Pages

Friday 20 September 2013

Nasi Lemak Pak Nasser

Dua minggu lepas, Jah terbang ke Kuala Lumpur untuk menghadiri majlis perkahwinan seorang kawan baik. Kebetulan kami memang cuti hujung minggu aka tak sibuk pada masa tu. 


Sebenarnya dah lama CikJah tak dapat menghadirkan diri di hari bahagia kawan-kawan. Bukan tak mau pi, tetapi komitmen kerja kami yang memang tak boleh ditinggalkan kalau tak ada yang menggantikan. huhu


Ampa nak tau tak, buat pertama kalinya CikJah pilih untuk naik feri dari Batam ke Johor Bharu (Stulang Laut) gara-gara nak jimat. Kami beli tiket promo AirAsia JB-KL-JB pada harga rm209 termasuk makanan untuk 2 hala.


Perjalanan dengan feri mengambil masa 1 jam 50 minit weh! Kami memang tidur jela sepanjang perjalanan. Sampai di The Zone Ferry Terminal, Stulang Laut, kawan kami jemput dan bawa kami ke rumah dia di Kulai.


JB-Kulai tak ada la jauh mana pun tapi oleh kerana CikJah sampai JB waktu orang balik kerja, memang sesak ya amat la. Kami mengambil masa 1 jam 30 minit untuk sampai ke Kulai. Lepak di rumah kawan kami, mak dia ajak dinner tak sampai hati pula nak tolak.


Pendek kata, kami lambat keluar dari rumah dia untuk ke Senai Airport walaupun hanya mengambil masa 15 minit! Yang menjadi masalahnya, CikJah memang tak check in online dan sememangnya kami tak pernah check in online! tak pernah! Sampai je di airport memang dah tak boleh nak check in. Check in counter will be closed 1 hour before departure time.


Cuak weh! Kalau mak kami tau, memang kena la kami! haha


Mau tak nya, time management hancus! But from positive side, kami akan belajar untuk buat online check in. Yela kami kan budak kampung... nak pulak tak berapa nak celik IT :p


Alhamdulillah kami selamat juga sampai KL. Terpaksa beli tiket lain! Apa pun terima kasih Malindo. Pertama kali naik, pesawatnya comel macam Firefly.


Buang yang keruh dan ambil yang jernih. Bagi perjalanan pulang semula ke JB, memang awal-awal lagi CikJah dah buat online check in. 


Jom layan keindahan alam ciptaan Ilahi..







Niat asal kami nak cerita bab nasi lemak Pak Nasser tapi jadi sesi luahan perasaan la pulak. Kononnya CikJah booking makanan sekali takut kami tak sempat sarapan, ternyata ada insan berhati mulia bukan saja sebelum 5 pagi dah bangun untuk pi hantar kami di LCCT malah belanja kami sarapan pagi di lapangan terbang juga. Terima kasih sebab belanja kami :) 


Ini rupa nasi lemak Pak Nasser. Jah pun tak kenal siapa Pak Nasser heee







Rasa nasi lemak ni biasa-biasa saja. Boleh la untuk alas perut bagi mengelakkan gastrik dan lain-lain.


Lain kali kalau terbang dengan local flight, kami tak tempah dah kot makanan sebabnya baru sempat jamah beberapa sudu dah nak landing. haha Yela waktu flight baru naik mana la depa nak hidang lagi kan makanan. Bila lampu pemasangan tali pinggan keledar dimatikan / dipadamkan baru la pramugari / pramugara akan mula hidangkan makanan.

2 comments:

  1. Bukan nak berlagak ka apa tp akak ni kalau blh elak naik AirAsia memang akak elak. Pasai dh ada pengalaman tak baik dgn syarikat tambang murah tu la yg buat akak serik. Bkn tu ja, bad experiences kawan-kawan & family pun diambik pengajaran. Biarlah akak bayar lebih sikit asal hati puas dgn servis yg diterima.

    ReplyDelete
    Replies
    1. :)
      Biasanya kalau dari Penang nak ke Jakarta, saya memang terpaksa naik AirAsia sebab hanya AA ada flight malam Png-Jkt (gara-gara nak maksimumkan cuti).
      Tapi kalau diberi pilihan memang saya prefer Garuda.

      Delete