Pages

Sunday 1 September 2013

Daun Piring

Hari ini CikJah nak berkongsi cerita tentang daun piring atau daun pinggan. Bukan pinggan berbentuk atau bercorak daun pisang seperti yang biasa ditemui di restoran makanan India tetapi daun yang berbentuk piring.
         




Dulu semasa zaman kanak-kanak, Jah dan kakak main masak-masak kami petik daun piring ni la tepi rumah Mak Lang untuk dijadikan piring lauk. Tapi sekarang daun tu dah tak ada lagi di kampung kami. 



Bila CikJah ditugaskan di Batam, banyak pula pokok daun piring ni ditanam di kawasan hotel. Ia betul-betul mengimbau nostalgia zaman kanak-kanak kami.










Bukan sekadar ditanam di sekiling hotel malah turun digunakan sebagai dekorasi dipinggan makan. Dulu-dulu kami sekadar bermain tanpa mengetahui sama ada daun ini beracun atau tidak. Ternyatalah ia bukan sekadar imaginasi kami semasa kanak-kanak malah benar-benar digunakan sebagai piring hiasan :)





No comments:

Post a Comment