Pages

Tuesday, 17 December 2013

Talam Durian

Cepatnya masa berlalu... Tup tup dah 5 minggu Jah di Lumut Bandar Perlancongan & Maritim ni.


Ini cerita lama yang terdampar di pantai baru nak story dengan ampa. 2nd week CikJah di sini, my university mate Farah whatsapp. Dia kata her husband ada nampak Jah di tempat kerja. Blurr kejap!


Memandangkan Jah wanita terawal dan terakhir jadi kena la terima hakikat memang itu Jah yang husband Farah nampak tak tau la sama ada her husband betul-betul kenal Jah ke idok.


Next day Farah text Jah dia kata "kami ada buat kuih and wanted to give you some! Tapi tak tau la sedap ke tak".. Keesokan hari nya her husband Jan bagi ini.....


Talam durian yang awesome!





Farah kata dia tak pandai potong kalau talam durian kalau talam lain or seri muka should be no problem for her. Walau apa pun rupanya, rasanya  memang tiptop! Bila di selidik a week later baru Jah tau yang Farah guna durian D24 patut la kan sodappp...


Anyone in Manjung, Sitiawan or nearby area yang nak order any talam from Puan Farah boleh la whatsapp her 014-6754771. Talam durian tu Puan Farah buat untuk makan sendiri je so dia bagi Jah rasa. Kalau talam lain memang dia ambik tempahan. Jah pujuk aka bodek jugak Farah untuk buat talam durian for me untuk nak bawa balik kampung.


Harga talam durian = harga talam biasa + harga durian. Boleh la nak request for Musangking, Udang Merah etc hiiii. 


Esok Jah dah nak cuti after 6 weeks on duty (1 week in Lampung + 5 weeks in Lumut) so I ordered 1 tray of talam durian. Yehhaaa tak sabar nak ambik my talam esok dan zeeepppp balik kampung :)


Thursday, 5 December 2013

Baru Datang Dah Kena Saman

Kesian tak ampa baca tajuk entry Jah kali ni? 

Jah sampai ja di Lumut ni hari Jumaat petang, Sabtu petang cek demam. Kesian kot! Mana senior nak turunkan ilmu yang banyak, Jah as student ni tak sihat plak.

2 hari makan panadol (malas nak pi klinik). Bila my superior dapat ja tau terus kena paksa pi klinik la la tu jugak. Alkisahnya Jah pi klinik yang dicadangkan di Sitiawan, terus parking dan masuk dalam klinik tunggu my turn. Masa tu sakit kepala ya amat. Pesakit yang masuk jumpa doktor sebelum Jah tu punya la lama.

Tengah dok layan sakit kepala, tetiba nampak orang ramai mengerumuni di luar klinik. Kakak sebelah Jah pun bangun pi tengok. Dia masuk ja semula ke dalam klinik Jah terus tanya.. kenapa kak?

Kak tu jawab saman parking.. 

Dalam hati Jah; alamak! aku lah tu yang kena saman. Serius parking je kereta di petak parking memang langsung tak nampak tanda-tanda itu parking berbayar. Tak de meter parking untuk masukkan coins atau any signboard. Nasi dah jadi bubur...





Kena saman 18/11/2013 tapi 2 minggu yang amat sibuk tak sempat nak pi MPM (Majlis Perbandaran Manjung) untuk bayar kompaun walaupun tak jauh mana pun. Walaubagaimanapun Jah dah risik dengan my ex-schoolmate yang kerja di Manjung ni di mana MPM?




Mujur kompaun yang kena pun tak mahal. Kalau tak mau berjujuran air mata Jah nak bayar. hahaha 

RM10 - Bayaran dalam 14 hari
RM15 - Bayaran selepas 14 hari
RM25 - Bayaran selepas 28 hari dan sebelum tindakan undang-undang




Lepas je incident di kompaun MPM Jah terus beli kad "gores & menang". Ada dealer (kedai) yang jual kupon ni. Jah beli kedai sederet Bank Islam Manjung. Kawan Jah kata 7E pun ada jual tapi Jah pun tak tau kat mana 7E nya. Kalau boleh macam nak beli sedozen ja tapi macam melampau pulak kan. haha




Satu "buku" ada 5 keping kupon. Sekeping RM0.40 untuk 1 jam parking.

