Pages

Saturday 1 June 2013

Soto Kwali Solo

Soto Kwali Solo ni nama kedai soto citarasa Solo. Lokasinya terletak di Nagoya Hill, Batam.





Jom tengok apa yang kami makan..


Soto sapi pilihan CikJah

Jah makan soto sapi dan Yah makan soto ayam. Kalau di Malaysia, soto dihidangkan bersama nasi impit tetapi di Indonesia kebanyakan soto depa dihidangkan bersama nasi putih (Soto Solo & Soto Medan) walaupun ada juga soto (Soto Madura) yang dihidangkan dengan nasi impit. Bagi soto-soto lain yang CikJah tak pernah cuba, CikJah tak pasti macam mana rupanya. Walaupun dihidangkan bersama nasi putih tetapi ia bukan paksaan, pelanggan berhak memesan (order) soto berasingan (tanpa nasi) seperti apa yang kami buat.  


Selain soto, kedai ini juga menyajikan aneka jenis nasi penyet dan lain-lain (dah tak ingat menunya hihi). Ada menu tu namanya lauk-pauk. Apa yang menghairankan kami tak ada pula lauk-pauk yang dipamerkan (macam kebanyakan kedai nasi campur di Malaysia atau kedai makan Minang/Padang di sini). Rupa-rupanya makanan yang tersenarai di bawah group lauk-pauk tu ialah sate telur puyuh dan sate paru.



Memang di semua meja pelayan akan hidangkan "lauk-pauk" ini tetapi kita hanya perlu bayar apa yang dimakan (sama style macam kedai makan Minang / Padang; hanya bayar apa yang kita makan, yang tak makan tak perlu bayar). 




Oleh kerana sate telur puyuh dah habis maka dia hanya hidangkan kami sate paru. Rasanya enak. Apa yang membezanya sate Solo dengan sate biasa, sate Solo ni tak ada kuah kacang atau kuah sambal. Hanya di makan dengan cabe rawet (cili api).


Selain itu ada tempe goreng yang menjadi menu wajib masyarakat Indonesia. Kini tempe goreng dah menjadi kegemaran kami orang Jawa celup ni. hihi



Selesai makan a.k.a minum petang, ini je yang tinggal...

Walaupun tak serupa, kami tetap bersatu sampai hirupan terakhir

Sekian.. :-)


No comments:

Post a Comment