Pages

Sunday, 26 May 2013

Susu Kambing

Ada sorang kawan CikJah ni kulit dia cantik sangat. Persoalan yang muncul di benak CikJah; dia guna skII ke? hmm CikJah pun text her untuk mendapatkan kepastian.

Ada la beberapa tips yang dia kasi antaranya ialah jangan stress / kurangkan stress dan minum susu kambing. Di kesempatan balik cuti mengundi ritu CikJah pun beli la HiGoat susu kambing. Sekarang ni ada beberapa brand susu kambing di pasaran antaranya ialah HiGoat dan Hiraq. Jangan risau jangan khuatir sebab memang tak der bau kambing.. bekkk bekkk
Susu Kambing Pilihan Kami


No Sugar Added
Juga tiada gula tambahan. Jadi sekarang CikJah dah mulakan azam baru untuk minum susu kambing tapi kelemahan CikJah is I can't do it consistently. sobsob

CikJah berusaha untuk letak susu kambing atas meja makan supaya sokmo ingat and as peringatan untuk minum! CikJah jugak bawa dalam beg supaya kalau terlepas minum di umah, minum la di ofis tapi masih gagal.huhu

Nak comei macam kakton tapi gagal untuk displinkan diri :(

Sekarang kawan baik CikJah ni sedang mengerjakan ibadah umrah bersama suami dan keluarga tercinta. CikJah doakan semoga mereka mendapat umrah mabrurah.


2 comments:

  1. Akak penah bagi baby minum susu kambing pure, petua utk hilangkan kuning (jaundice). Ajaibnya memang reading jaundice tu jatuh menjunam, terus blh keluar dari hospital.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya kak.. dulu kecik2 pernah ikut ayah saya pi cari susu kambing fresh di kampung sebab adik bongsu saya masa baru lahir ada jaundice.

      Lagi 1 org kata petua untuk kurangkan kuning baby dgn bagi dia makan sengkuang cina (kita sagat dulu then letak di mulut baby bg dia isap)

      Delete