ngan laksa. Berat perut berat mata semua ada. Lalu pulak jalan kampung (non-highway) yang mana ada kerja-keja pemasangan cable dan membaiki jambatan. 


Sampai suatu tempat tak salah Jah nama tempat tu Kota Setia. Tak pasti masih kawasan Sitiawan atau dah Teluk Intan. Ternampak sawah menguning yang amat indah permandangan dia.


Subhanallah! Cantiknya hanya mata yang memanjang saja dapat menilai. Walaupun kami dilahirkan dan dibesarkan di negeri Jelapang Padi namun masih belum jemu memandang keindahan alam ciptaanNya.






Sunday 12 January 2014

Nasi Dagang Pok Ya

Happy weekend kawan-kawan.. ampa masak apa tengahari ni?

Hari tu masa di Manjung, CikJah kempunan nak makan nasi kerabu kelantan. Gi beli di pasar malam Sri Manjung (depan Giant). Rasanya tak sedap pun. Tak macam nasi kerabu asli Kelantan.

Minggu berikutnya kawan kami ajak lunch di Restoran Nasi Dagang Pok Ya. Jom kita ikuti kisahnya..




Tudia.. besarnya besen nasi dagang kakak ni. Dah tinggal sikit.




Selain nasi dagang, ada juga nasi putih. Nasi kerabu gok yang takdo.. Ayam goreng berempah. Tapi kualiti gambar tak bagus. Ambik curi-curi dan kalut-kalut al maklum lah segan pada tuan kedai dan para pelanggan yang lain hiii




Aneka lauk-pauk lain tapi tak begitu banyak pilihan yang ada.



Kami pilih untuk makan nasi dagang. Gulai ayam menjadi pilihan CikJah.
           



Haha nasi dagang moden makan dengan gulai ayam. Kalau orang Terengganu ori depa makan dengan gulai ikan ayer (ikan tongkol).



Kawan kami makan dengan gulai ikan ayer. Haa ini baru la ori kan? Bagus la dia berani mencuba walaupun itu first time dia makan nasi dagang.


Kesimpulannya sedap walaupun CikJah jarang makan nasi kerabu and not really expert to judge tapi tekak kami kata sedap! Harga berpatutan. Cuma 1 ja kawan kami kata adalah lebih baik kalau nasi dagang tu bubuh dalam bekas / termos nasi baru la sentiasa panas. Tak de la sejuk gedi kan.

Sesiapa yang plan nak ke Manjung nanti boleh la cuba makan dan nilai sendiri.


Tuesday 7 January 2014

Mr Cendol



Pertama kali CikJah jejak kaki ke outlet Mr.Cendol ni. Rupanya baru ku tahu dah banyak franchise nya di Semenanjung Malaysia.


Kalau sudah namanya Mr.Cendol, semestinya menu utama di sini ialah cendol. Kelainan yang diketengahkan di sini ialah "DIY Concept" nya. Do It Yourself!



Tidak semestinya semua pelanggan wajib menyediakan sendiri cendol mereka sebaliknya diberi pilihan sama ada nak buat sendiri atau nak order saja dan pekerja restoran yang buatkan.





Mesin ais batu dia pun mesin manual lagi yang kena putar sendiri dengan tangan. Bagus ni kalau nak dedahkan anak-anak dengan bagaimana cara tradisional mengisar ais batu untuk dijadikan ais cendol. Sekarang kan kedai ABC rata-rata dah pakai mesin pengisar ais automatik ala-ala blender tu.


Di DIY Counter tu siap apa langkah-langkah penyediaan cendol lagi.






Cendol biasa.



Cendol pulut.



Air gula boleh buh sendiri. Nak ekstra manis ke nak kurang manis ke terserah. Maaf deh punya teruja nak snap foto sampai xdan nak lap botol air gula yang tersedia comot tu. Bukan kami yang comotkan tau! Lepas tu kami lap la.. tak rela nak malukan diri sendiri you..huhu




 Tadaa... cendol kami. Ekstra gula merah.. sedap oooo... gluppss. Dok mengarang ni pun telan liur wehh!!




Kombinasi terbaik ais cendol ialah asam laksa tapi laksa dia biasa-biasa saja.. boleh la makan cuma tak umpphh.



Dah kenyang makan kita tengok live demo bagaimana cendol dihasilkan. Kaunter "live demo" di bahagian depan restoran.



Sekarang dah moden. Semuanya pakai mesin. Actually sebelahnya tu ada satu lagi mesin pressing cendol bagi menghasilkan bentuk cendol tapi waktu tu tuan / pekerja kedai dah angkat ke belakang kedai mungkin nak keluarkan cendol yang dah siap kot.






Alhamdulillah perut dah kenyang. Proses buat cendol pun dah tengok. Jom kita balik..

Oh ya lupa nak bagitau kedai Mr Cendol & asam laksa yang CikJah pi ni terletak di deretan blok kedai berhampiran Jeti Lumut, Manjung. Selamat Mencuba.

