Pages

Saturday 16 March 2013

mabuk laut vs mabuk darat

Petang ni CikJah nak travel dari Bandar Lampung ke Jakarta dan esok pagi meneruskan perjalanan ke Cilegon. Cuba tengok peta di bawah. Tak tau la ampa ingat lagi tak peta Asia Tenggara yang kita belajar geografi waktu F2 dulu. Bandar Lampung terletak di Pulau Sumatera manakala Cilegon (dalam peta ni x da Cilegon so tempat paling hampir is Serang) terletak di Pulau Jawa.


Kalau dilihat di peta ini, nampak dekat je 2 tempat ni (Bandar Lampung & Serang/Cilegon). Just cross the sea..tapi hakikatnya petang ni dan esok baru CikJah tau..haha Dari Bandar Lampung, ada 2 cara nak ke Cilegon:

1) Jalan laut 
Dari Bandar Lampung naik kereta ke Bakauheni Port (terminal feri) kira-kira 2 jam perjalanan. 
Bakauheni ke Merak dalam 3 jam; bergantung pada keadaan ombak.
Merak ke Cilegon kira-kira 1 jam dengan mobil (kereta).
Jadi total perjalanan mengambil masa kira-kira 6 jam kak Nab oiii..


2) Pengangkutan Udara
Dari Bandar Lampung 45min ke bandara (airport).
Bandar Lampung - Jakarta = 35min.
Jakarta-Cilegon = 2jam ke 2 1/2jam bergantung pada traffic.
Jumlah perjalanan mengambil masa kurang 4 jam   


Sudah tentu la jimat 2 jam dan kurang capet kalau travel ngan flight. CikJah cuma risau kalau kena travel ngan feri mau CikJah muntah hijau sebab mabuk laut..huhu Dari segi kos, dah tentu la tambang feri lebih murah dari kapal terbang kan..

Kalau pi Jakarta ngan flight pula, kiranya kena patah balik la sebab Cilegon ni lokasinya di penghujung tanah Jawa.

Bagi kembara petang ni, my company provides me flight ticket to Jakarta and 1 night stay at Grand Kemang Hotel Jakarta. Waduh syukur alhamdulillah dan lapang hati CikJah tengok my ticket and hotel booking.

No comments:

Post a Comment