Pages

Sunday 21 July 2013

Kifarah Dosa

Pasaipa pulak ni?


Ampa pernah dengar tak sakit itu kifarah dosa. CikJah baru selesai urusan kerja di Singapore. 3 malam kami di sana. Balik ja Batam sweet Batam kami demam. Macam mana la cek nak pi kerja esok ni? Kami suka gak kalau tak yah pi kerja (bukan sebab nak cuti free / MC sebab kami dibayar berdasarkan jumlah hari kami bekerja) tapi sebab nak rehatkan badan. Tapi malasnya aii nak berjawab dengan bos kami yang banyak soal tu (macam pegawai penjara hehe).



Get well soon Jah!


Mat saleh punya style tak dak istilah MC atau emergency leave dalam kamus kerjaya depa! Ampa tak percaya? Dah 2 tahun CikJah perhatikan depa-depa ni. Depa willing to work 364 days for normal year and 365 days bagi tahum lompat. Depa sanggup cuti sehari ja iaitu pada Hari Natal / Krismas. Semangat depa ni orang Malaysia kena ambil especially orang Melayu yang kebanyakannya  mudah layu. Kami tau ramai jugak Melayu yang rajin dan bertukus-lumus di luar sana namun sifat "manja" dan sering dimanjakan terlalu sebati dalam diri orang kita (termasuklah Jah).



Eh membebel pulak. Kata tak sihat! Sakit tak semestinya terbaring je kan. Demam je kot! bukannya terlantar sakit yang tak boleh bangun. Jah dah tak leh nak tidoq. Tadi sepetang kami dah dibuai mimpi.


Nasi dah makan, jap gi makan panadol dah boleh tidoq :)


Bekalan Panadol mesti ada bagi sapa yang tinggal di pedalaman macam kami.


Moga kami boleh bangun seperti sediakala esok. Doakan Jah tau & terima kasih! :)



2 comments: