Pages

Friday, 31 May 2013

Pendatang Asing Dengan Izin

Apa yang saya perlu ada kalau nak bekerja di Indonesia?

1) Passport Malaysia.
Yela dah nama pun rakyat Malaysia tak kan nak guna Thailand passport sure tak valid ;-)




2) Buku Biru (Blue Book). 
Ini bukan passport negara asing tau tapi buku pengawasan orang asing (immigration control book).





3) KITAS (Kartu Ijin Tinggal Sementara/Terbatas).



Dulu Blue Book ni belum ada dan kad KITAS pun hanya menggunakan sekeping kertas nipis yang di stapler kan pada passport para pekerja asing. Tapi baru-baru ni wujudnya buku biru dan kad KITAS (seperti ATM card) yang more presentable dah senang di masukkan di dalam purse / wallet.

Kad ini membolehkan para pekerja asing macam Jah & Yah keluar masuk ke Indonesia atas urusan kerja seberapa kerap selagi ianya masih valid / tak expired.


Thursday, 30 May 2013

Inspector Gadjet

Asyik tunjuk gambar makanan ja.. Meh rini Jah tunjuk gambar membanting tulang mencari rezeki lak.

Yah on duty

Aiyakk mana glove?
Unwanted species
Pesan Jah, apa pun yang kita lakukan tak kira la makan gaji, business sendiri mahunpun suri rumah, lakukanlah bersungguh-sungguh.

#Rindu Yah yang dah seminggu pulang ke Malaysia tercinta. Nak balik jugak!!!

Wednesday, 29 May 2013

Bila CikJah & Yah turun JB

Incident ini berlaku 2 bulan lepas..

CikJah dan Yah turun JB (Johor Bharu). Yela dah berpuluh kali pi Singapore tapi tak pernah sampai JB . Orang pun tak percaya kalau kami kata kami tak pernah pi JB. Depa siap kata; apala, JB pun tak pernah sampai! Dah berbuih mulut Jah terangkan my hometown is Kedah. Nun jauh di utaqha nu haa... memang la logik kami tak pernah sampai JB yang ibarat kutub utara kutub selatan jauhnya (hiperbola seh).

Kami ke sana pun sebab ada misi formal dan tak formal. Dah alang-alang sampai sana kami pun adakan aktiviti sampingan: antaranya pi Plaza Angsana (PA). Walaupun PA ni tak segede (sebesar) yang CikJah bayangkan tapi OK la.. Di sana kami jalan-jalan jamu mata. 

Ada kiosk Aidijuma (AJ) so dapat la beli bawal design terkini hihi (latest design pada masa tu je la), cuba spa MaiBeaute. Nama spa ni pun Jah tak pernah dengar. Maklumla baru keluar dari pedalaman huhu - kami cuba facial sebab fast & easy. Redah jela. Pastu makan di PA Food Court - terubat rindu pada Malaysian foods.

Dah lewat petang, misi diteruskan dengan mencari Sea Food Restaurant for dinner. Our Malaysian friends yang kerja di Singapore sokmo cerita di JB banyak tempat makan (seafood restaurant) yang murah. Tapi tak ingat nak tanya depa betul-betul apa nama restorannya tu. Almaklumla memang tak pernah terfikir dan terlintas difikiran untuk sampai ke JB. So bak kata orang dengar telinga kanan, keluar telinga kiri (tak baik kan macamtu) :(

Pakcik eh abang teksi yang kami naik dari Singapore ke JB pagi tu ada recommend us Remaja Seafood. Dia kata masakan di sana enak and harganya pun affordable. Berbekalkan nama "Remaja Seafood" kami pun naik taxi from PA to Bandar Baru Uda (BBU). Only few minutes kami pun sampai la sana.



Otak-otak JB satu kemestian..


Kami order kerapu steam tapi pakcik tu kata ikan kerapu dah tak fresh jadi dia cadangkan kami tukar ke siakap. Kami pun bersetuju dan ini hasilnya.. 


Terima kasih atas kejujuran pakcik peniaga (CikJah assumed pakcik tu adalan pemilik restoran). CikJah doakan bisnes pakcik semakin maju. Sememangnya ikan yang dihidangkan kepada kami ikan fresh berdasarkan isi dan rasanya.


Asparagus ni keras la pakcik macam dah tua (hanya berani mengadu dalam hati huhu). Ke teknik masak menyebabkan dia keras? CikJah pun belum kaji jawapannya.


