Erina aka ucu dah selamat jadi isteri orang dan dah naik pangkat jadi puan. Kami berempat ni dah ibarat adik beradik cuma yang membezakan kami dengan adik-beradik yang lain ialah kami ni adik-beradik lain mak dan lain ayah heee
Kami berkenalan 3 tahun lepas semasa berkursus selama 4 minggu di Genting Highlands. Ditakdirkan menjadi roomate, hubungan kami jadi akrab macam dah lama kenal. Itulah yang dinamakan ukhuwah fillah (ukhuwah kerana Allah).
Jah kongsikan detik-detik bahagia Erina & Aiman di majlis resepsi mereka yang berlangsung di Dewan Merak Kayangan, Balai Felda Kuala Lumpur.
Menanti kedatangan pengantin..
Pertama kali nak merenjis, kecut perut Jah aih.. Setelah berbincang alang (Zana) sukerala jadi orang pertama, angah (Natasha) kedua dan kaklong yang terakhir. Kami ni rakan sebaya, gelaran along, angah, alang dan ucu diberikan mengikut turutan bulan kelahiran heee.
Tiga dara pingitan ;-)
Beratur ikut ketinggian...
Sebelah Zana ni suami dia Saifudin. Depa ni pengantin baru awal tahun ritu tapi CikJah tak dapat nak attend their big day. I'm so sorry my dear alang Zana...
Terima kasih Erina & Aiman atas jemputan. Moga kalian bahagia menjalani suka duka berumahtangga dan moga berbahagia sampai ke syurga...
No comments:
Post a Comment