Pantai Palawan terletak di Pangka (disebut Pangke) Pulau Karimun Besar. Kalau nak ke sini, ampa boleh la menaiki feri sama ada dari Batam, Singapore atau Kukup, Pontian Johor.
Hanya 45 minit perjalanan dengan menaiki feri dari Kukup, 1 jam 30 minit dari Batam dan 1 jam 45 minit ke 2 jam dari Harbourfront Singapore.
Tambang feri dari Batam ke Tanjung Balai, Karimun kira-kira IDR85k dan IDR10k untuk cukai pelabuhan. Jadi jumlahnya tak sampai IDR100k. Manakala tambang dari Harbourfront ialah SGD31 untuk sehala dan SGD56 untuk 2 hala termasuk cukai / tax. Tambang dari Kukup Jah tak tau sebab tak pernah naik. Ampa boleh la Google kalau nak tau harga tambang dari sana. Rasanya tak mahal sebab pulau ni paling hampir dengan Johor berbanding Batam dan Singapore.
Ada 2 syarikat feri yang beroperasi antara Sekupang (SKP), Batam-Tanjung Balai Karimun (TBK) iaitu Dumai Express dan Miko Natalia. Ada juga perkhidmatan feri ke terminal / jeti lain di Batam seperti ke Harbourbay (Batu Ampar) tapi Jah tak pasti apakah syarikat feri terbabit.
Begitu juga dengan perkhidmatan feri antara Harbourfront Singapore-Tanjung Balai Karimun, hanya 2 syarikat feri yang menawarkan perkhidmatan iaitu IndoFalcon dan SindoFerry.
My entry is not to promote this pulau tetapi sekadar berkongsi apa apa yang ada di sini sekurang-kurangnya kalau ampa datang atau terdatang di pulau ni macam kami, tahu la jugak kan apakah aktiviti yang boleh dilakukan.
Jah kurang berkenan dengan tahap kebersihan pantai ni sebab keadaan pantainya yang kotor disebabkan oleh tangan-tangan manusia yang tidak bertanggungjawab. Tak kan nak Jah buatkan awareness training tentang kepentingan menjaga kebersihan pantai pulak kot hmmm.
Kami ke sana waktu makan siang (lunch) sebab kawan kami ajak pekena ayaq nyok (air kelapa) Pantai Pelawan.
Kami ke sana waktu makan siang (lunch) sebab kawan kami ajak pekena ayaq nyok (air kelapa) Pantai Pelawan.
Terima kasih Pak Herman sebab sukarela jadi model air kelapa tak berbayar Jah :)
Pak Herman adalah kenalan kami di Pulau Karimun dan dia ada buat part time perkhidmatan teksi (Avanza) di sekitar pulau ini. Harganya berpatutan; bagitau ja dia yang ampa baca tentang dia di blog Hafizah (sebut CikJah confirm Pak Herman tak kenai).
Kenapa perlu CikJah highlight yang teksinya adalah Avanza? Yela sebagai pelancong sudah tentu la ampa tak mau naik teksi buruk yang dah nak luruh ekzosnya atau yang ada macam-macam masalah. Seharusnya lah kita mahu mendapatkan perkhidmatan terbaik dengan bayaran yang setimpal. Tak ke gitu?
Sekarang musim rambutan, durian dan manggis di sini. Jadi sambil menunggu makanan yang dipesan, kami makan rambutan. Comel je gugusan rambutan depa. Saiz sekali makan..
Kami..
No comments:
Post a Comment