Sedih la butter prawn dia. Berminyak dan macam tak jadi sangat. Tak pela dah itu rezeki Yah & Jah untuk malam tu.

Selesai makan jom panjatkan kesyukuran atas nikmat rezeki yang tak pernah habis. Jangan bagi alasan asparagus keras dan butter prawn berminyak tak mau solat pulak ek. Haiya alassolah.. langkah beberapa tapak dah masuk pintu masjid..



Dari BBU punya la susah nak dapat teksi untuk ke Hentian Larkin seterusnya nak dapatkan teksi ke Singapore. Dah dapat tahan teksi, uncle tu bawak lak singgah apartment adik ipar dia (depan pagar jela) untuk pick up isteri and his daughter. haha lucukan. Dah tu meter teksi Jah & Yah yang kena bayar without discount even for single cent. haha

Uncle taxi recommend untuk naik je prebet sapu (teksi sapu) sebab alasannya lebih murah. Kami telah buat tindakan yang tidak bijak dan tidak sepatutnya berlaku iaitu dengan menaiki prebet sapu dari Larkin ke SG.

Punya la lama tunggu sebab abang prebet sapu nak penuhkan kereta dia. 7 penumpang dalam Unser memang keja gila kot. Yah siap gaduh g ngan abang tu. Siap bertikam lidah sepanjang perjalanan Larkin-Woodlands-Yishun-Pasir Ris-Tempines-Orchard. Memang tak patut! Sapa yang tak tahu lokasi tempat-tempat ini boleh refer google map. Awalnya janji nak pi antar kami dulu sekali ada amoi stewardess ni bayar lebih SGD5 je kot terus pi antar dia ke Pasir Ris yang di hujung dunia tu dulu. Tengok! dengan duit manusia boleh mungkir janji. Baru 5 dolar kot! Ampa bayangkan kalau ada orang offer 5 juta? Dari Larkin ambil masa 2 jam untuk sampai ke Orchard padahal 20 minit dah sampai kot sebab waktu malam bukannya siang.

Dah tu awal-awal before naik cakap SGD10 sorang tup-tup dalam kereta dah jadi SGD15 sorang. Alasannya sebab jauh. Apakah jenis bisnes macam ni? Adakah Orchard berubah lokasi dari Orchard ke Jurong? hmmm Mujur hari semakin lewat malam ja. Kalau tak sure Jah & Yah dah turun dari keta dia kami cari je teksi lain.

Pengajaran buat Jah, Yah dan ampa semua jugak. Don't ever take "prebet sapu" unless dah terdesak sangat okay. Legal teksi from Larkin to Singapore (Rochor Rd) baru rm60 bukan sgd60. Anything ampa tak tau tanya ja mana Jah tau Jah akan kongsi info k.


  

Tuesday, 28 May 2013

Makan Kek Jom!

Aktiviti makan kek ni aktiviti di kampung ritu. Cuti pilihanRAYA is cuti raya jugak. Everyone berkumpul. Dahtu kita qada makan kek birthday bagi sesiapa yang dah terlepas dan terhampir.


Tiramisu cake is cake of the day :-) Nah aihh 1 kek untuk empat orang ampa jangan tak tau!



Smile versi adik Faris.. sampai ternganga mulut nampak gigi ghongok. hihi

Monday, 27 May 2013

Red Wok Restaurant

Cerita ni dah telat (lambat) sebulan. CikRah dah tuntut; "Jah, mana story pasal RedWok? "
Ini kisahnya..

Ritu masa balik bercuti kami ada small reunion before salah sorang dari kami menamatkan zaman bujang ;-) Walaupun tak semua dapat join; our dinner kami tetap on. Tempat makan kami malam tu recommended by CT (tuan umah).


Red Wok Restaurant, Bandar Baru Bangi

Hanya kami berenam yang dapat hadir.

                           

Over crowded manusia di Red Wok malam tu. Dahtu hanya dapat tempat kat belakang. huhu mujur tak kena tolong cuci pinggan dan gelas :)

Menu pilihan..
Ikan Mangga (dah tak ingat sama ada siakap atau kerapu). Ikan dan mangganya fresh. Sedap.


Broccoli sos tiram. Hijauu semata; plain. CikJah lebih suka hidangan yang contra warnanya. Contohnya ada capsicum or tomato ke dalam sayur tu tak der la senada seirama je kan sebab kelihatan kurang menarik;-) (ko balik masak sendiri di umah la CikJah! hihi).


