Pages

Sunday, 23 June 2013

Indonesian Words

Sesiapa yang ada niat nak bercuti, melancong atau shopping di Indonesia, CikJah rasa ampa perlu tahu sepatah 2 kata Indonesian words supaya ampa kurang ditipu para peniaga (CikJah tak kata depa penipu) tetapi itu secara logiknya dan ianya berlaku di mana sahaja dan kepada sesiapa saja iaitu para pelancong akan dikenakan caj yang lebih tinggi terhadap barangan yang dibeli mahupun perkhidmatan yang diterima kerana para peniaga beranggapan pelancong adalah mereka yang punya banyak uang a.k.a. kaya :)


Even my local friends pun keep pesan ngan CikJah supaya mendalami bahasa Indonesia. Kata mereka senang kamu mau shopping nanti. Makasih ya mbak, ibu dan bapak-bapak yang prihatin.


Jadi jom la kita sama-sama belajar bahasa Indonesia;

CikJah kategorikan seperti berikut supaya senang ampa nak rujuk.

Pakaian:
1) Seluar  ======> Celana 
2) Baju / kemeja => Kaos
3) Beg  ========> Tas
4) Telekung ====> Mukena / mukenah
5) Tudung  =====> Jilbab
6) Tuala =======> Handuk


Makanan
1) Bakso =============>Bakso
2) Nasi ==============>Nasi
3) Daging sapi=========>Daging lembu
4)Gulai cincang  =======>Biasanya merujuk kepada gulai daging (yang dipotong halus)
5) Lele == ============> Ikan keli
6) Iga ===============> Daging
7) Telur mata kerbau  ===> telur mata sapi
8) Bergedil  ===========> Bergedil


Minuman
1) Jus avocado ===> Jus Pokat / Alpukat
2) Teh O Ais =====> Teh O Beng
3) Teh Ais  ======> Teh tarik dingin
4) Teh Tarik  ====> Teh tarik
5) Cendol   ======> Es Cendol
6) Limau Ais   ====> Es Limau
7) Limau suam / panas => Limau hangat


Tempat
1) Kedai   =========> Toko
2) Rumah kedai ===> Ruko(Rumah Toko) *digunakan untuk double storey shop lots (bawah kedai/toko, atas rumah)
3) Restoran / kedai makan => Rumah Makan
4) Hospital  ============> Rumah Sakit
5) Masjid ==============> Masjid
6) Surau  ==============> Musolla
7) Pasar   ==============> Pasar
8) Farmasi   ============> Apotik
9) Syarikat ============> PT / Pte Ltd (Pe' Te')


10) Spa  ===============> Spa
Perkhidmatan (service)
1) Top up ===> Pulsa / Isi Pulsa
2) Kad  =====>Kartu (e.g. kartu ATM)
3) Petrol====> Bensen

Lain-lain
1) Sedikit =====>Dikit
2) Banyak  ====>Banyak
3) Suam   =====>Hangat
4) Sejuk ======>Dingin
5) Panas  =====>Panas
6) Kecil ======>Kecil / halus
7) Besar======>Gede




Kartu = Kad


CikJah hanya bagi words penting and basic aja.. the rest ampa boleh la google aja ya.. Tak pa la yang penting bila ampa pi Jakarta or Bandung nak beli telekung, boleh la tanya pekedai tu.. 

"mukena ni berapa ya mbak?"

"bisa dikurangin gak?

"gak lah mbak.. masih mahal ni! kurang dikit lagi yak"

Hehe dengar macam lucu kan. Tetapi itu lah bahasa seharian yang CikJah gunakan.. :)
Nak fasih macam kami, ampa kena la mai sini belajar dari kami dan mereka..

Selamat melancong & bershopping untuk semua :)


Saturday, 22 June 2013

CikJah Nak Balik Kampung

Esok kemuncak assigment kami di Batam sebelum CikJah nak balik kampung Isnin ni. Mungkin Jah hanya akan berblog lagi July nanti. Kalau tak, kenang daku dalam doa kalian. Ecehh ayat sedih la pulak.


Kali ni Jah hanya dapat cuti 3 hari ja :(   Kata orang sedikit lebih baik dari langsung tak dapat cuti. Betul tak?


So my next schedule macam ni la qhupanya...
Batam-Singapore-Penang-Jakarta-Bandar Lampung.


Sehingga bertemu lagi di Bandar Lampung nanti. Kangen banget sama mee yamien.