MPM ada kaunter bayaran "Pandu Lalu" untuk bayaran kompaun dan cukai. Menyenangkan bukan?


Waktu Jah sampai kaunter pandu lalu ni ada seorang lelaki tengah berurusan. Walaupun itu kaunter pandu lalu tapi dia jalan kaki hiiii 

5 minit je tunggu dia berurusan, tibalah turn Jah. Macam bayar tol je. Cepat & mudah! Thanks MPM for excellent service. I'm lucky sebab Jah bayar tepat hari ke-14 (including weekends) so I cuma bayar RM10 je you!


Selesai 1 isu! Alhamdulillah.


Wednesday, 4 December 2013

Pindah Lagi! Lumut Here I Come..

Hari ni genap 19 hari Jah di tempat baru. Sampai saja sini terus demam, selesema & batuk. All in package! Alhamdulillah selepas seminggu Jah kembali sihat.


Lepas ni no more cerita Batam, Karimun & Bandar Lampung lah ya.. 13 bulan hidup di Indonesia memang banyak kenangan manis yang sukar dilupakan. Now, I'm cewek Lumut pula. I will share more tentang Lumut, Manjung & Sitiawan :)


Jom layan gambar-gambar di minggu pertama Jah di sini.. Kena pulak 5 hari berturut-turut ada inspection di tengah laut. Dengan badan tak sihat, redha jela. Tapi ikhlas dari hati, laut itu mendamaikan. Jiwa kacau pun boleh jadi tenang.

Jeti Lumut

Di atas ni gambar Jeti Lumut. Kalau ke Jeti Lumut, tempat orang naik feri ke Pulau Pangkor sebelah kiri dan tempat bot-bot kecil ni di sebelah kanan. Jah tunggu kawan-kawan yang nak naik bot sama-sama untuk pi buat inspection.


Melusuri laut dengan bot laju dalam 20 minit sampai la kami ke tempat tujuan.



Di suatu petang yang berangin cuba tengok tongkang (barge) terpusing-pusing dek angin.




Di hari yang lain pula, ada cruise ship dropped her anchor tak jauh dari Lumut Jetty. Tak dapat naik cruise, dapat ambil gambar pun jadilah ya.. :)



Tengok! bot-bot oren tu buat Jah tersenyum sorang-sorang. Jah membayangkan ianya seperti ulat-ulat yang keluar dari beg sampah yang dibiar lama. haha



Bagi yang belum tahu, bot-bot oren tu ialah rescue or emergency boats for the cruise. 


Jah tak tahu la macam mana peraturan penggunaan emergency boat untuk cruise tapi kalau kapal-kapal yang company Jah uruskan emergency boats only allowed to be used during emergency. Bayangkan lah kalau tetiba kapal karam / terbakar atau seumpamanya, tapi emergency boat tak dak. What will happen to mangsa kejadian? waduhh kasihan kan??


Kalau nak guna rescue boat pun hanya lah pada masa rescue training. Masa-masa lain? No! No! No! Jah tak tau la kalau depa tengah buat rescue training tapi macam tak ja. hahaha Sebab depa ulang-alik dari kapal ke Jeti Lumut. Jah ingat la kan sebab bot tambang agak mahal. RM40 each way. Itu kalau yang dekat keceh. Kalau yang jauh RM80 each way.


Apa-apa jelah kan.. asal semuanya selamat..


Ada yang tanya Jah pindah Lumut dok / tinggal di mana? Jawapannya cek tinggal di bilik sewa yang juga menghadap laut. Nanti-nanti jela Jah story okay..




Jah will share more stories later :)


Monday, 25 November 2013

Layan Bola di Burgerbyte


Situasi menang-menang telah berlaku di mana sorang dapat tengok bola manakala sorang lagi dapat makan burger dan pasta. Kesimpulannya adil dan saksama.










Aneka jenis burger dan pasta dihidangkan di Restoran Burgerbyte yang terletak di Damansara Perdana. Pesan saja apa yang ampa nak makan. Lain kali Jah nak cuba chicken chop etc lah pulak.

Sunday, 24 November 2013

Coconut Shake Sedap di Kota Damansara

Hai semua apa khabar? Terasa rindu nak menaip di blog ni....


Tapi sejak berpindah ke tempat baru lebih seminggu yang lalu, sampai je sini terus demam, sakit kepala, selesema dan batuk. Sampai la ke hari ni masih batuk-batuk dan selesema.


