Pages

Saturday 31 August 2013

Coastal Area Tanjung Balai Karimun

Dah seminggu tugasan Jah di Karimun selesai tapi hanya sempat update ceriteranya setelah meninggalkan pulau tersebut gara-gara internet yang slow macam siput sedut huhu.


Bila bertanya pada orang tempatan apa tempat menarik di sini pak / mbak? Ada yang jawab Pantai Pongkar atau Pantai Palawan. Tapi tidak kurang juga yang menjawab gak ada apa-apa yang menarik di sini mbak (dalam hati Jah; eh ye ek tak ada apa yang menarik di sini??).


Mendengar kawan kami bercerita tentang "Coastal Area", nak juga CikJah tahu macam mana rupa tempat tu dan apa yang ada di sana? Suatu hari balik kerja Jah naik beca ke sana. Kami cuma punya 3 pilihan sama ada untuk menaiki becak (beca), ojek (teksi motosikal) dan angkotan (prebet sapu). Jadi Jah pilih untuk naik beca :)




Tips kalau ampa menginap di hotel, jangan la keluar pintu hotel ampa terus propose pakcik beca yang di depan tangga hotel tu kan. Kaw kaw la ampa kena bayar tambang becak (yela pelancong kan banyak uang) haha. Sekadar pendapat peribadi CikJah la. Apa pun terserah pada tuan punya badan la. Ada yang berpendapat apa sangat la kalau bayar extra RM10-20; tak susut pun duit dalam dompet.


CikJah biasanya akan berjalan beberapa meter untuk propose pakcik becak yang dok menunggu penumpang di depan ruko (kedai).  Bila Jah dekati seorang pakcik becak tu...


CikJah : Berapa pak kalau mau ke coastal area sekali jalan (one way)? 

Pakcik becak : Berapa kamu mau kasi? 

(dalam hati Jah; eh pakcik ni aku tanya dia, dia tanya kita balik??)


CikJah : Terserah pakcik la.

Pakcik becak:  15000 (idr).

CikJah : Ok la pak.



Masa tu matawang rupiah belum jatuh. Sejak USD naik last week, rupiah jatuh teruk; almost idr 11000 untuk USD1. Akhbar tempatan (Indonesia) melaporkan ia adalah kejatuhan rupiah paling teruk sepanjang 4 tahun.


Jom layan foto-foto yang CikJah ambil dalam perjalanan naik beca.










Kepri ialah singkatan bagi Kepulauan Riau.

Pelbagai jenis beca "kayuh sendiri" boleh disewa di Coastal Area.

Nongkrong (melepak) sambil menghirup udara segar di waktu senja.

Beca dikayuh sampai la nampak bangunan seperti dalam gambar di bawah, pakcik beca tanya Jah mau U-turn (Jah dah tak ingat istilah yang digunakan untuk U-turn) di sini pa mau ke depan lagi? Kerana kasihankan pakcik beca; lagipun hari dah nak maghrib kami suruh pakcik tu U-turn jela.




Di dataran Coastal Area ni selain ada penjaja / gerai-gerai yang menjual pelbagai jenis makanan dan minuman, terdapat aktiviti riadah di mana ayah dan bonda meluangkan masa bersama anak-anak.











Pilih saja mana yang berkenan, semuanya untuk disewa. Ada motor, kereta, scooter dan macam-macam lagi. Bukan sahaja ada satu tempat / perkhidmatan menyewa malah banyak!






Anak-anak yang tak mahu main kereta , motor atau scooter boleh la pilih permainan lain; yang penting mak ayah sudi nak bayar hee.





Mak setia tunggu anak pancing ikan.


Dalam banyak-banyak benda, Jah suka tengok beca kecil macam adik ni naik :)








Apa lagi, Jah pun pi la sewa satu :) IDR10000 untuk 30 minit. Sebenarnya kami nak snap gambar beca comel ni secara jelas ja bukannya cek nak kayuh sangat haha. Yela kan tak kan dok curi-curi ambil gambar anak orang je kan; mau mak ayah dia ketuk kepala kami :(





Puas hati Jah haha.. Beca comel ni membantu Jah sampai dari hujung ke hujung dengan pantas hehe. Lambat la peluh meleleh ;)



Ada macam-macam corak atau deco beca tapi yang kami berkenan pancit pulak tayarnya. Jadi kami yang baik hati ni ambil jela mana yang ada.





Pesanan penaja...

Lingkungan = Alam sekitar;
Nongkrong = Melepak.


Kami tak berapa berkenan kalau orang si penjual makanan merokok sewaktu menyediakan juadah; mujur otak-otak terbalut rapi ja.

Otak-otak IDR500 



Kami dok sibuk snap foto otak-otak dibakar; adik penjual dok kata masuk facebook kak! Amboi aii ko mat! Nak famous aja!


Tengah tunggu otak-otak teringin jagung bakar pulak.

Jah suka kipas dia yang diperbuat daripada daun mengkuang.


Sambil menunggu jagung dibakar, Jah terfikir eh macam mana nak makan kalau tak beli air? Kang tercekik ko Jah! Kebetulan sebelah gerai jagung ialah gerai menjual Cappucino Cincau.






Meriah betul gerai jus sebelah gerai Cappucino Cincau ni.. Permisi yang bang, saya numpang ngambil fotonya :)


                 


Hasil belian CikJah pada hari kejadian...


Otak-otak dia comel je sebesar ibu jari Jah sesuai dengan harganya IDR500 atau RM0.15 satu. Murah banget!





Otak-otak yang tak sedap (amat amat amat jarang CikJah merungut bab makanan) :( 
Kami makan satu ingatkan tekak kami ni haa yang bermasalah atau mungkin 1 pc tu ja yang tak ok. Ngap yang kedua; sama saja rasanya. hmm Tak leh jadi, memang geleng kepala kami waktu tu. Mohon ampun dengan Allah, kami tak sengaja nak bazirkan rezekiNya tapi memang tak ada rezeki kami untuk makan otak-otak Tg.Balai.
           

                           


Jagung ni memang fresh. Alhamdulillah rupanya ini rezeki Jah untuk hari tersebut. Dah tak ingat harganya. Dalam RM2 kot setongkol.




Begitu juga dengan Cappucino Cincau yang memang kaw dan sedap. Kami minum atas beca dalam perjalanan pulang.


Semuanya kami beli serba dua; satu untuk kami dan 1 lagi untuk pakcik becak. Kami tanya pakcik nak terus minum ke? Pakcik beca tak mau minum lagi so kami ikat dulu di becak dia, pakcik boleh makan / minum nanti.


Lupa nak bagitau waktu sampai ja di Coastal area ni, pakcik becak ada tanya nak balik macam mana nanti? Padahal Jah memang berniat nak suruh pakcik becak tunggu sebab alang-alang dia dah kayuh sehala tak kan nak balik kosong je kan. Kesian la walaupun tempat ni dekat sangat. Jah rasa paling jauh pun 1km.
  

Setakat ini dulu ceritera Karimun kita. Tugasan Jah untuk kali ini pun dah selesai. Tugasan seterusnya di pulau ni inshaAllah Disember 2013 dan April 2014. Setiap tempat yang saya pergi adalah "sekolah" buatku dan setiap orang yang Jah jumpa adalah "guruku". Sehingga bertemu lagi :)


6 comments:

  1. Jauh berjalan, luas pengalaman.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks akak.. saya masih belajar budaya jiran senusantara.

      Delete
  2. Seronok boleh baca tentang karimun dari sudut pandang(perspektif) orang malaysia. Salam kenal dari batam! :)

    ReplyDelete