Incident ini berlaku 2 bulan lepas..
CikJah dan Yah turun JB (Johor Bharu). Yela dah berpuluh kali pi Singapore tapi tak pernah sampai JB . Orang pun tak percaya kalau kami kata kami tak pernah pi JB. Depa siap kata; apala, JB pun tak pernah sampai! Dah berbuih mulut Jah terangkan my hometown is Kedah. Nun jauh di utaqha nu haa... memang la logik kami tak pernah sampai JB yang ibarat kutub utara kutub selatan jauhnya (hiperbola seh).
Kami ke sana pun sebab ada misi formal dan tak formal. Dah alang-alang sampai sana kami pun adakan aktiviti sampingan: antaranya pi Plaza Angsana (PA). Walaupun PA ni tak segede (sebesar) yang CikJah bayangkan tapi OK la.. Di sana kami jalan-jalan jamu mata.
Ada kiosk Aidijuma (AJ) so dapat la beli bawal design terkini hihi (latest design pada masa tu je la), cuba spa MaiBeaute. Nama spa ni pun Jah tak pernah dengar. Maklumla baru keluar dari pedalaman huhu - kami cuba facial sebab fast & easy. Redah jela. Pastu makan di PA Food Court - terubat rindu pada Malaysian foods.
Dah lewat petang, misi diteruskan dengan mencari Sea Food Restaurant for dinner. Our Malaysian friends yang kerja di Singapore sokmo cerita di JB banyak tempat makan (seafood restaurant) yang murah. Tapi tak ingat nak tanya depa betul-betul apa nama restorannya tu. Almaklumla memang tak pernah terfikir dan terlintas difikiran untuk sampai ke JB. So bak kata orang dengar telinga kanan, keluar telinga kiri (tak baik kan macamtu) :(
Pakcik eh abang teksi yang kami naik dari Singapore ke JB pagi tu ada recommend us Remaja Seafood. Dia kata masakan di sana enak and harganya pun affordable. Berbekalkan nama "Remaja Seafood" kami pun naik taxi from PA to Bandar Baru Uda (BBU). Only few minutes kami pun sampai la sana.
Otak-otak JB satu kemestian..
Kami order kerapu steam tapi pakcik tu kata ikan kerapu dah tak fresh jadi dia cadangkan kami tukar ke siakap. Kami pun bersetuju dan ini hasilnya..
Terima kasih atas kejujuran pakcik peniaga (CikJah assumed pakcik tu adalan pemilik restoran). CikJah doakan bisnes pakcik semakin maju. Sememangnya ikan yang dihidangkan kepada kami ikan fresh berdasarkan isi dan rasanya.
Asparagus ni keras la pakcik macam dah tua (hanya berani mengadu dalam hati huhu). Ke teknik masak menyebabkan dia keras? CikJah pun belum kaji jawapannya.
Sedih la butter prawn dia. Berminyak dan macam tak jadi sangat. Tak pela dah itu rezeki Yah & Jah untuk malam tu.
Selesai makan jom panjatkan kesyukuran atas nikmat rezeki yang tak pernah habis. Jangan bagi alasan asparagus keras dan butter prawn berminyak tak mau solat pulak ek. Haiya alassolah.. langkah beberapa tapak dah masuk pintu masjid..
Dari BBU punya la susah nak dapat teksi untuk ke Hentian Larkin seterusnya nak dapatkan teksi ke Singapore. Dah dapat tahan teksi, uncle tu bawak lak singgah apartment adik ipar dia (depan pagar jela) untuk pick up isteri and his daughter. haha lucukan. Dah tu meter teksi Jah & Yah yang kena bayar without discount even for single cent. haha
Uncle taxi recommend untuk naik je prebet sapu (teksi sapu) sebab alasannya lebih murah. Kami telah buat tindakan yang tidak bijak dan tidak sepatutnya berlaku iaitu dengan menaiki prebet sapu dari Larkin ke SG.
Punya la lama tunggu sebab abang prebet sapu nak penuhkan kereta dia. 7 penumpang dalam Unser memang keja gila kot. Yah siap gaduh g ngan abang tu. Siap bertikam lidah sepanjang perjalanan Larkin-Woodlands-Yishun-Pasir Ris-Tempines-Orchard. Memang tak patut! Sapa yang tak tahu lokasi tempat-tempat ini boleh refer google map. Awalnya janji nak pi antar kami dulu sekali ada amoi stewardess ni bayar lebih SGD5 je kot terus pi antar dia ke Pasir Ris yang di hujung dunia tu dulu. Tengok! dengan duit manusia boleh mungkir janji. Baru 5 dolar kot! Ampa bayangkan kalau ada orang offer 5 juta? Dari Larkin ambil masa 2 jam untuk sampai ke Orchard padahal 20 minit dah sampai kot sebab waktu malam bukannya siang.
Dah tu awal-awal before naik cakap SGD10 sorang tup-tup dalam kereta dah jadi SGD15 sorang. Alasannya sebab jauh. Apakah jenis bisnes macam ni? Adakah Orchard berubah lokasi dari Orchard ke Jurong? hmmm Mujur hari semakin lewat malam ja. Kalau tak sure Jah & Yah dah turun dari keta dia kami cari je teksi lain.
Pengajaran buat Jah, Yah dan ampa semua jugak. Don't ever take "prebet sapu" unless dah terdesak sangat okay. Legal teksi from Larkin to Singapore (Rochor Rd) baru rm60 bukan sgd60. Anything ampa tak tau tanya ja mana Jah tau Jah akan kongsi info k.
Benda-benda macam ni la yg memberi gambaran negatif kpd pelancong luar terhadap Malaysia. Buat malu ja!! Pemandu teksi ni pun bukannya semua "jahat", ramai yg jujur mencari rezeki. Tp segelintir yg bad ones ni la yg jatuhkan imej pemandu teksi & Malaysian tourism.
ReplyDeleteBetul kak... saya setuju.
DeleteSakit hati dgn sikap sgelintir pmandu teksi mcmni.. Mgkn mrk fikir ktidakjujuran mrk tu jln pintas utk mrk jd kaya sdgkn mrk 'mnyempit'kn rezeki sndiri. Ksian btul org2 mcmnikn...
ReplyDeleteHi Mrs Kimistri.. selamat kembali ke tanah air..
DeleteMemang sakit hati malam tu tapi gandakan kesabaran sebab hari dah semakin lewat malam. Macam lintah hisap darah pun ada kan driver taxi macamtu.