Pages

Friday 22 March 2013

Pengangkutan Awam di Singapore

Salam Jumaat..

Cuti sekolah dah nak bermula, eh dah bermula pun kan rini bagi negeriku tercinta Kedah jelapang padi, Kelantan cik siti wan kembang dan Ganu kite. Negeri-negeri lain esok kan anak-anak dan cikgu-cikgu akan mula bercuti. Mesti ampa semua pening kan mencari destinasi pilihan untuk bercuti kali ni. Tak kisah la bercuti dekat or jauh, asalkan bercuti kan... kalau CikJah, picnic at my mom's garden pun dah best hehe. 

Tapi kan CikJah paling kesian kat cikgu-cikgu di Malaysia, depa ni bukan benar-benar cuti sebenarnya. Walaupun ramai dok kata best la jadi cikgu..cuti banyak... Cuba ampa jadi cikgu tengok.. CikJah bercakap perkara reality even I'm not a teacher! Pada cuti sekolah ni la cikgu-cikgi sekalian wat CSR kelas tambahan untuk anak-anak didik yang nak ambik exam; UPSR, PMR, SPM & STPM. Cikgu sukan pula bawa anak-anak murid pi berlatih sukan, pi lawan sukan di pelbagai peringkat.

Bagi yang ada planning nak bercuti ke Singapura, ampa mesti terfikir-fikir macam mana nak bergerak semasa di sana nanti dan semestinya kebanyakkan dari kita prefer untuk menaiki public transport.

Ada juga yang memilih untuk memandu dari your place to Singapore terutama mereka yang berada di selatan tanah air. Dokat aja dong... kalau dengan kereta CikJah x familiar al maklum la kami kan mai dari nun di utara. Jadi x mungkin la CikJah driving from Kedah to Singapore mau cramp kaki CikJah hukhuk.

Di Singapore, sistem pengangkutan awamnya sangat bagus. Ampa boleh pilih sama ada naik naik bas, MRT/LRT atau taxi. Bas dan LRT/MRT menggunakan kad macam RapidKL. Kad LRT/MRT ni boleh di beli di MRT stations, petrol station atau any convenience stores macam 7E, Cheers dll. Harganya dalam SGD10-12  (seingat CikJah la, tak tau la kalau CikJah terlupa hee) untuk harga kad dan ada sedikit nilai di dalam kad tu.
Ini rupa MRT /  ez-link kad - gambar hiasan
LRT/MRT and bus are most cost effective tapi tergantung la pada jadual ampa di sana nanti. Kalau duit bukan masalah bagi ampa, pilih jela untuk naik teksi. Lebih cepat dan tepat. Singapore bukan lah kota yang sesak / macet macam KL dan Jakarta. Ada beberapa syarikat taxi di Singapore seperti Comfort/Citycab, Transcab, SMRT, Premier Taxi dll.


Taxi pilihan CikJah kalau di Singapore tentulah Comfort. Salah 1 sebabnya most of Comfort taxi are Hyundai Sonata; baru dah selesa. CikJah pernah naik Transcab dah la buruk, bunyi grok grek grok grek.. huhuhu tapi ada juga Transcab yang cantik; Toyota Wish lagi ko. Di Singapore, naik la taxi apa pun, starting rate dia lebih kurang ja SGD2.3-3.3.. Mercedes Limo tu pun baru SGD3.9.. and running rate dia pun ok, boleh diterima akal.

Tak macam di Malaysia, nampak teksi besar-besar apatah lagi kalau Merc memang tangan ni tak terangkat la kan nak tahan. Sah-sah tak cukup duit CikJah nak bayor.. :(

Di Singapore ampa tak kan jumpa macam di KL/Jakarta teksi yang dok tawar-menawar harga ikut destinasi. Boleh pulak macam tu kan? meter itu simpan buat hiasan je la abang teksi oii.. Walaupun ramai abang/kakak dan pakcik/makcik teksi yang baik, namun yang segelintir ni la memberi persepsi buruk pelancong pada negara kita. Bak kata pepatah kerana setitik nila, rosak susu sebelanga.

Balik bab teksi, kalau ampa call for booking, ada la booking fee SGD2-3 bergantung pada syarikat taxi. Waktu menunggu untuk teksi yang di booking sampai kira-kira 5 ke 15min. Tak da penjuru mana pun di Singapore ni yang tak da kenderaan awam. Paling kurang mesti ada LRT/MRT terdekat atau teksi.

During weekdays, Senin-Jumaat ada 25% peak hour surcharge. Pagi dari 6am-9.30am dan petang waktu orang balik keja (CikJah tak ingat pulak waktunya). Biasanya ada tertampal pada tingkap teksi pasal peak hour ni. 

50% dikenakan for midnight surcharge. 12am to 6am. Jadi ampa boleh la rancang penggunaan public transport sebaiknya. Kalau ampa punya waktu yang panjang dan tak tergesa-gesa, naik aja MRT. Leh spend more money untuk shopping. Dah sampai Orchard Rd nanti jangan lupa beli handbag baru tau. Pau suami ampa sekali-sekala tak pa hehe.

Happy School Holiday~

4 comments:

  1. cikjah, thx for the info. mmg nk g orchard rd nnt. nway, slalu ada bad experience ngn taxi drivers.. anti most of them! huhuhu -,-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tapi di Singapore OK ja especially taxi yg d booked, their company dah keep record taxi yg pick up kita. CikJah pernah tertinggal BB dalam taxi. Alhamdulillah di kembalikan dengan selamat.

      Delete
    2. alhamdulillah.. susah nk jumpa taxi driver yg jujur mcmtu kt sini. bkn Xde langsung, tp jarang. sudahla cmtu, siap pilih2 pnumpang lg :p

      Delete
    3. Kebetulan jugak CikJah ada ambik resit so dapat la call balik taxi hotline untuk check ng taxi terbabit. Pada resit tu ada plat no,. taxi

      Delete