Pages

Tuesday 16 July 2013

Minggu yang Sepi

Lebih seminggu CikJah berdiam diri, bukan merajuk.. bukan juga sibuk.. tapi tak tahu la kenapa.. sebab tak da mood menaip kot.


Selasa lepas Jah pi meeting di Pulau Karimun. Pulau Karimun ni terletak tak jauh dari Johor Bharu. Tak sampai sejam dengan feri kalau dari Johor Bharu. Tapi CikJah pi dari Batam.


Pi meeting beberapa minit ja tapi perjalanannya.. mak aiii.... 20 minit dengan kereta dari office kami di Waterfront City ke Ferry Terminal Sekupang. Then naik feri Dumai Express 1 jam 15 minit perjalanan ke jetty Tanjung Balai, Karimun. Dari terminal feri meneruskan perjalanan 25 minit dengan kereta ke tempat meeting. Jauh kan? Ini la nasib kami yang hidup di pedalaman. Kena sentiasa refresh mental & fizikal untuk kekal kuat.


Dumai Express yang bawa kami ke Karimun

CikJah tak berniat dan tak berminat untuk cerita tentang Karimun pada entry ini, kita simpan nanti ya ;-) InshaAllah 1st week of August CikJah ada assignment sebulan di sana. All the best untuk Jah :)


Hari ni kita bercerita yang 'happy' sahaja ok..


Weekend baru ni CikJah libur (cuti) but I have nothing to be done or nothing in my list. Sabtu kami sekadar tergolek-golek ja di katil; mendalami perasaan bedridden gitu. haha
Menyesal dan rugi sehari!


Pagi Ahad seusai solat subuh, kami berkata pada diri sendiri I must do something today; at least pi town memerhati pe'el orang sekeliling pun jadi la. Yela at least sambil lihat kami berfikir.. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.. tak ke gitu?


Kami decided untuk pi BCS (Batam City Squre). Pi sorang diri. Naik shuttle bus. Perjalanan mengambil masa 40-45 minit. Kami ada masa 3 jam untuk buat apa yang kami suka sebelum pick up time.


Jom tengok hasil yang kami dapat 2.5 jam di BCS (30 min lagi kami dok lepak di bus stop sambil lihat angkutan kota & gelagat para penumpang hehe)... actually kami sengaja tunggu lebih awal sebab takut terlepas bas. hehe


Buku oh buku... 
Sejam kami di Gramedia (kedai buku) sambil membelek-belek buku masakan. Akhirnya bawa balik 4 buah seperti dalam gambar.. Nanti Jah buat entry khas pasal buku-buku masakan ni ok. Malam ni tak dak mood sebab blouse kami telah dirosakkan atas kecuaian pihak dobi :(





Kami nampak kedai pakaian muslimah tetapi tak dak sehelai pun baju yang kami berkenan sebab fesyen di sini semuanya kweng kweng kweng. Dalam tak berkenan tetiba mata kami terpandang sudut tudung bawal. Kami memang pencinta tudung bawal sebab dia mampu buat kami kelihatan mudah 10 tahun gitu hehe perasan hang Jah. 


Kami nak beli tudung bawal tu sebab bila kami tanya harganya, kami rasa amat murah. Apa lagi kami pun gunakan kepakaran kami berbahasa Indonesia. Dapat lagi lagi la murah. Buat kami tersenyum lebar. Kami beli 6 helai. Tak tau nak bagi kat sapa huhu (actually bukan kami nak sangat pun!) aduh! ini la kelemahan kami.


Kelabu ~ Hijau ~ Jingga ~ Oren ~ Pink ~ Biru
Betul kot warna-warna yang kami desribe di atas. Kami ni ala-ala rabun warna sikit. hehe Lagipun snap gambar pun dalam kegelapan malam.

Cutie & Lubie
Sapa pulak Cuti & Lubie ni? CikJah ni pantang jugak tengok benda cantik. My ex-schoolmate yang sorang ni nama dia Fitrah. Dia ni pencinta katak. So Jah berniat nak beli sesuatu sourvenir berasaskan katak untuk dia.

Maka Jah pun beli la si katak lompat ni..

Si Lubie

Jah whatsapp Fitrah gambar katak dia. Then dia tanya Jah nak buh nama apa? Jah pun tak tau. Last2 Fitrah yang kasi dia nama Lubie :) Buat sementara waktu Jah akan babysit Lubie sampai la Jah jumpa mama Fitrah. Kali terakhir jumpa Fitrah ialah tahun 2000. Ampa kira sendiri la dah berapa lama kami terpisah selepas Jah pindah sekolah.


Si comel Jah pula diberi nama Cutie.. buat teman sembang dan jadi pendengar leteran Jah.

Hai! Saya kawan Jah! Nama saya Cutie :)


Saya tunggu Jah balik kerja


Setiap hari Jah akan bercerita sampai saya tertidur.
Eh silap, saya yang bercerita sampai Jah tertidoq heee

Sekian untuk malam ini. Jah nak kemas beg. Esok nak bawa diri ke Singapore. hee


2 comments:

  1. Salam ziarah :)

    Baru perasan ada link blog akak kat sini. Tq :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wsalam.
      Salam perkenalan akak LL..
      Aah saya ada ikuti blog akak sebab tu letak link senang nak click :)

      Delete