Pages

Friday, 16 August 2013

Salam Eidulfitri

Salam Eidulfitri.. Maaf Lahir & Batin (dalam nada bahasa Indonesia :) )
Moga segala amal baik kita sepanjang Ramadhan diterima olehNYA. Teruskan beramal walaupun sedikit tapi lakukanlah secara konsisten. Moga kita menjadi insan yang beristiqamah dalam beramal.


Alhamdulillah dipenghujung Ramadhan yang lalu dapat juga Jah berbuka puasa dan bersahur bersama keluarga di kampung sekadar untuk 2 hari seterusnya beraya dan menziarahi sedara-mara dan ahli keluarga sama ada yang masih ada atau yang sudah kembali kepada pencipta yang Esa.


Satu hari sebelum hari raya, persiapan membuat rendang dan ketupat.


Ketupat in the making 

Kami orang Kedah jadi wajiblah ada ketupat palas ni ha.. kalau rumah yang hidang ketupat nasi sama ada as additional atau depa bukan original Kedah mari. Di Pantai Timur terutamanya di negeri Kelantan, depa pun makan dan hidangkan ketupat palas.


Proses merendang


Red Velvet Cake for break fasting

Adik kami yang sorang ni memang la dia suka sangat masak. Dia suka masak tapi tak suka makan. Segala agar-agar buah naga la dia buat tapi takde la pulak kami ambik gambaq.


Pada hari kejadian (Hari Raya), tak ingat pulak nak snap foto walaupun sekeping :(


Pagi raya seusai solat subuh, bersiap-siap dengan pakaian indah, bermaafan dengan mak ayah dan sesama adik beradik, bersarapan dengan ketupat rendang sebelum bersiap-siap untuk ke masjid untuk solat sunat Hari Raya.


Selesai solat sunat Hari Raya, menerima dan membalas kunjungan jiran sebelah rumah merangkap sepupu sendiri dan menerima kunjungan maklong (sepupu mak) dan makngah (adik ayah) dan keluarga beliau.


Sebelah petang selepas asar menziarahi kubur arwah tok wan (atuk) sebelah ayah dan pakteh (adik ayah) yang meninggal muda akibat kemalangan jalan raya 24 tahun yang lalu. Adalah menjadi sebahagian aktiviti Hari Raya di kampung kami mengadakan tahlil secara berjemaah sesama ahli keluarga allahyarham dan allahyarhamah pada petang Hari Raya dan bersedekah duit raya untuk dibahagikan kepada kanak-kanak yang hadir semasa tahlil.


Walaupun lebih afdal menziarahi yang hidup daripada yang dah meninggal, namun tak salah untuk kita lakukan atau teruskan amalan yang baik yang mana secara tidak langsung dapat mengingatkan kepada kita yang masih hidup ini tentang kematian dan "rumah" yang kekal abadi.


Ziarah malam raya diteruskan dengan pergi beraya ke rumah maknjang (kakak emak) malangnya mak njang di hospital menjaga anaknya yang warded akibat penyakit luekimia. Hanya ada anak dan cucu-cucunya di rumah.


Bila godek-godek my phone ada la beberapa keping gambar berkaitan yang Jah jumpa :)


Anak-anak belajar berpuasa


Bersiap nak pi solat raya


Ada baiknya juga ya bagi anak-anak main telefon kita, banyak sangat gambar yang depa snap; ada yang ok dan ada yang ko :)


Jah akan sambung kisah hari raya kami di entry berikutnya.. 



2 comments:

  1. Selamat hari raya...

    Dah start kerja ka?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Raya..
      Dah.. cuti sampai raya ke3 ja

      Delete