Jah hanya keluarkan entry yang tertunggak. Coconut shake Seksyen 6 (Kota Damasara) ni memang sedap dan berbaloi-baloi. Sekali cuba pasti nak lagi. Abang ipar Jah kata coconut shake ni lagi sedap dari yang di Klebang, Melaka.







Nak pastikan kesahihannya, kena lah cuba sendiri barulah tahu.




Lokasi gerai coconut shake ni adalah bertentangan dengan kedai tayar Continental, Seksyen 6 Kota Damansara.


Monday, 11 November 2013

Cap Cinta



Keropok atau kerupuk ikan Cap Cinta. Bukan Cinta Kolestrol atau cinta 3 segi okay.. hiii 


Mana la tau ada sesiapa yang datang ke Indonesia dan sedang tercari-cari ole-ole untuk di bawa pulang, keropok ikan tenggiri cap cinta mungkin jadi pilihan. Tak semua keropok ikan sedap tau. Ini macam amplang kalau di Sabah cuma bentuknya saja berbeza.




Ini antara keropok ikan yang sedap yang pernah Jah makan. Yang ni Jah beli di kedai makan (Kedai Asam Pedas Mak Munah, Tanjung Riau Batam). Tapi label pada keropok ni menyatakan ianya dari Karimun.

Sesiapa yang "terjumpa" keropok Cap Cinta ni boleh la beli ye. Sedap... :)


Sunday, 10 November 2013

Durian SS2 Petaling Jaya

Antara keistimewaan hidup di Kuala Lumpur dan kawasan sewaktu dengannya ialah senang nak jalan-jalan cari makan sebab banyak pilihan. Betul tak?

Di KL kalau nak makan durian pun tak payah tunggu musim durian. Boleh dikatakan sepanjang masa ada je durian. Mana tak nya, musim durian di Johor, Pahang, Perak dan lain-lain, pasti ada dijual di KL.

Dulu-dulu masa remaja kalau nak makan durian kami ke Seksyen 7 Shah Alam. Dekat tapak bazar ramadhan. Tapi sekarang tak lagi sejak kami bermastautin di Indonesia. Jah pula dah tak ada kereta jadi ke mana yang ada orang bawa, sampai la kami ke situ. Tempat yang tak ada orang nak bawa pula, maka tak sampai la Jah ke sana.

Singgah di KL baru-baru ni kami berkesempatan makan durian di SS2 Petaling Jaya. First time Jah pi sana; my best friend punya idea. Memang terbaik! Banyak gerai-gerai durian di sana. Lokasinya berhampiran Balai Polis Sea Park, SS2.




Pilih je gerai mana yang ampa nak? Antara durian yang di sajikan ialah:

Musang King
Black Thorn
Udang Merah
D24
Thraka
XO
Tai Yuan 
Dan banyak lagi..



Kami makan di gerai yang bertentangan Ronald's Durian. Itu memang my bestie punya favorite durian stall. Nampak tak stated on the banner; "RM9 EAT ALL U CAN". Itu memang trade mark semua gerai durian di sana. Tapi Jah rasa RM9 only selected jenis durian je yang boleh makan. Kuantiti nya pula boleh makan selagi terdaya.. haha

Sebab apa Jah kata RM9 hanya untuk jenis durian tertentu sebab Jah terdengar kawan Jah cakap ke orang tu RM15.. Kiranya kalau nak makan udang merah, D24 bagai lain harga hehe
But believe me memang berbaloi even you pay RM15 per pax.


Bangla pekerja gerai durian tu kata kalau makan durian bagus minum air kelapa sebab durian kan panas manakala air kelapa boleh menyejukkan badan. Tak pa bang, next visit pasti Jah minum air kelapa okay..

Apa yang Jah boleh simpulkan: sedap, puas hati & pasti datang lagi!


Ayam Goreng Fatmawati

Selamat berhujung minggu semua :)

Apa aktiviti ampa di hujung minggu? Jah kerja hari ni; sekarang waktu makan siang. Kali ini Jah bersiaran dari Bandar Lampung, Sumatera sekembali dari kampung halaman setelah merehatkan minda dan menenangkan jiwaku ini. ahaakks

Jah nak berkongsi foto percubaan pertama kami makan di Restoran Ayam Goreng Fatmawati seminggu sebelum kami pulang bercuti hari tu. Restoran ini terletak di Megamall, Batam Center. Walaupun nama restoran ni "Ayam Goreng" tetapi juga menu lain seperti seafood dan lain-lain cuma menu utamanya ialah ayam goreng sebab itu lah namanya Ayam Goreng Fatmawati.