Nasi tu nampak sikit sebab memang kami request for half.


Sotong telur masin. Di mana pun squid / prawn with salted egg ni memang membuka selera.


Lemon Chicken. Simple dan boleh tahan rasanya.



Tomyam Campur. Sedap. Macam rasa tomyam ;-) haha


Butter Prawn. Maaf ini gambar manyak blurr la.. huhu Rasanya biasa-biasa saja. Bab komen mengomen CikJah memang pro, mak mertua suruh masak kang lari kot pintu belakang ;-) haha


Gelagat kami..
Bride to be kena buli hidangkan tomyam untuk semua

Geli hati bila di usik :)

Tuan Rumah


Khusyuk

Bagi yang tertanya-tanya di mana lokasi restoran ni? Ini jawapannya..


Silahkan datang (dalam loghat Indonesia)!

Sunday, 26 May 2013

Susu Kambing

Ada sorang kawan CikJah ni kulit dia cantik sangat. Persoalan yang muncul di benak CikJah; dia guna skII ke? hmm CikJah pun text her untuk mendapatkan kepastian.

Ada la beberapa tips yang dia kasi antaranya ialah jangan stress / kurangkan stress dan minum susu kambing. Di kesempatan balik cuti mengundi ritu CikJah pun beli la HiGoat susu kambing. Sekarang ni ada beberapa brand susu kambing di pasaran antaranya ialah HiGoat dan Hiraq. Jangan risau jangan khuatir sebab memang tak der bau kambing.. bekkk bekkk
Susu Kambing Pilihan Kami


No Sugar Added
Juga tiada gula tambahan. Jadi sekarang CikJah dah mulakan azam baru untuk minum susu kambing tapi kelemahan CikJah is I can't do it consistently. sobsob

CikJah berusaha untuk letak susu kambing atas meja makan supaya sokmo ingat and as peringatan untuk minum! CikJah jugak bawa dalam beg supaya kalau terlepas minum di umah, minum la di ofis tapi masih gagal.huhu

Nak comei macam kakton tapi gagal untuk displinkan diri :(

Sekarang kawan baik CikJah ni sedang mengerjakan ibadah umrah bersama suami dan keluarga tercinta. CikJah doakan semoga mereka mendapat umrah mabrurah.


Monday, 20 May 2013

HAPPY BIRTHDAY CIKJAH!

Birthday CikJah dah expired pun.. dah 3 bulan berlalu.hihi Tapi masih ada insan bertuah belanja kite (sebulan yang lalu) as my birthday treat! Thank you my dear friend..  

Jom layan apa yang kami makan..
Mine
Tak dan mamarazzi nak snap gambar tuannya dah minum dulu ;-)
Bukannya apa dulu tak pernah-pernah CikJah nak snap gambar makanan ni. Mutakhir ni je dapat hobi baru. Tak pe la kan nak share nak ampa semua jugak.. Kalau best leh ampa try pulak kan. hihi alasan!
Meriahnya plate!
Bowl  orang sakit =(
Tah ape2 ko CikJah.. ari orang nak belanja makan tu la ko nak sakit.. huhu bukan ku pinta. CikJah makan pasta tomyam yang pedas. nyum2..

Nanti dah sihat leh belanja lagi ke? CikJah nak qada balik yang tak dapat makan puas-puas ritu ;-)
Kad pun dapat =)
Thanks for nice card (luar & isinya).. Tahun depan bagi lagi. heee 
Sweet 20 to CikJah! versi perahsan;-) ahakss

Sunday, 19 May 2013

Kempunan Nak Pi Cameron Highland

Dah lama CikJah teringin nak pi Cameron tapi keadaan tak mengizinkan. Dulu pernah plan untuk ke sana dengan kawan-kawan tapi keadaan kewangan pada masa tu tak mengizinkan CikJah untuk sampai ke sana. Duit yang ada nak digunakan untuk perkara yang lebih penting rather than untuk pi bercuti. Jadi setiap kali plan nak pi mesti tak jadi. Lani dok jauh di tempat orang lagi-lagi tak dapat nak pi la kan. Balik bercuti mesti nak habiskan masa di kampung; home sweet home.

Ritu waktu putar-putar Harbourfront CikJah ternampak strawberi di Cold Storage. Kelihatan menarik sangat sebab saiznya yang gede (besar) dan kelihatan amat menyelerakan. So CikJah beli la strawberi dan cherry untuk di bawa ke Batam yang tak da apa2 tu huhu (ayat simpati).