Es Timun



Wednesday, 19 June 2013

Kurus tapi Tinggi Kolesterol

Ritu Jah ada cerita pasal Jah pi buat medical check up. Hari ni Jah nak cerita apa keputusannya. Punyalah tebal reportnya. Rasanya lebih dari 10 lembar (muka surat). Mau tak tebalnya segala jenis test ada termasuk spiro, kardio, sound test, blood test dan macam-macam lagi la.


Kesimpulannya kami sihat dengan sedikit masalah iaitu high cholesterol. Normal cholesterol should less than 200 but mine is 228. Nah ambik kaw Jah. Jangan di sangka si kurus (perasan kurus la konon) fit dan zero penyakit!


Jadi apa kata doktor?




Tengok point number 1. Kami telah dinasihatkan oleh dokter supaya mengamalkan diet rendah lemak / kalori, mengamalkan diet yang tinggi serat (high fiber) dan kena la senaman sokmo.


Rendah lemak/kalori
Amat payah untuk kami amalkan memandangkan kami penggemar tegar nasi padang. huhu
Namun kami akan sedaya upaya mengawal nafsu makan terhadap makanan tinggi lemak dan tinggi kalori. 


Tinggi serat / fiber
Yang ini tak da masalah bagi kami malah kami telah menggiatkan usaha memakan buahan-buahan. 













Senaman
Hak ni paling payah kami nak laksanakan. I always take for granted kalau cakap bab exercise. Kelemahan diriku yang nyata. 

Mujur Allah kurniakan kawan yang bersemangat kental untuk pastikan Jah sihat. Dia kata I will be your personal trainer; means Jah kena ikut dia pi gym after balik kerja :(


Paling kiri - treadmill fevret CikJah


Jah pi gym 3 hari berturut-turut dengan jayanya. Hari ke-4 Jah rewardkan diri dengan gym suit baru dengan harapan lebih bersemangat untuk bersenam.

Capet doh!

Hari ke-4 masih ke gym, hari ke-5 dah start ponteng. Selang beberapa hari pi sekali lepas tu dah terus ponteng sampai ke hari ni (sebab my trainer ada di Malaysia). Kalau tak mesti dia dah motivate CikJah.

Thanks Kevin! :-)


Sunday, 16 June 2013

Adab di Meja Makan

Hari ni jari jemari CikJah ni nak menaip pasal Adab di Meja Makan atau Table Manners. Actually dah lama terfikir nak menaip pasal ni tapi tak tertaip-taip. Semalam waktu breakfast di Cafe, group of Korean (most of them are makcik-makcik) bikin banyak bising buat kami tak dapat menelan makanan dengan sempurna :-(


Dalam banyak-banyak orang CikJah yang pernah jumpa; Malaysian (Melayu, Cina, India, Bidayuh, Iban etc), Singaporean, Filipinos, Indonesian, Italian, American dan sebagainya, orang Korea la manusia paling tak dak manner ketika di meja makan (walaupun bukan semua Korean begitu).


Eh kami ni nak bagitau ampa pasal adab ketika makan tak pasal-pasal ja ampa kena dengar kami berleter dulu.. huhu maafkan CikJah...


Okay adab-adab ketika di meja makan (di lantai or meja Jepun jugak!) adalah....


1) Ambil makanan dengan sopan. 
Tak mau rebut-rebut (kalau perlu beratur silalah beratur). Hodoh bebenor la kalau dok rebut-rebut waktu nak ambik makanan. Walaupun ampa takut makanan tu akan habis, tolonglah bersopan. Jangan tunjuk gelojoh sangat.


2) Hanya ambil makanan secukupnya.
Ambil makanan ikut saiz perut sendiri. Jangan nak ambik makanan sampai membukit dalam pinggan tu a.k.a tamak. Jangan jadikan alasan ampa bayar mahal untuk buffet jadi ampa nak cedok kaw-kaw punya.  Nampak macam orang dah setahun tak jumpa makanan. 


3) Mulakan dengan Bismillah & Doa Makan.
Bagi Muslims, baca doa makan dulu atau sekurang-kurangnya Bismillah la dulu. Moga rezeki yang masuk ke perut kita diberkatiNya.


4) Makan dengan tertib dan bersopan
Bukan nak ambil makanan je kena sopan, waktu makan pun mesti sopan. Tolong la jangan makan macam Mr.Bean makan ok ;-)


5) Minimalkan bercakap ketika makan
Kurangkan bercakap ketika makan. Kalau boleh elakkkan dari bercakap lagi bagus. Tapi kalau dah your table partner dah tanya soalan tak kan nak buat-buat tak dengar pulak. Jawab apa yang patut dahla waktu tengah makan. Kang tak pasal-pasal nak suap ke mulut tersuap ke hidung. hahaha

Kalau ye pun nak cakap banyak sebab kangen banget akibat dah setahun tak jumpa, selesai makan ampa discuss la sampai lebam pun tak dak sapa nak kisah melainkan la ampa pi restoran yang ada time limit (contohnya 4hrs per session) so ampa kena la bangun bila dah times up!