Ada beberapa jenis ayam; ada bumbu gulai dan bumbu apa ntah satu lagi. Dah tak ingat pulak. Lepas kita pilih mana yang kita nak, dia akan goreng sebab yang di "display" tu separuh masak (belum goreng) tetapi seperti telah di kukus separuh masak dengan bumbu (rempah /rencah) tertentu.




Selain ayam ada juga udang, cumi (sotong), lele (ikan keli) dan kerang.



Organ dalaman sapi (lembu) ada limpa, usus bagai.



Organ dalaman ayam juga; hati, pedal dan lain-lain.



Ulaman mentah.



Ulaman celur. Sedap oooo wortel (carrot) celur tu. First time Jah makan. Peria pun sedap. Dah hilang / kurang pahitnya.



Lauk lain seperti terung berlada. Banyak tray dah kosong sebab kami makan agak lambat.



Aneka jenis sambal. Nak yang biasa atau extra pedas semuanya ada. Jah paling suka sambal mangga dia yang enak!



Perut dah kenyang balik rumah cari bantal :)

Monday, 28 October 2013

Kereta Sewa di Batam

Sempena anniversary Jah di Batam, suka untuk Jah share dengan kawan-kawan atau sesiapa sahaja tentang perkhidmatan kereta sewa di Batam sama ada ampa nak datang bercuti atau ada tugasan rasmi di sini .


Pelbagai jenis kereta disediakan dan yang paling famous ialah Avanza dan Innova. Walau bagaimanapun kalau ampa nak datang dalam big group, van pun ada. Boleh pilih sama ada nak pandu sendiri atau nak pakej sekali dengan supir (pemandu).


Jangan khuatir macam mana nak ambil kereta sebaik sahaja tiba di sini? Kalau ampa datang dengan pesawat (flight), tuan punya kereta akan pass kan kereta kepada ampa di bandara (airport) dan kalau ampa mai dengan menaiki feri, dia akan tunggu ampa di ferry terminal.


Kadar sewa ampa tanyalah atau rundinglah sendiri dengan dia ok. Cuma nak ingatkan dia tak ada kena mengena dengan Jah sama ada rakan kongsi /sepupu / jiran tetangga atau apa-apa. Sekadar mempromosikan secara PERCUMA perkhidmatan yang company Jah gunakan. 


Ok. Kalau berminat untuk menyewa kereta ampa boleh la call adik Hengky. 





Welcome to Batam :)


Wednesday, 23 October 2013

Cornetto Mini



Ampa suka ais krim tak? Rugi tau siapa yang tak suka ais krim. Walau bagaimanapun tak boleh la makan ais krim setiap hari kan. Sekadar lama-lama sekali tu ok la..


Balik kerja singgah mini mart dah tak tau sangat nak beli apa, kami pun beli la Cornetto Mini. Comel je ais krim nya seperti yang tertera pada kotak di bawah.




Setiap kotak ada 2 'flavors' berlainan. Jah pilih Tiramisu & Dark Chocolate.




Ampa jangan risau bukan Jah makan sorang tapi buat spare untuk adik waiter yang mai hantar makanan untuk kami. InshaAllah selagi kami punya masa untuk di singgah di mini mart atau outing ke mall kami pasti akan cari sesuatu untuk depa. Sekurang-kurangnya buah, puding atau apa saja.


Tak sampai hati bila orang tu hampir setiap hari bawakan makanan untuk kita sampai ke bilik pulak tu sedangkan dia tak merasa apa yang kita makan. hmm


Bukan nak kata kami baik tapi kami pun 'belajar' dari orang lain. Dulu awal-awal Jah tak pernah bagi apa-apa jugak untuk adik-adik ni tapi sejak 1 malam tu sorang waiter ni hantarkan dinner untuk Jah dan Jah terpandang ada coklat dalam tray makanan tu masa tu terus terlintas di fikiran mesti orang yang dia hantarkan makanan sebelum Jah yang kasi coklat tu.


