Pages

Saturday 21 September 2013

Cendol Geylang Serai

Hujung Ogos yang lalu CikJah ada tugasan di Singapura. Kami curi-curi masa sebelum pulang ke Batam untuk ke Geylang Serai mencari buah tangan untuk bakal mertua ;-) haha saja nak bikin controversy. Sebenarnya kami teringin nak makan makanan tempatan atau makanan melayu.. sedih ja kan bunyinya..


Geylang Serai ni ala-ala Pekan Rabu di Alor Setar dan Pasar Siti Khadijah di Kota Bharu. Jah tak sebut Pasar Payang sebab kami pun belum pernah sampai ke sana.


Sibuk uruskan itu ini, kami terlambat untuk makan tengahari lalu kami pun lunch di waktu orang lain minum petang dah kot :p


CikJah minum cendol dan makan nasi ambeng. Itu pertama kali tau CikJah makan nasi ambeng. Meja makan semuanya penuh, jadi Jah tebalkan muka tumpang meja sepasang suami isteri bersama anak perempuan mereka.


Malu la cek nak ambil gambar makanan. Mujur sebelum beli makanan, CikJah sempat snap gambar the sign boards.










CikJah beli cendol di gerai Cendol Geylang Serai dan beli nasi ambeng di D'Original Bumbu. Banyak sangat pilihan gerai atau pilihan makanan yang ada. Rasanya kalau 10 kali lagi Jah ke sana pun belum tentu dapat khatam habis.

No comments:

Post a Comment