Saiz strawberry dibandingkan dengan penutup botol minuman.

Buah stawberry ni bersaiz buah salak (snake fruit). Lebih besar jika dibandingkan dengan strawberry yang di jual di Tesco, Carrefour etc. CikJah tak pernah tengok strawberry di Cameron so CikJah hanya leh bandingkan dengan strawberry yang dijual di pasaraya ajela dan CikJah assume semua strawberry di pasaraya kita mai dari sana.


Yah kena buli pegang strawberry sebab CikJah nak snap foto :)
Pilihan yang betul; manis dong cherry nya!
Cuci & makan.. semudah ABC ;-)
Dapat la CikJah & CikYah makan stoberi walaupun tak dapat pi Cameron. Mudah-mudahan dapat la CikJah sampai ke Cameron suatu hari nanti...

Wednesday, 15 May 2013

Harbourfront

CikJah ada urusan nak di settlekan di Singapore before heading to Pulau Batam. CikJah nak ke Harbour Front. Sapa yang tak pernah pi Harbour Front jom ikut CikJah... HF is Singapore Ferry & Cruise Terminal.
CikJah & twin
Kalau nak ke Pulau Batam, selain daripada menaiki Firefly Subang-Batam, boleh juga kalau naik ferry from Singapore (HF)-Batam. Ferry terminal di Batam ada beberapa lokasi; Batam Centre, Sekupang dan Harbour Bay. Kalau ampa nak ke pusat bandar Batam/city centre ambik la ferry ke Batam Centre. CikJah nak ke Marina so the nearest terminal is Sekupang. Sekupang tu nama tempat tau bukan duit sekupang (10 sen) bahasa ibunda CikJah tu..hihi

Jom teroka HF;
Level 1= Arrival Point
Level 2=Ferry Departure / Baggage Check In
Level 3= Tickets Counter

Dari Level 2 kita leh nampak cruise di sebelah kanan dan ferry on our left side.
Virgo Cruise di kananku
Feri ke Batam di kiriku
Di antara keduanya
First time CikJah bersua dengan Virgo Cruise ni waktu kerja di Port Klang kira-kira 2 tahun lepas. Cruise ni alongside di Glenn Port Terminal (dulunya dikenali sebagai Star Cruise Terminal). Masa tu jakun habis la. Mana tak nya budak kampung first time nampak cruise. Dah la besar siap ada taman tema gi di atasnya ;-)


Foto yang antara cruise dan ferry tu (bumbung hijau) ialah Sentosa Island. Kalau nak ke sana samada naik MRT atau jalan kaki. Hah jangan tak percaya pulak, CikJah & CikYah hanya jalan kaki je waktu pertama kali ke sana dulu. Tak jauh mana pun. Mulut dok potpet potpet, kaki dah sampai sentosa :-)

Ruang Menunggu di Lantai 2

Bersebelahan dan bersambung dengan HF ialah VivoCity shopping mall. While waiting for your ferry or cruise leh la cuci mata di VivoCity. Agak besar dan macam-macam ada. Halal food juga mudah didapati di sana. Food court/food centre juga menyajikan makanan halal.
VivoCity
Kalau ampa nak cari musolla / tempat solat di mall-mall di Singapore ni memang tak jumpa la kan. Nak solat area HF or VivoCity ni ampa kena ke masjid berhampiran-Temenggong Daeng Ibrahim Mosque. Keluar dari VivoCity (pintu Swarovski Boutique) ampa akan nampak air pancut.
Berjalan di laluan pejalan kaki (ke kanan) sampai la ke traffic light yang ampa nampak masjid (bertentangan jalan & bersebelahan Bay Hotel). Melancong melancong jugak, kewajipan wajib ditunaikan.. Bukannya apa tetiba CikJah cite pasal masjid ni sebab it's hard to me to find any prayer room etc di Singapore ni. Nak pi masjid pun tak tau lokasinya tambahan pulak i'm travel dengan public transport.huhu So since kami dah tau lokasi masjid ni kami share la ngan ampa semua :)

Tuesday, 14 May 2013

Utusan Raja Sehari

Hari tu masa bercuti di kampung, waktu CikJah dok kemas-kemas umah dan dok segregate kad-kad jemputan kahwin yang dah expired, CikJah terjumpa kad ni...

