CikJah masih bercerita tentang kisah kami di Pulau Karimun aka Tanjung Balai (Tg. Balai ialah pekan utama di Pulau Karimun Besar). Ada juga Pulau Karimun Kecil tapi CikJah tak pasti tentang pulau tersebut seperti penduduknya dan apa yang ada di sana.
Kalau ada yang bertanya apakah makanan istimewa di Tg. Balai? Sama sahaja dengan bahagian lain di Indonesia yang mana Nasi Padang / Minang dan sup bontot (sup ekor) pasti ada cuma kelebihan makanan di sini ialah masakannya persis masakan di Malaysia; ada nasi goreng kampung, roti canai /roti prata, sayurannya pun macam di Malaysia (biasanya kalau di tempat lain ada gulai singkong/pucuk ubi dan gulai nangka ja) tapi di sini ada taugeh ikan masin dan macam-macam lagi.
Ritu CikJah cuba koew teow siram. Ingatkan apa lah koew teow atau mee siram ni kan rupanya macam koew teow kungfu la kalau di Malaysia.
Jah makan koew teow siram dengan fries. Fries ni macam tak bermaya ja tapi kami makan sampai licin.. haha Tak tau sebab sedap atau sebab Jah yang tengah lapar waktu tu (lagipun amat jarang Jah makan tak habis).
Kami tempah jus tembikai tapi adik tu kata ada semangka (tembikai) kuning je kak boleh tak? Jah kata boleh!
Rezeki kami untuk hari tersebut alhamdulillah...
Bagi Jah makanan paling best di sana ialah Prata Sardin. Kawan Jah yang tunjuk dan bawa kami ke kedai tersebut. Hanya warung makan di tepi jalan tak jauh dari Pangke. Tak sempat pulak Jah nak fotokan prata yang enak tu. Bukan kami yang tekak Asia je tau suka prata tu malah buleh (mat saleh) pun suka. Mat saleh ofis kami yang sorang tu sampai minta tapaukan untuk dia :)
No comments:
Post a Comment