Dari perbuatan baik orang tu Jah teladani. Lebih baik memberi walaupun sedikit. Moga Allah rahmati orang yang ajari aku tentang perbuatan memberi ini walaupun Jah tak tahu siapa dia. 


Tuesday, 22 October 2013

Dompet Berdaki




Hari tu Jah ada beli minyak kayu putih Cap Lang ni. Ampa agak-agak untuk apa? :)


Mesti ramai yang teka untuk sakit kepala, pening, loya dan seumpamanya kan. Jawapannya untuk cuci purse Jah yang dah berdaki tu. uwekkks 


Petua atau tips mencuci dompet menggunakan minyak kayu putih ni CikJah belajar dari my officemate di Batam ni. Dia cuci purse dan handbag dia pakai minyak ni. Hari tu dia bagi Jah pakai minyak kayu putih dia. Lepas tu kena la pandai beli sendiri. Tak kan nak tumpang harta orang untuk selamanya kan.

Monday, 21 October 2013

The Body Shop




Beberapa malam lepas, balik kerja kami ikut member pi nongkrong di Kepri Mall, Batam. Sambil nongkrong dan borak-borak, mata ni melilau ke The Body Shop yang bertentangan cafe tempat kami lepak tu. Mula-mula jeling-jeling dari jauh lepas tu mesti la nak singgah kan.




Geram betul Jah tengok longgokan body care products banyak-banyak dalam bakul tu. Satu pun lambat habis, apatah lagi sebanyak yang dalam bakul tu kan. Mau sampai pencen pun guna tak habis! Kalau tak guna lagi-lagi la tak habis kan? haha


CikJah mula jatuh hati dengan The Body Shop products sejak kami dapat strawberry set untuk lucky draw kira-kira 2 tahun lepas. Tapi bukan bermakna kami guna produk dia dari kepala sampai ke kaki. Jah suka strawberry body polish & salt body scrub. Memang terbaik!



*Nongkrong = lepak.


Sunday, 20 October 2013

Aidiladha Lunch di Ayam Penyet President

Pagi Hari Raya Aidiladha para muslimin dan muslimat majoritinya pergi menunaikan solat sunat Aidiladha dan seterusnya menjalani ibadah korban. Sebaliknya dengan Jah, tahun ini buat pertama kalinya kami tak dapat cuti. Tahun lepas dapat cuti tetapi hanya beraya di bilik sebab tak ke mana-mana. Pendek kata tak raya jugak lah tahun lepas.


Okay lupakan kisah lama. Kita teruskan cerita tahun ini. Tugasan kami hanya separuh hari je pada hari raya baru ni. Selesai tugasan, balik hotel rehat dulu. Agak petang baru kami keluar jalan-jalan sekitar Orchard Rd untuk cari souvenir. 


Souvenir dah beli, Jah nak lunch pulak. Nama je lunch tapi merangkap dinner kot sebab dah hampir jam 6 petang dah waktu tu. Kami ke Restoran Ayam Penyet President atas cadangan tuan manager kami. Restoran ini terletak di Lucky Plaza. Bagi sesiapa yang belum pernah ke Singapore atau belum tahu, Lucky Plaza ini merupakan port orang Filipino di Singapore. Dah macam berada di Manila dah rasanya hehe.




Ayam penyet President ini mempunyai 2 cawangan iaitu di Lucky Plaza dan di Serangoon. Belek punya belek menu yang tersedia di atas meja tetapi yang di order nya hanyalah ayam penyet.







Sambil menunggu order pandang atas depan atas depan snap la gambar lampu ceiling ni. Ini lah orang tak da kerja dan makan plak sorang-sorang tak kan nak berbual dengan kerusi meja pulak kan?




Kerusi di kedai ni disusun miring / serong. Senang masuk ja terus duduk dan betulkan posisi. Kalau disusun macam dikebanyakkan kedai makan tu kena tarik dulu, masuk, duduk dan dibetulkan posisi kerusi.




Tidak lama menanti, makanan yang di order pun sampai...



Zoom sikit sambal belacan dia..



Semestinya perut Melayu kena makan dengan nasi. Kalau perut mat saleh mungkin makan ayamnya saja.



Great combination bersama limau suam.




Alhamdulillah atas rezeki of the day. Bagi Jah memang sedap ayam penyet dia tapi kalau ditanya apa yang sedapnya adakah sambalnya? ayamnya? atau apa? Jah pun tak tau nak jawab haha.