Semua dah sampai ke kampung halaman masing-masing ke?
Bagi yang beraya di perantauan, jangan sayu dan sedih; kerana ia adalah pengalaman berharga kerana bukan semua orang berpengalaman melaluinya :)
Bagi yang masih bekerja macam Jah, bawa bersabar ye kawan-kawan.. hehe
Jah nak berkongsi mengenai sampul raya versi Indonesia. Kami beli di Gramedia. Pertama kali tau kami jumpa sampul raya siap ada column pengirim lagi ;-)
Nak ke kita letak nama di situ? Jah rasa tak perlu kot. hehe
Atas : Depan Sampul Bawah : Belakang Sampul |
Bersedekah ni lebih afdhal tangan kanan memberi, tangan kiri pun tak tau! Walaupun hanya seringgit! Tak ke gitu? Jah rasa depa harus tukar column pengirim tu jadi penerima (ecehh suka hati je kan nak suruh orang ubah).
Ni rupa belakang sampul yang kedua. Cantik kan corak batik? Baru la ada ciri-ciri nusantara.
Sampul dah ada tapi isinya masih kosong. Nak isi rupiah ke RM? Kalau isi rupiah dapat lebih banyak.. Ribu-ribu gitu :)
Nak satu (hat isi dlm tebai)... :-)
ReplyDeletehehe isinya rupiah boleh ka? :)
Delete