d' Mutia Spa & Salon Muslimah adalah salah satu spa pilihan CikJah dan Yah di Batam. Spa ini sangat simple dan kondisinya juga bersih (tak semua spa bersih tau!) lagi-lagi mata inspector ni apa yang orang tak nampak, kami nampak (bukan makhluk halus okay! haha) kadang-kadang jadi 1 tekanan dalam menjalani kehidupan harian. hehe
Melangkah je masuk pintu d'Mutia ni sebelah kanan ada reception counter dan sebelah kiri ada bangku untuk menunggu (tapi CikJah tak snap plak gambar bangku tu).
Ruang rawatan diceriakan dengan artificial flowers yang berwarna-warni :)
Yang ini pokok betul..
Pelbagai jenis rawatan kecantikan ditawarkan di spa ini. Antaranya ialah body massage, foot & hand massage, body scrub / lulur, hair spa, hair washing and cutting, ear candling, facial, totok wajah, hijab make up dan banyak lagi. Pendek kata "macam-macam ada!"..
Creambath pun ada di sini..
Rasanya kerusi ni untuk foot massage tapi biasanya foot massage depa akan buat dalam bilik rawatan so kerusi ini para customers termasuk CikJah guna untuk lepak-lepak tunggu spa partner (Yah) sambil baca majalah atau buku.
Serius mai d'Mutia ni rasa macam pi kedai kakak sendiri. haha Lagi satu CikJah suka ukiran-ukiran cermin dan mejanya yang cantik.
Setiap rawatan di spa ni antara idr60000-idr100000 (rm18-rm30). Murah kan? Anak-anak sekolah pun boleh p spa ;-)
Kami suka d'Mutia sebab rawatan bagus, harga murah, bersih & selesa.
Kami suka d'Mutia sebab rawatan bagus, harga murah, bersih & selesa.
No comments:
Post a Comment