Pages

Wednesday 18 September 2013

Warung Cobain

Menghabiskan hujung minggu di Nagoya Hill untuk mencari barangan keperluan beberapa minggu lepas, CikJah berpeluang untuk makan tengahari di Warung Cobain.


Warung Cobain ini terletak di Nagoya Hill food street iaitu di Nagoya Hill Shopping Center, Batam. Restoran ini juga mempunyai cawangan di Megamall Shopping Mall, Batam Center.




Kami pilih untuk duduk menghadap dinding, tak nampak pelanggan atau pelayan restoran lalu lalang. Dengan ketinggian Jah yang tak berapa nak tinggi ni, walaupun ada cermin di depan mata, penglihatan atau mata kami masih di bawah paras cermin :)




Oleh kerana nak cepat, Jah hanya makan menu yang ringkas dan tak perlu fikir panjang :)

Mai CikJah kongsikan antara menu yang kami makan..


Nasi putih

Ayam goreng

Ini ayam goreng biasa tau bukan ayam penyet. Cuma dia tabur kriok kriok di atasnya jadi nampak la macam ayam penyet. Bagi sesiapa yang belum tahu, beza ayam penyet dengan ayam goreng biasa ialah ayam penyet ialah ayam yang direbus dengan air nyior / air kelapa bersama bumbunya sehingga separuh masak sebelum ia digoreng.


Sambal terung

Semasa nak memesan makanan, Jah pesan sambal terung sebab kami bayangkan ia adalah sambal tumis terung tetapi ternyata sampai terung hijau mentah ni rupanya. Terkedu juga la sekejap Jah dibuatnya hee


Apa pun kami pasrah. Sambal mentah ni memang pedas sebab dia gunakan cabei rawet (cili api / cabai melaka).


Tempe & tauhu

Tempe dan tauhu sememangnya kegemaran CikJah. Rugi tau sapa yang tak suka tempe dan tauhu sebab ianya ringkas, berkhasiat lagi sedap.




Minuman pula CikJah pilih soda gembira. Sirap + susu pekat manis + air soda. Gembiranya tu Jah pun tak tau mai dari mana :)


Haa lupa nak cerita kat ampa, gara-gara makan sambal terung yang pedas banget tu buat perut Jah memulas-mulas dan sakit ya amat dari maghrib sampai la ke tengah malam. Mungkin perut Kelantan celup kami ni tak tahan pedas kot.


No comments:

Post a Comment