6) Tinggalkan meja dalam keadaan bersih
Kami tak dak la suruh ampa jadi part time waiter / waitress tapi jangan pulak ampa jadikan alasan apa guna ada waiter / waitress kalau nak tinggalkan meja dalam keadaan bersih.

Maksud kami bersih di sini dalam skop jangan la ampa tinggalkan meja dengan tulang ayam di penjuru kanan meja, garpu di penjuru kiri meja, napkin / tisu jatuh bawah meja. Memang buruk benar la rupanya kan.


Meja awek yang makan dengan penuh kesopanan ;-)

7) Basuh pinggan (kalau makan di rumah).
Kalau makan di rumah, jangan pulak nak tinggal ja pinggan dalam sinki (walaupun CikJah buat jugak perangai  hodoh ni dulu-dulu! sekarang masih buat lagi ke??). Berangan nak jadi menantu raja konon. Ada dayang-dayang yang buatkan semua. hahaha memang kuat berangan. 


Padahal pemalas tak mau cakap. Alasan nak solat zohor dulu la (lepas lunch) then baru nak cuci pinggan. Sekali mak nampak terus kena. kikiki Mak kata "apa salahnya terus basuh pinggan lepas makan tu" ;-) hehe mak...


Kesimpulannya, tak rugi kalau kita jadi orang yang sopan di meja makan seperti yang dianjurkan dalam Islam dan adab Melayu. Malah kalau berperangai hodoh ketika makan, kita akan mengundang fitnah orang luar terhadap agama kita padahal itu bukan yang diajarkan kepada kita.

Saturday, 15 June 2013

Busy Weeks

Selamat berhujung minggu semua. 

Jumpa my boss this morning, bos tanya bila kah kali terkhir CikJah bercuti a.k.a pulang ke kampung? Jawapannya end of April till first week of May (balik mengundi).


CikJah sampaikan hasrat hati untuk pulang bercuti hujung bulan ni after our busy weeks ended. Bos kata OK but only for couple of days because he has new task for me. Plan asal CikJah nak cuti 9 hari (weekend to weekend) sebab selain nak balik jumpa makayah, ingat nak jumpa my teammates yang dah 9 bulan tak jumpa. Nama ja keja 1 company and same project tapi kesibukan dan kepadatan jadual tak mengizinkan kami untuk berjumpa. Yela depa di KL kami di seberang ni ha.. Walaupun tak jauh tapi tak dekat juga.


Now, I get my schedule up to Hari Raya holiday. Padat persis sardin dalam tin. Harap-harap kami berpeluang untuk berhari raya bersama family tercinta. Cukup la sekali kami merasa berhari raya di bilik hotel Aidiladha lepas. Cukup syahdu untuk di kenang. Kami hanya dengar takbir raya kot youtube ja :-(  


Layan la foto permandangan waktu pagi di Batam yang kami snap last few weeks.


Pagi yang cerah


Mau hujan daa



Tuesday, 11 June 2013

Fasting Blood Glucose Test

Sapa pernah kena puasa before attending your medical check up? 

This is my first time kena puasa 12 hours sebelum my medical check up. Doktor bilang kamu mesti puasa 8pm to 8am (appointment time). So terpaksa lah CikJah had my dinner earlier on that night.

Kami makan keow teow sup pada malam kejadian..



Macam sup sayur je kan. Keow teow nya tak nampak tapi tak pa sebab kami memang suka sayur sejak dalam perut mak :-)


Sebab apa CikJah nak buat check up?

Sebabnya CikJah dapat task untuk buat inspection di Pulau Karimun Ogos / September nanti and as to fulfill yard / company requirement I have to submit my full check up. Biasanya kalau kami buat medical check up di Malaysia, depa hanya buat urine test, blood test and x-ray. Ini yang standard la kami rasa but this time punya la banyak tests yang kena buat;



Kami telah buat semua ujian dalam senarai di atas kecuali eLFG CKD-EPI yang kami pun tak tau apakah dia. haha


Kami buat medical check up di Prodia Lab. Memang kami puas hati dengan perkhidmatannya.



Kalau ada sesiapa yang tercampak di Indonesia macam kami ni dan ampa nak buat medical check up leh la pi Prodia sebab banyak cabang (cawangan) Prodia di seluruh Indonesia. Highly recommended.





