Dua tahun sebagai anak rantau yang pernah hidup di Kelantan membuatkan sedikit sebanyak pengaruh negeri Cik Siti Wan Kembang lekat dihati ini. Antaranya ialah makanan citarasa Kelantan yang enak.
Jah adalah orang yang berani mencuba makanan orang walaupun pada awalnya agak ketakutan dek nasi yang berwarna biru ang :)
Sekarang ni tidak menjadi masalah untuk mendapatkan makanan citarasa Kelantan di Kuala Lumpur sama ada di restoran atau di kedai dan gerai-gerai makan.
Restoran Chomel yang terletak di The Curve Mutiara Damansara turut menyediakan menu istimewa Pantai Timur buat para penggemarnya.
Nasi Kerabu Biru |
Sambal & Budu untuk Nasi Kerabu |
Bagi pelanggan yang tak nak nasi kerabu yang berwarna biru, Restoran Chomel juga menawarkan nasi kerabu putih.
Laksam aka lakse |
Laksam yang disajikan memang pekat kuahnya dan mengancam. Kena dengan tekak Kelantan celup Jah heee
Air Asam Boi |
Air asam boi dia pun Jah suka :)
ABC Chomel |
Oleh kerana kami bukanlah peminat tegar ABC, jadi kami rasa macam biasa-biasa saja ABC dia.
Tomyam |
Tomyamnya pun sama. Biasa ja rasanya. Lebih enak di kedai ala Thai kot.
Lompat Tikam |
Jangan mengaku orang Kelantan kalau ampa tak kenal apa itu lompat tikam iaitu salah satu kuih tradisional negeri Kelantan. Lompat tikam dia OK ja sebab santan dia tak kaw macam di sesetengah restoran Kelantan yang lain.
Bagi yang tak tahu di mana lokasi Restoran Chomel ini boleh la rujuk alamat di bawah.
Kesimpulan yang Jah boleh buat di sini, menu Kelantan yang ditawarkan memang enak kecuali kuah / santan lompat tikam tu mungkin boleh ditambah baikkan.
Selamat mencuba..
No comments:
Post a Comment