Pages

Monday, 15 April 2013

Geylang Serai II

Geylang Serai sangat terkenal di kalangan pelancong Melayu or Muslim sebab di sana banyak kedai makan citarasa Melayu. Dulu CikJah & twin (CikYah) biasa dengar ja orang sebut mengenai Geylang Serai ni tapi kami tak pernah sampai ke sana. So, tak tau la apa yang ada di sana? Membuak-buak gak le perasaan ni nak tau apa specialnya Geylang Serai ni sebab asal jumpa kawan2 di Singapore ni (samada Singaporean or foreigners) depa mesti tanya tak pi GS ke? You're Malay tak kan  tak pernah sampai GS?

Pada minggu pertama di Singapura, kami telah mencipta sejarah dengan pergi ke sana dan weekend baru-baru ni kami telah melakukan kunjungan kali kedua. Sebab tu tajuk entry ni CikJah buh Geylang Serai II.

Jom tengok apa yang kami buat di sana..
Pasar Geylang Serai
Kami ke Pasar Geylang Serai. Pasar ni 2 tingkat. Tingkat bawah adalah pasar basah yang menjual sayur-sayuran, makanan frozen, kedai roti dan ada 1 kedai emas yang CikJah leh kategorikan sebagai sesat di GF ni. haha



Ini Singapore walaupun pasar ada escalator and lift tau. Memang mantap! Tingkat atas pula terbahagi kepada 2 bahagian. Sebelah kanan ada menjual pakaian seperti telekung, sejadah, tudung, blouse, jubah dan seumpamanya. Di sebelah kiri pula adalah food court. Kami di fahamkan kalau musim perayaan Aidilfitri dan Aidiladha sangatlah ramai pengunjung Pasar Geylang Serai ni. Yela kan di mana lagi orang Singapore nak dapatkan baju kurung dan baju melayu di Singapore ni ;) . Tak kan depa nak pi Zara untuk beli baju melayu =).



CikJah dan CikYah pi kedai Pak Hashim (nama sebenar okeh). Kami berkenalan dengan Pak Hashim waktu kunjungan pertama dulu. So dah malas nak tukar-tukar kedai. Itu la kelemahan CikJah yang tak pro bershopping ni    =( Lagipun dah rezeki Pak Hashim kan...
Twin dok tawar-menawar ngan Pak Hashim
Twin beli telekung untuk her sister and kain sarung untuk her mom and aunties. CikJah pula beli kain sarung untuk makcik2 dan pakcik2 di kampung. Dah macam pemborong kain sarung je kami berdua ni. Kunjungan pertama dulu CikJah dah beli kain sarung untuk my dad,brother,BIL,cousin and my friend. Hasil daripada belian pertama dulu dah courier ke kampung halaman. Mana taknya, pi Jakarta pun dah membeli..sekali mai Singapore beli lagi. Memang tak muat luggage la kan.

Siap membeli kami cross jejantas ke kompleks bertentangan Pasar GS untuk makan.Tapi CikJah tak ingat apa nama mall tu tapi nama Cina la. Kami singgah di kedai Labu-Labi sebab berdasarkan pemerhatian kami, kedai tu paling ramai pengunjung (boleh di katakan semua kedai makan area GS ni ramai pengunjung). 

CikJah makan ni...
Perfect combination!


CikJah telah buat keputusan yang betul untuk makan mee goreng. Memang sedap. CikJah kasi 9/10. haha Tapi tak tau la kalau sedap sebab CikJah kelaparan time tu. Al maklum la pi sana lepas balik kerja.

Terima kasih sebab masakkan mee goreng sedap untuk CikJah =)


Terbaik lah capati mok cik ni..

Biasanya capati di tebar oleh mamak kan tapi chapati ni dibuat oleh seorang Mok Cik Kelate (CikJah agak Mok Cik tu asal Kelate sebab ia kecek Klate pekat deh).
Chapati KTM Tanjung Pagar

Pada meja tempat mok cik tu buat chapati ada label ni. CikJah yakin dulu kedai chapati mok cik ni terletak di KTM Tg. Pagar. Oleh kerana sekarang ni stesen keretapi Tg.Pagar dah ditutup, maka mok cik tu pun berpindah ke Labu-Labi. Kuah chapati dia memang ummmphhh! Terima kasih mok cik..


Dan ada sign ni jugak...
Our Makan Places - Lost & Found
Kalau di Malaysia macam tag Jalan-Jalan Cari Makan (JJCM) la. Patut la sedap.. hehehehe Highly recommended.

                      

No comments:

Post a Comment