Monday, 10 June 2013

Kembara Speda Motor

Kira-kira sebulan yang lalu seorang kawan telah pinjamkan kami speda motornya.

Cewek happy dapat naik speda motor

Dapat je motor, Yah jadi penunggang dan CikJah sebagai pemboncengnya. Yah merempit menuju Tiban di mana letaknya d'Mutia Spa. Session booked then kami meluru ke Nagoya Hill untuk beli barang keperluan. 



We bought some toiletries. Martha Tilaar & Rudy Hadisuwarno pilihan kami ;) 
Lepas beli cepat-cepat nak balik ke Tiban sebab 5.30pm sesi berspa nak bermula.




Dari Nagoya Hill nak balik ke Tiban tapi kami tersasar menghala Batu Ampar (gara-gara CikJah jadi GPS nya huhu). Terus call kawan yang pinjamkan motor: "Pak, gi mana mau ke Tiban? Kami lagi nyasar ke Batu Ampar?" haha


Sampai d'Mutia telat (lewat) hampir setengah jam jugak. Nyaris-nyaris adik spa ingat kami tak jadi mai. Mujoq g! huhu


Tampil Semulajadi & Syar'i


Selesai berspa kami solat Maghrib dulu kemudian baru bergerak pulang. Singgah gerai akak ni jap. CikJah nak beli gorengan dan Yah beli serabi. 




Yah sambil bisik ke Jah: "Tak sedap la gorengan di sini, nampak pun tak menarik!"

CikJah: Owh yeke?

Yah     : Tak pe lah sebab ko dah beli.

(Petua nak beli gorengan: kalau ampa tengok gorengan yang di jual tu bertimbun inshaAllah sedap. Yela tak kan sesaja akak/ bapak penjual nak goreng banyak kalau dia jual tak habis kan tapi yang sikit tu tak semestinya tak sedap. Mungkin tinggal sikit dan dia pun dah nak tutup kedai).


Lepas beli gorengan kami singgah top up bensen (petrol) motor dulu. Kang mati di hutan (on the way balik) tak ke haru. Di Pulau Batam ni ampa akan nampak everywhere orang jual jus kuning dalam botol. Itu bukan jus atau jamu tau tapi petrol. Sebotol 1.5L harganya idr9000-10000 (RM3). Harganya lebih mahal dari Pertamina (idr4500/Liter). Depa ambik komisyen upah depa pi beli / angkut dari Pertamina. Yela Pertamina jauh so memang penunggang motor akan beli di tepi-tepi jalan ni ja.





Vroooooommmmm.....



Lalu Tanjung Riau, kami singgah beli gorengan famous & sedap untuk bagi ke tuan motor. Tapi tak ambik foto sebab tangan dah penuh dengan plastik-plastik hasil jelajah kami dari petang sampai malam. Naik motor tapi shopping macam naik Kancil. Itu la perempuan sejati. hmmm (sambil geleng kepala).


Sampai umah tuan moto, dia kata tunggu sat! Rupanya dia pi tapau sate Padang untuk Yah & Jah. Dah la bagi pinjam moto, jamu makan lagi. Len kali nak pinjam lagi la ;-)


Sate Padang


Sekian kembara speda motor kami untuk kali ini. Mungkin ini yang pertama dan terakhir. Sebab kalau bos kami tau mau kena tibai (pukul / rotan) kaki. Yela teksi banyak, motor jugak depa nak naik. Katanya tak safe :( 


Thursday, 6 June 2013

Barelang Bridge

Orang kata tidak sah kunjungan ke Batam kalau tak pi Jambatan Barelang (not belerang okay! haha). Jadi on weekend (it was 3 weeks ago) CikJah and CikYah dok discuss is it berbaloi untuk ke Barelang Bridge since it cost us idr120000 for each way. Jadi in total idr240000 untuk pi-balik. Kalau convert to RM mau 74 henggit. Mahai tau tambang taxi sampai rm74. 


Akhirnya kata sepakat dicapai apabila 2 budak manis bersetuju untuk ke sana. Senang nanti nak tutup Batam chapter  dalam cerita jalan-jalan Indonesia kami ;-)

Heading to Barelang Bridge

Owh dah sampai!

Kamera tak bawa, ini je hasil telefon tak cukup canggih

Tak pa, yang penting nampak "Barelang Bridge" tu sebagai bukti kami pernah sampai ke sini.


