Pages

Saturday, 19 October 2013

Berkorban Apa Saja

Harapnya belum terlambat untuk kami ucapkan Salam Aidiladha buat teman seakidah sekalian. Macam mana hari raya haji tahun ni? Ada ke yang pergi menunaikan ibadat haji? Atau ada ke yang menunaikan ibadah korban?


Ampa semua balik kampung ke raya haji kali ni? CikJah tak balik kampung raya tahun ni malah kami bekerja lagi. Kami ada tugasan 2 hari di Singapore.


Jom tengok apa yang Jah buat di sana!


Lewat petang 14 October (sehari sebelum Aidiladha) Jah tiba di Singapore dari Batam. Kebetulan kami berpuasa pada hari tersebut. Tekak ni pula terasa nak makan Zam-Zam Beriyani. Jah kuatkan semangat naik teksi ke Arab Street. Turun di Arab St. berjalan ikut kaki mencari Zam-Zam Beriyani. Melewati Masjid Sultan, azan pun berkumandang. Minum air kosong kami singgah solat Maghrib dulu. 


Masjid Sultan

Alhamdulillah selepas selesai solat masih berkesempatan mendengar dan ikut bertakbir raya. Jah rasa amat bersyukur walaupun kena bekerja di hari raya, sekurang-kurangnya Jah sempat dengar takbir raya secara 'live'. Tahun lepas Jah hanya dengar takbir raya di youtube sebab terpaksa beraya di tempat yang jauh dari kemudahan masjid dan sebagainya.


Keluar dari masjid, tanpa segan silu Jah bertanya seorang cewek tu di mana Zam-Zam Beriyani? Dia kata hanya di sebalik masjid ini. Terima kasih adik yang tidak kukenali! Akhirnya Jah jumpa tempat tujuan.


Signage dari arah depan Masjid Sultan; 
Jah masuk dari belakang jadi tak nampak sign ni waktu datang.
  
Berbunga dalam hati bila dah jumpa restoran yang dicari. Yehaa


Kedainya 2 lot dan 2 tingkat. Pelanggan pada waktu itu amat lah ramai. Jah duduk di tingkat atas, semeja dengan pasangan yang tak kukenali again! haha Ini adalah fenomena biasa di Singapura bagi kedai / restoran yang 'hot' memang kedainya yang sentiasa penuh dengan pelanggan. Kalau nak tunggu kosong dan nak dok sorang-sorang memang tidak lah kan. Jawabnya kena 'take away' dan makan di rumah jela.


Jah pesan mutton beriyani & sirap limau.

Mutton Beriyani

Beriyani dihidangkan dengan kuah ini. Kari ayam kot!

Sirap limau

Sambil menunggu makanan sampai, mata dok menjeling dinding kedai dan ada benda ni..




Haha sebelum balik budak tamak ni pun bungkus murtabak daging. Nak saiz S tapi tak ada orang tu bagi saiz apa ntah tapi besar dabak. Saiz L lah kot. 


Sampai bilik solat Isyak dan tidur sebab keesokan harinya kena pi kerja pukul 6 pagi dong! Mujur 5.30 pagi dah masuk waktu Subuh.


Sampai sini dulu cerita malam raya kami. Nanti Jah cerita kisah hari rayaku di Singapura okay.


** Saya bercerita pasal makanan bukan sebab nak tunjuk apa yang saya makan tetapi sekadar rujukan buat sesiapa yang nak jalan-jalan dan makan-makan di Singapore andai kata ampa pergi ke sana sebab saya sendiri akan Google dan baca di blog-blog tentang tempat menarik & makanan best di sesuatu tempat sebelum saya ke sana. Ini dapat menjimatkan masa. Tak kan dah sampai ke tempat tu baru dok uk eh uk eh nak ke mana? nak buat apa? nak makan apa? nak makan di mana? Ye tak?

No comments:

Post a Comment