Utusan Raja Sehari

Kreatif kan? Lani macam-macam kad jemputan comel di pasaran dan harganya juga berpatutan. Kalau dulu-dulu masa CikJah kecik-kecik masih budak sekolah, kad jemputan kahwin orang kampung hanya kertas colour yang di fotostat black ja. Untung la sapa yang kahwin zaman sekarang sebab varieties of wedding card di pasaran.

News paper design

Credit to pasangan pengantin walaupun CikJah tak kenal depa (because the invitation goes to my parents home) but I'm pretty sure makbapak pengantin adalah kenalan my makayah or one of both ;-) .

CikJah doakan moga kalian bahagian sampai ke syurga...amin.


Homemade Pudding

Puding special air tangan mak CikJah; diulang mak CikJah (bukan anak mak) ;-) ialah puding coklat....

Terbaik dari dapur mak

Bagaimana kita nak mencorakkan puding kita terserahlah pada kreativiti masing-masing. Ada orang pakai 100% coklat. Puding yang di atas ni 50% coklat and 50% plain. 

Ada orang suka based dia coklat then corak dia natural. Ada sesetengah orang buat berlayer macam kuih lapis. Dan macam-macam lagi.

Yang pasti rasanya sedap :-) nyum nyum nyum...


Saturday, 11 May 2013

CikJah Dapat BR1M

CikJah ada happy news nak share ngan ampa semua. CikJah terserempak dengan my boss semalam then sembang sepatah dua kata tentang kerja. 

Tetiba he said: saya naikkan gaji you ke $.......! huhu terkejut kot! mujur CikJah tak sakit jantung. 

Soalan spontan keluar dari mulut CikJah: kenapa naikkan gaji? (aduhh lurus nya ko CikJah ;)

My boss: you tak nak ke naik gaji?

CikJah: tak la.. kalau betul2 naik tu kira happy news la for me! (CikJah cuma terkejut sebab tak dak angin ribut tuptup bos nak up gaji).

Boss: Increment will start from May onwards.

CikJah (dalam hati): Alhamdulillah.

Alhamdulillah walaupun rezeki CikJah bukan pada BR1M tapi pada hasil titik peluh sendiri. Bak kata orang kalau dah rezeki tak ke mana.

Syukur ya Allah dengan nikmatMu yang tak pernah berkurang.

After few hours, CikJah dapat sms dari boss...

"By the way the salary increase was given to you n ........ (CikYah) in recognition for all the hard work and dedication so far so you will now receive $..... keep up the good work" 

Alhamdulillah. Syukur ya Allah. 

For your info, my boss kalau sms memang tak da koma, titik dan sebagainya..haha
Semoga dengan rezeki ini CikJah akan terus menjadi hambaNya yang bersyukur dan lebih rajin menjalankan amanah kerja yang diberi. Amin

Friday, 10 May 2013

Minum Petang di P125

Niat asal nak buh tajuk Minum Petang di Putrajaya untuk entry ni tapi saja buh P125 supaya CikJah ingat lama sikit yang P125 is Parlimen Putrajaya :)

Sampai ja Malaysia tercinta ritu, Cikrah jemput CikJah di LCCT. Thanks Cikrah... nanti jemput kami lagi heeee

Cikrah bawa CikJah pi minum petang dia tasik empangan (kalau tak salah CikJah itu la nama tempat tu). Cikrah makan bubur pulut hitam dan CikJah pekena laksa putrajaya.
Bubur pulut hitam

Laksa yang biasa-biasa saja rasanya

Punyala teringin tengok laksa yang pekedai tu displayed (before buh kuah), lepas buh kuah ok lagi tapi setelah makan, rasanya tidak seindah yang CikJah ramalkan. Mungkin my expectation was too high. Tak kena sangat dengan tekak Kedahan CikJah ni ha..Walau bagaimanakan itu rezeki CikJah untuk petang tu.

Alhamdulillah kita terlalu banyak makanan dan pilihan makanan sampai terkadang menjadikan kita cerewet dan memilih bab makan ni sobsob :(
Bukan CikJah terlalu cerewet tapi laksa tu tak sedap sangat macam laksa yang CikJah masak ;) (padahal seumur hidup baru masak laksa 2x dah nak perasan haha).

Lepas minum petang kami balik ke rumah Cik Siti dan Cikrah untuk rehat dan solat magrib sebab after magrib kami ada temujanji istimewa :)