Gadis Batam memang manis orangnya


Jagung bakar dijual di tepi jalan


Ketam Goreng

Jambatan Barelang ini ada 6 jambatan semuanya tapi hanya yang pertama ja yang rupanya ala-ala jambatan Pulau Pinang, yang lain semuanya macam jambatan di kampung kami ja. Nothing! Jambatan semata-mata. Tapi kami hanya pi sampai jambatan ke 3 sahaja. Kalau nak sampai ke jambatan 6 tambang teksinya kira-kira idr400000 (RM124).


Lagipun waktu kami pi dah malam. Dari jambatan 3 ke jambatan 6 mengambil masa kira-kira 40 minit. Jauh tu... Tapi menurut cerita supir (driver) di jambatan 4 ada pantai. Kiranya boleh la nak mandi-manda kalau pi waktu siang. 


Manakala di jambatan 6 pula ada tempat peninggalan tentera Vietnam. Semasa perang Vietnam dulu, rakyat Vietnam ramai yang lari ke Pulau Batam ni so di sana ada la kesan tinggalan penempatan depa. Hope to be there satu hari nanti sebab nak juga tengok kesan sejarah tu kan.


Masa dalam perjalanan pulang tu, pak supir dok cerita kat kami berdua yang di Barelang ni banyak restoran seafood. Katanya boleh la kalau nak dinner di sana. Dua budak sporting ni pun kata OK lah pak, kita dinner sana aja! Dinner ala kadar. Memang tak snap la foto makanan sebab malu ke pak supir. haha 


Selesai makan pak supir kata di sana ada sangkar (sambil tunjuk ke arah laut). Boleh la kalau nak tengok? Apa lagi kami berdua ni memang pantang di pelawa, tanpa segan silu terus meluru ke sangkar yang di maksudkan. Jom layan foto apa yang kami tengok di sana...


Ketam Gergasi

Besar ketam-ketam di sana. Ampa bayangkan itu tangan seorang lelaki (abang penjaga sangkar). Jauh lebih besar saiz ketam berbanding tangan abang tu.


Hai ketam, jangan la agresif sangat! Kami nak snap foto ampa


Sopan macam ni la yang kami nak!


Tengok! Besaq kan? Tapi hak ni tak dak la besaq mana compare ngan kawan2 cik ketam yang lain


Ketam biru ni lebih sedap berbanding ketam-ketam lain


Model cun posing tepi sangkar :-)


Tengok tu! berkegayut ketam di tepian sangkar


Cucu lobster ja tinggal yang lain dah kena jual


Geli tak? eeeeeyyyy


Jah paling geli dengan sotong kurita ni


Dia libas la, dia belit la.. meremang bulu roma kami

Macam-macam ada dalam sangkar tu. Ada sejenis siput tu boleh terbang dalam air. Seumur hidup kami, malam tu first time kami tengok siput / lala boleh terbang or kami memang jakun. haha 


Kalau ada kelapangan nak lagi kami ke sangkar ni tapi pada siang hari jadi dapat lihat dengan lebih jelas.


Tuesday, 4 June 2013

d' Mutia Spa & Salon Muslimah



d' Mutia Spa & Salon Muslimah adalah salah satu spa pilihan CikJah dan Yah di Batam. Spa ini sangat simple dan kondisinya juga bersih (tak semua spa bersih tau!) lagi-lagi mata inspector ni apa yang orang tak nampak, kami nampak (bukan makhluk halus okay! haha) kadang-kadang jadi 1 tekanan dalam menjalani kehidupan harian. hehe   

Melangkah je masuk pintu d'Mutia ni sebelah kanan ada reception counter dan sebelah kiri ada bangku untuk menunggu (tapi CikJah tak snap plak gambar bangku tu).


                            




Ruang rawatan diceriakan dengan artificial flowers yang berwarna-warni :)









Yang ini pokok betul..



Pelbagai jenis rawatan kecantikan ditawarkan di spa ini. Antaranya ialah body massage, foot & hand massage, body scrub / lulur, hair spa, hair washing and cutting, ear candling, facial, totok wajah, hijab make up dan banyak lagi. Pendek kata "macam-macam ada!"..


Creambath pun ada di sini..



Rasanya kerusi ni untuk foot massage tapi biasanya foot massage depa akan buat dalam bilik rawatan so kerusi ini para customers termasuk CikJah guna untuk lepak-lepak tunggu spa partner (Yah) sambil baca majalah atau buku.



Serius mai d'Mutia ni rasa macam pi kedai kakak sendiri. haha Lagi satu CikJah suka ukiran-ukiran cermin dan mejanya yang cantik.







Setiap rawatan di spa ni antara idr60000-idr100000 (rm18-rm30). Murah kan? Anak-anak sekolah pun boleh p spa ;-) 

Kami suka d'Mutia sebab rawatan bagus, harga murah, bersih & selesa.