Pages

Tuesday 24 September 2013

Aktiviti di Pagi Hari

Waktu ke KL untuk menghadiri my good friend wedding hari tu, Jah bemalam di rumah seorang teman. Oleh kerana majlis pada hari Ahad, jadi Jah ada 1 hari (Sabtu) for my free & easy activity ;-)


Pagi Sabtu sewaktu melepak dan berborak-borak di ruang tamu setelah selesai solat subuh, Siti mencadangkan untuk kami pergi berjongging. Sebenarnya bukan berjogging pun, sekadar berjalan-jalan di taman. Yelah, kasut sukan pun tak bawa ada hati nak berjogging pulak.


Satu dua tiga mula!






Berjongging atau berposing? Kedua-duanya kot!

Berlatar belakangkan rumah idaman. Amin..


Suka betoi Jah tengok rumah depa yang cantik tu! Kalau la kami menabung sebulan rm1k sampai pencen pun kami belum mampu nak beli rumah macam depa. Apatah lagi kalau sekadar menabung rm100 ja.. huhuhu Minta maaf tau CikJah memang kuat berangan. Berangan tu satu terapi buat kami :)



Terima kasih Siti dan Sherah sebab sudi tumpangkan CikJah. Kalau tak rabak poket kami kena bermalam di Pullman hahaha.



Masjid nan indah.


Sepatu puteri impian.


Permandangan seberang tasik.


I love the greenery!

Siti ada bawa roti yang tak habis dari rumah dia untuk bagi makan ikan di tasik. Berkongsi rezeki dengan makhluk tuhan yang lain.





Tak sampai sejam pun di tasik, kami pun mengundur diri. Kali ni kami nak pi makan nasi lemak di Pinggiran Putra, Kajang. Pinggiran Putra ni terletak di antara Kajang dan Putrajaya sebab tu la namanya Pinggiran Putra.


Siti dan Sherah makan nasi kerabu biru dan CikJah makan nasi lemak. Dah lama sangat Jah tak makan nasi lemak. Lepas kempunan lah ni.





Sapa yang tengah diet tu sila lah tutup mata erkk. Dah namanya sambal tentulah sedikit berminyak. Kakak Jah bagi tau cara nak tengok sama ada sambal (tumis) itu ok atau tak tengok la kalau berminyak maksudnya ok tetapi kalau berair tu hmmm tak ok lah tu.


Alhamdulillah dapat makan nasi lemak yang enak.

No comments:

Post a Comment