Pages

Thursday 10 October 2013

Pempek Pak Raden


Hujan-hujan ni sedapnya aih kalau dapat makan keropok lekor panas. Nak pula keropok lekor Terengganu yang banyak ikan. Glupps telan liur Jah dibuatnya.


Di Batam ni tak pernah pulak jumpa keropok lekor. Pempek ada la.. Sama sedap macam keropok lekor cuma bezanya, keropok lekor diperbuat menggunakan ikan dan tepung semata-mata tetapi pempek ada yang kosong (ikan + tepung) dan ada yang dicampurkan telur, bawang dan sebagainya.




Pempek Pak Raden antara restoran pempek yang terkenal di Indonesia bukan sahaja di Batam.




Pempek boleh didapati dalam pelbagai bentuk dan rasa. Di dalam pinggan di atas (bawah paling kiri), yang berwarna kuning tu ialah telur.




Cara nak makan pempek ni, bumbunya dicampurkan dengan hirisan timun. Bumbunya tu ala-ala lada serbuk tapi kawan Jah kata ada campuran udang kering sebab tu la rasanya enak.




Masukkan kuah kicapnya. Kuah kicap ni pedas banget dong. Mesti banyak cabai rawit (cili api) tapi ianya dikisar halus sebab rasa pedas tapi tak kelihatan cilinya.


Tadaa..




Lepas tu masukkan lah pempek mana yang kita nak dan makan...




Nanti kalau ampa mai ke Batam atau mana-mana bahagian di Indonesia ni jangan lupa cuba Pempek Pak Raden tau. Sedap ooo....

No comments:

Post a Comment