Orang kata tidak sah kunjungan ke Batam kalau tak pi Jambatan Barelang (not belerang okay! haha). Jadi on weekend (it was 3 weeks ago) CikJah and CikYah dok discuss is it berbaloi untuk ke Barelang Bridge since it cost us idr120000 for each way. Jadi in total idr240000 untuk pi-balik. Kalau convert to RM mau 74 henggit. Mahai tau tambang taxi sampai rm74.
Akhirnya kata sepakat dicapai apabila 2 budak manis bersetuju untuk ke sana. Senang nanti nak tutup Batam chapter dalam cerita jalan-jalan Indonesia kami ;-)
 |
Heading to Barelang Bridge |
 |
Owh dah sampai! |
 |
Kamera tak bawa, ini je hasil telefon tak cukup canggih |
Tak pa, yang penting nampak "Barelang Bridge" tu sebagai bukti kami pernah sampai ke sini.
 |
Gadis Batam memang manis orangnya |
 |
Jagung bakar dijual di tepi jalan |
 |
Ketam Goreng |
Jambatan Barelang ini ada 6 jambatan semuanya tapi hanya yang pertama ja yang rupanya ala-ala jambatan Pulau Pinang, yang lain semuanya macam jambatan di kampung kami ja. Nothing! Jambatan semata-mata. Tapi kami hanya pi sampai jambatan ke 3 sahaja. Kalau nak sampai ke jambatan 6 tambang teksinya kira-kira idr400000 (RM124).
Lagipun waktu kami pi dah malam. Dari jambatan 3 ke jambatan 6 mengambil masa kira-kira 40 minit. Jauh tu... Tapi menurut cerita supir (driver) di jambatan 4 ada pantai. Kiranya boleh la nak mandi-manda kalau pi waktu siang.
Manakala di jambatan 6 pula ada tempat peninggalan tentera Vietnam. Semasa perang Vietnam dulu, rakyat Vietnam ramai yang lari ke Pulau Batam ni so di sana ada la kesan tinggalan penempatan depa. Hope to be there satu hari nanti sebab nak juga tengok kesan sejarah tu kan.
Masa dalam perjalanan pulang tu, pak supir dok cerita kat kami berdua yang di Barelang ni banyak restoran seafood. Katanya boleh la kalau nak dinner di sana. Dua budak sporting ni pun kata OK lah pak, kita dinner sana aja! Dinner ala kadar. Memang tak snap la foto makanan sebab malu ke pak supir. haha
Selesai makan pak supir kata di sana ada sangkar (sambil tunjuk ke arah laut). Boleh la kalau nak tengok? Apa lagi kami berdua ni memang pantang di pelawa, tanpa segan silu terus meluru ke sangkar yang di maksudkan. Jom layan foto apa yang kami tengok di sana...
 |
Ketam Gergasi |
Besar ketam-ketam di sana. Ampa bayangkan itu tangan seorang lelaki (abang penjaga sangkar). Jauh lebih besar saiz ketam berbanding tangan abang tu.
 |
Hai ketam, jangan la agresif sangat! Kami nak snap foto ampa |
 |
Sopan macam ni la yang kami nak! |
 |
Tengok! Besaq kan? Tapi hak ni tak dak la besaq mana compare ngan kawan2 cik ketam yang lain |
 |
Ketam biru ni lebih sedap berbanding ketam-ketam lain |
 |
Model cun posing tepi sangkar :-) |
 |
Tengok tu! berkegayut ketam di tepian sangkar |
 |
Cucu lobster ja tinggal yang lain dah kena jual |
 |
Geli tak? eeeeeyyyy |
 |
Jah paling geli dengan sotong kurita ni |
 |
Dia libas la, dia belit la.. meremang bulu roma kami |
Macam-macam ada dalam sangkar tu. Ada sejenis siput tu boleh terbang dalam air. Seumur hidup kami, malam tu first time kami tengok siput / lala boleh terbang or kami memang jakun. haha
Kalau ada kelapangan nak lagi kami ke sangkar ni tapi pada siang hari jadi dapat lihat dengan lebih jelas.
Mak oi besaqnya ketam. Kalau besaq giant mcm tu, isinya sedap/manis tak? Eh jap, ketam giant tu halal ke kita makan?
ReplyDeleteKami tak makan pun kak ketam giant tu.. itula setahu saya ketam batu (hidup 2 alam) tak leh makan.. Bila abang sangkar tu kata ketam giant tu namanya ketam nipah tetiba teringat kat ketam batu lak..huhu
DeleteSaya pun tengah check ngan membe2 sebab nak pastikan leh makan x ketam tu? :-( sebab pernah makan chili crab yang besar dabak ketamnya