Monday 6 January 2014

Restoran D'Muruh Teluk Batik

Kita teruskan misi JJCM di Lumut. Kali ini krew kami singgah si Restoran D'Muruh atau ejaan lain D'Muroh Teluk Batik.. ecehh ada potensi tak nak tukar kerjaya jadi krew JJCM? Best kan kalau boleh jadi realiti. Kami membayangkan kerja depa tak de la se stress kerja kami hiiii (marah depa kalau dengar ni). Cikjah gurau ja tau... Tak baik marah-marah. Nanti muka cepat berkedut hiii.


Tak ada sesiapa yang mencadangkan restoran ini sebaliknya kami memandu sepanjang jalan menuju Marina Island ini dan buat survey kedai mana paling ramai pelanggan. Berdasarkan observasi kami, ada 3 kedai/ restoran seafood yang sangat ramai pengunjungnya. Jadi kami sepakat untung singgah di sini (lain kali kita pi 2 kedai tu pulak okay.. baru adil).


Pangalaman lalu di Restoran Dayang mengajar kami erti macam mana nak pilih nak duduk di meja mana satu? Walaupun Restoran D'Muruh bukan lah duduk di tepi sungai atau tasik. Oleh kerana dia ada bahagian tertutup dan ber"air-cond" maka kami pilih untuk duduk di sana. Lebih selesa dah bebas nyamuk.

Dah pilih tempat berair-cond ni sejuk lah pula kan.. makan kami pun order nescafe panas untuk balance kan kesejukan.



Di sini tak ada pilihan ikan lain sebab depa hanya ada ikan siakap. Hari tu dah order ikan stim, hari ni kita order siakap 3 rasa pulak. 



Nampak macam kecil tapi boleh tahan juga saiz ikannya. Lebih kurang panjang 2x cermin mata nenek kebayan :) Cukup la untuk makan berdua nakk.



Hidangan lain kami order tomyam campur. Tomyam putih yang sedap.




Sayur pulak. No more kailan or kangkung sebaliknya cendawan goreng menjadi pilihan. Cikjah ingatkan dia guna cendawan tiram hmm tapi dia guna cendawan butang. Tak kisah lah yang penting sedap.


Siap makan sambung gosip Mak Jemah tak hengat dunia sampai kedai nak tutup. 

Kesimpulan yang boleh di buat, makanan di sini sedap (menu yang kami makan la) dan harganya berpatutan. Mesra poket gitu. Alhamdulillah atas nikmat rezeki. Dah makan sedap sokmo ni jangan lupa mereka yang memerlukan. Tak dapat bagi banyak, sikit pun tak apa. Moga Allah terus kurniakan rahmatNya yang banyak buat kita semua.

Sunday 5 January 2014

Restoran Dayang Teluk Batik


Restoran Dayang ni terletak di Teluk Batik, Lumut. Betul-betul bersebelahan pantai perkelahan Teluk Batik. Berkonsepkan restoran terapung jadi para pelanggan harus meniti titi atau jambatan kayu untuk sampai ke restoran ini. Parking jangan risau, restoran ini mempunyai ruang parking yang luas.



Ibarat berada di pulau kecil, terdapat jugak chalet untuk disewa. Boleh tengok dalam gambar dibawah.. rumah-rumah kecil di sebelah kanan tasik.







Food tray di atas sekadar hiasan mungkin digunakan jika ada buffet.



Restoren tu tak tau la salah eja ke memang nama khas bagi restoran ini. Tapi papan tanda di gerbang masuk dah betul ejaannya. Tak apa lah kan yang penting dapat makan :)


Menu wajib jika datang ke restoran makanan laut semestinya ikan. Jom tengok dulu ikan apa yang ada...



Kami pilih ikan kerapu. Minta dimasakkan stim lemon.


Sebelum makan cuci lah tangan dulu tak kira la nak makan dengan tangan ke sudu kan. Nak nak pula datang dari mana dan apa aja yang dipegang. Unik kan sinki nya. Kuali tu.... :)
Itu bukan tangah CikJah tau sebab kami pakai jam tangan kiri hiii



Jus tembikai susu dia memang kaw! Berbaloi-baloi.


Sirap rose laici pun sodap.. Aroma rose nak memang harum.



Punya lah lama kami tunggu (padahal tak ada pelanggan lain pun) akhirnya makanan yang pesan sampai jugak.

Nasi putih.


Kailan belacan. Pertama kali order kailan belacan. Saja nak cari kelainan. Asyik-asyik makan kailan ikan masin atau kangkung belacan je kan. Sekali-sekala ubah menu pulak.


Udang mentega. Dari segi rupa memang tak menarik tapi rasanya sedap. Mujur ko Jah!


Tadaaa... ikan stim lemon kami.


Simple dan sedap.


Kami ke sana dah lewat petang dalam 6.30pm macam tu. Dok tunggu makanan sampai langit pun dah gelap tanda nak malam. Kami duduk meja tempat tak berbumbung (open air la konon) dekat pulak dengan air kan. Banyak la nyamuk datang menyerang. Siap bersila lagi di atas kerusi. Lantak la orang nak kata tak senonoh pun asalkan nyamuk tak gigit kami :(

Masa kami tengah makan tu baru ada pelanggan-pelanggan lain datang.

Kesimpulannya, makanan di sini sedap cuma bit pricey. Ikan dia rm140 sekilo okehh mujur cukup duit nak bayar kalau tak, tak pasal-pasal kena cuci pinggan di belakang restoran haha.