Malam minggu yang lalu CikJah & Twin pi East Coast Seafood Centre sebab twin kempunan nak makan Chili Crab. East Coast ni tak jauh dari Changi Airport. Sambil makan korang leh nampak lampu flight berkelip-kelip. Restoran-restoran di sini dibuka dari tengahari hingga ke tengah malam.
Di East Coast ni ada Seafood Centre and Hawker's Centre. Kalau nak makan seafood, sila lah ke Seafood Centre dan jika nak makan lontong, otak-otak dan seumpamanya sila lah ke Hawker's Centre.
Most of the restaurant di Seafood Centre adalah Chinese Restaurant but ada 1 Restoran ni namanya Bayview@ECP - Indian, Parsian & Halal Seafood Cuisine. Jangan ragu sebab Restoran Bayview ni memang ada logo halal Singapore.
![]() |
Logo Halal di pojok (penjuru) kiri signboard |
Kami order blackpepper crab sebab dah pernah makan Singapore Chili Crab sebelum ni. Blackpepper crab di datangkan in set dengan Chicken Soup/Salad dan nasi. Bagi 2nd set kami order lamb (tak ingat namanya tapi ala-ala lamb steak gitu). Sama jugak ada nasi and soup/salad.
![]() |
Black pepper crab ni di masak kering (tak berkuah) tapi berapi. |
![]() |
Chicken soup dia memang best. |
![]() |
Salad yang dah di makan dan di kucar-kacirkan oleh 2 budak hitam. |
![]() |
Muka kelaparan lama sangat tunggu chef pancing ketam. |
Minuman dia kureng sikit la bagi CikJah. I had watermelon juice. Memang out la. Sedap lagi jus tembikai warung Kak Nab tepi jalan. Twin plak minum mint herbal ke ape ntah. Dah memang nama pun herba kan. Kiranya twin tersalah buat pilihan la malam tu.
Alhamdulillah dengan nikmat rezeki, masa dan kesihatan yang tak pernah berkurang. Moga Allah terus murahkan rezeki dan merahmati kita semua. Selesai makan CikJah & twin ambik angin laut sebelum pulang. East Coast ni asalnya laut yang ditambak dan dijadikan daratan sebab Singapore kekurangan kawasan daratan.
No comments:
Post a Comment