Pages

Wednesday 3 July 2013

Main Saham

CikJah nak ajak ampa main saham. Nak tak? Lagipun dah nak raya ni; semua orang tak sabar nak dapat bonus raya kan..


Tapi saham yang CikJah nak ajak ampa main ni bukannya saham-saham yang tersenarai di Bursa Saham tu? Saham yang ni lain malah lebih special!


Untuk beli unit-unit saham ni tak perlu tengok/tunggu time naik atau turun. At any time pun boleh :)


1) IRM 
Through IRM (Islamic Relief Malaysia) ampa boleh pilih sama ada ampa nak salurkan dana untuk apa? Specific for Ramadhan /mySedekah atau lain-lain.
Bagi sesiapa yang tercari-cari saluran yang diyakini dan dipercayai untuk menguruskan pemberian ampa, IRM adalah satu pilihan yang ada.


2) Yayasan Pembangunan As Sabah
CikJah tak pasti la sama ada pertubuhan ini mempunyai blog / web mereka sendiri. Tapi segala aktiviti mereka di "update" di facebook orang kuat Yayasan As Sabah iaitu Ustaz Mohd Fadli Yusof.


Pertubuhan ini menjalankan kewajipan menyebarkan agama tauhid kepada umat di pedalaman Sabah. Sungguh murni usaha mereka.. Sesungguhnya kewajipan menyebarkan agama Allah ini adalah tanggungjawab seluruh hambaNYA namun tidak semua orang mampu melaksanakannya apatah lagi secara langsung. 


CikJah akui CikJah memang tak mampu atau belum mampu untuk lakukan seperti apa yang mereka lakukan. Apa yang mampu cuba menjadi hamba yang lebih baik, sentiasa memperbaiki diri dari hari ke hari dan cuba untuk mengelakkan diri daripada menjadi Fitnah Agama (melakukan sesuatu yang memburukkan Ad-Deen NYA di hadapan umat bukan Islam). Nauzubillahi min zaalik.


Muallaf atau saudara baru adalah antara mereka yang layak untuk menerima zakat, sedekah dan seumpamanya. Jika kita punya rezeki lebih marilah sama-sama kita berkongsi dengan mereka. Cuba fahami kepayahan mereka memulakan hidup. Mereka ibarat bayi yang baru lahir dan tidak punya apa-apa.


Moga lebih ramai yang bakal dianugerahnya hidayahNYA..


3) Rumah Amal / Rumah Anak Yatim
Terlalu banyak rumah anak amal / rumah anak yatim di Malaysia. Ampa boleh check linknya DI SINI. Ampa kena rajinkan diri la buat research sikit tentang mana-mana rumah anak yatim yang ampa "berkenan".

Baca mengenai details rumah / pertubuhan terbabit seperti berapa penghuninya, berapa range umur anak-anak di sana, apa yang depa perlukan dan sebagainya.

Membantu bukan terbatas memberi duit / wang ringgit malah ampa boleh hulurkan barang keperluan, menyumbang tenaga mungkin membersihkan rumah mereka di hujung minggu etc.


Selamat mencuba. Moga ampa berjaya membeli saham akhirat dan terus berjaya DI SANA..


No comments:

Post a Comment