Pages

Tuesday 2 July 2013

Tetamu Istimewa

Assalamualaikum..

Julai dah menjengah. Kesibukan duniawi Jah pun dah reda. Alhamdulillah. Sekarang memikirkan Ramadhan Kareem; tetamu istimewa yang bakal mengunjungi kita seminggu lagi.


Kalau ada tetamu nak mai rumah biasanya kita ada fikirkan apa menu yang nak dihidangkan buat mereka. Malah kalau tetamu itu akan bermalam di rumah kita, sudah tentu kita memikirkan tempat tidur / bilik tetamu.


Jom kita sama-sama membuat persiapan terakhir sebelum Encik Ramadhan tiba. Perbanyakkan bacaan al-Quran (Jah la tu yang pemalas ngaji huhu). Kalau selama ni kita ngaji 1 muka ja sehari jom la kita tambah ke 3/5 muka sehari. Kalau sapa yang boleh 10-20 sehari extra bonus la for you.  


Kalau selama ni amat jarang kita tunaikan sola sunat; jom sama-sama kita rajinkan diri solat sunat 2 rakaat pun tak apa. Yang penting mula untuk laksanakannya. Sesungguhnya permulaan adalah 1 langkah menuju kejayaan.


Banyakkan berinfaq & sedekah. Banyak shopping untuk diri sendiri ja.. Baju raya berpasang-pasang; untuk hari raya pertama, kedua, ketiga, open houses lagi. Apa kata kalau ampa beli baju RM98 or RM199 baki sehinggit dua tu buh je ke dalam tabung masjid / surau yang ampa singgah untuk bersolat. Kalau ada extra lagi banyak lagi bagus.


Sedih sangat bila memikirkan saudara seakidah kita yang mana negera depa tak aman & selamat macam tanah air kita Malaysia. Apa kata selain memikirkan dan mengatur restaurant atau buffet mana kita nak pi, apa kata kita hulurkan kepada yang memerlukan jugak. Sekurang-kurangnya, walaupun depa tak dapat makan buffet / makanan dari bazar ramadhan macam kita, at least depa ada juadah untuk berbuka walau hanya sebiji kurma.


Selain itu, kalau KakYah KakNab semua adalah ratu gosip di ofis apa kata kita ubah rutin harian dengan bertadarus di surau waktu lunch break. Banyak cakap lagi cepat haus kan.


Moga Ramadhan kali ini lebih baik dari ramadhan lalu. Rasa-rasanya apa perasaan tetamu kita kalau 10 tahun berturut-turut dia berkunjung ke rumah kita tapi keadaan dan menunya masih sama. Ayuk kita hidangkan menu terbaik untuk tetamu istimewa kita.


Ahlan wasahlan ya Ramadhan...



No comments:

Post a Comment