Pages

Monday 8 July 2013

Selamat Tinggal Bandar Lampung

Apa khabar semua? Jah alhamdulillah sihat-sihat aja. 
Dah sarapan? ke ampa semua puasa? Siapa yang belum habis ganti puasa, ampa tinggal 2 hari je lagi :)


Seharusnya kita ucap selamat tinggal Syaaban tapi tajuk entry CikJah Selamat Tinggal Bandar Lampung.. kenapa ya?


Ampa mesti pening kan? kejap Jah cerita Jah di Bandar Lampung, di entry yang lain pula di Batam. Mana satu yang betul ni? Sebelum ni Jah based in Bandar Lampung tapi sekarang dah ditukarkan ke Pulau Batam. Lebih dekat nak balik kampung. Ada Firefly Batam-Subang atau Jah boleh naik feri ke Singapore then ambil flight Singapore-Penang. 


Ritu lepas dapat balik kampung belikan mak ayah baju raya, Jah dah leh fokus urusan kerja dan Ramadhan di sini. Hal raya lupakan dulu; masih terlalu awal untuk difikirkan. Tapi sebelum fokus kerja dan terlupa, cek tempah siap-siap biskut raya untuk mak ayah. Siap pesan ke tauke biskut raya, kalau Jah tak dapat cuti raya, please deliver to my sister. Dia akan bawa balik kampung ;-)


Berbalik kepada bab Bandar Lampung, betul kata orang bila dah hilang / tak de sesuatu tu baru kita nak hargainya (bukan bermakna waktu bersamanya kita tak hargainya) :(


Walaupun my  boss sokmo kata Lampung is Kempung (kampung-lidah mat saleh) tapi Jah ok je hidup di sana. Yah pulak asyik call je pesan itu ini sebab hari-hari superior dia kata Lampung is not safe for expatriate macam CikJah. Dorang punya asobiah masih kuat (Jah tak tau sejauh mana kebenarannya). Alhamdulillah selama di sana Allah memelihara diri ini. Mungkin sebab cek dah pandai ngomong local language. hehe


Banyak kenangan yang ditinggalkan di sana. Paling Jah suka lautnya yang menenangkan. Jom layan foto-foto terakhir di sana..


Aktiviti nelayan di waktu petang



Jah suka sangat snap gambar awan. Tak tau la kenapa? mungkin sebab terlalu indah di pandang.. Ni gambar awan sebelum hujan di petang hari.


Langit terbentang luas

Dulu Jah pernah share pasal Indahnya langit ciptaan Ilahi. Subhanallah!


Antara kenangan-kenangan di Bandar Lampung yang pernah Jah kongsikan dulu;

6) Kenangan berspa di Sheraton walaupun tak kondisi spa dia tak se"best" Tea Trea Spa ;-)


No comments:

Post a Comment