Pages

Wednesday, 31 July 2013

Hutang & Pisau






"Berhutang ibarat bermain pisau..
Tersalah hunus diri sendiri tercedera..
Tapi kalau bijak menguruskannya,
pasti seperti chef dan pisaunya.."


*Jangan jadikan raya sebagai alasan untuk kita menambahkan hutang yang ada.


Sunday, 28 July 2013

Buku 1 - Paket Menu Praktis untuk Sehari-hari

Hari tu waktu kami ke Gramedia, kami ada tunjuk buku-buku masakan yang kami dah beli kan DI SINI dan kami ada janji nak cerita secara detail. Hari ni Jah akan tunaikan my janji tapi 1 per 1 ok :)


Kita mulakan dengan buku 1 : Paket Menu Praktis untuk Sehari-hari






Kenapa CikJah pilih buku ini?

Kami rasa buku ni amat sesuai untuk para isteri / ibu bekerjaya. Yela tak payah susah-susah nak fikirkan menu untuk di "match"kan untuk hidangan lunch / dinner. Main selak-selak dan sesuaikan dengan bahan-bahan mentah yang ada di fridge and freezer dah boleh masak. 


Tapi suri rumah sepenuh masa pun boleh la refer buku ni. heee (kami kata sesuai untuk yang bekerja sebab biasanya Jah tengok akak-akak office dulu merungut penat balik kerja nak fikir pulak nak masak apa?).


Halaman Pertama


Yela dah ada orang tolong fikirkan dan matchkan untuk kita kan senang. Tapi mungkin ada paket-paket yang kita kurang berkenan atau tak kena dengan selera kita, boleh la ditukarkan sendiri. Itu la faktor utama Jah berkenan ke buku ni.


Paket-paket Tersedia



Paket lagi...


Kedua, ada 90 menu (30 paket x 3 menu) dalam 1 buku hanya pada harga IDR22500 (RM7). Memang berbaloi-baloi la kan.


Contoh paket-paket yang ada...


Terliur dibuatnya walaupun hanya menu ringkas & mudah


Kertas berkualiti & gambar yang 'colourful'


Cah kangkung tu maksudnya kangkung goreng / tumis kangkung manakala bakwan udang ialah cucur udang hehe.


Moga lepas ni Jah boleh buka Indonesian Cafe di rumah; jamu ahli keluarga. hee
Tapi sebelum tu ingat nak kasi adik Jah yang tengah cuti semester di kampung masak dulu untuk jamu makayah tersayang :)


Saturday, 27 July 2013

Stokin Raya

CikJah bukan nak story pasal stokin kami tau tapi pasal stokin yang Jah beli untuk kerusi-kerusi mak saya.. heee


Kami beli di Daiso waktu pi Singapore ritu. $2 untuk 4 pcs / 1 kerusi. Harap mak kami boleh la ganti-ganti dengan stokin lama yang kami belikan dulu DI SINI :)




Tujuan asal ianya dibeli bukanlah sempena raya pun (niat asal nak bagi mak ada stokin gantian bila mak basuh stokin sedia ada). Kebetulan pulak dah nak raya kan jadi suka-suka Jah jela panggil stokin raya.


Comel tak? hehe

Monday, 22 July 2013

Ramadhan Buffet

Dah masuk hari ke 13 kita di bulan Ramadhan. Masa minggu pertama puasa adik-adik cafe asyik dok ajak Jah berbuka di Cafe; depa ada serve Ramadhan Buffet. Jah bukannya tak sudi tapi balik kerja sampai ja dah 5.15-5.20pm. Nak solat asar, nak mandi tup2 dah pukul 6. Di Batam ni maghrib jam 6.18pm. Memang tak dan la kan. Jadi, sepanjang weekdays Jah prefer untuk berbuka sesimple mungkin; sepinggan nasi goreng / mee goreng sudah memadai berserta 3 biji kurma dan segelas air.


Kalau di Kuala Lumpur, kita akan dicaj RM50++ bagi kebanyakan buffet Ramadhan malah RM100++ bagi buffet Ramadhan di hotel bertaraf 5 bintang. Di Batam ni, buffet Ramadhan di Hotel 4 bintang hanya berharga RM24++ :) 


CikJah berani jamin kalau ini la harga buffet Ramadhan di KL atau di Malaysia, pasti berkurang la pengunjung bazar Ramadhan. hehe


Di kesempatan cuti hujung, Jah pun buat pertama kalinya menjejakkan kaki ke buffet Ramadhan di Batam ni. Jom tengok apa yang ada di sana.


Tajil

Mai kita zoom 1 persatu..

Kacang


Singkong / pucuk ubi kayu


Salad


Wortel / Carrot


Macam nenas ;)

Meh kita jengah kaunter lalapan (ulaman) pulak..


Tomat / Tomato

                                     
Timun




Kobis celur



Terung



Kacang Panjang

Aneka sambal..






Sambal Kicap


Sambal Teri + Cabei Ijo (Sambal Bilis + Cili Hijau)

                             
                            














Sambal-sambal yang CikJah tak letak label tu sebab cek tak tau namanya hehe. Tak sempat nak usha semuanya ;)


Bagi pengetahuan ampa, satu pun dari makanan yang tertera di atas Jah tak makan. Jah hanya makan main dishes dia; nasi putih + rendang daging + telur dadar + gulai nangka. 


Ada beberapa lagi lauk untuk main dishes tapi Jah tak ambik pun. Pecah la perut achik kalau nak makan semua tu (ayat anak buah kami masa umur 3/4 tahun).


Adik Susan asyik dok pelawa Jah. "Kak, try la tekwan!"

Jah: Nanti lah ya..

Dah berulang kali ajak. Jah pun ambik la tekwan; sejenis sup menu dari Palembang.




Tekwan


Bahan-bahannya ialah...





Ada tomato, daun sup, daun bawang, isi ikan, cendawan & bunga harum malam. Jah tau ramai tak kenal bunga ni kan!



Bunga Harum Malam


Dengar nama pun dah takut! haha Tapi itu yang Susan gitau Jah la. Susan Chef manis yang kerja di sana. Ampa pernah beli fucuk kering kan? Biasanya dalam pek fucuk tu ada fucuk, kulat ke cendawan ntah then ada benda ni tapi yang tu dah kering, yang ni masih fresh (tak tau la kalau ni yang dijerukkan ke apa). Rasanya masin tapi masin dia lain macam. Memang tak dapat tekak ni nak telan habis. haha yang lain Jah habiskan kecuali bunga ni :(


Sekian perkongsian menu berbuka puasa dari Pulau Batam.

Self Reward

Ampa pernah bagi ganjaran untuk diri sendiri tak? CikJah selalu bagi ganjaran untuk diri sendiri tak lain tak bukan sebagai motivasi.


Jangan fikir pakar motivasi je boleh bagi semangat untuk kita tau. Bagi Jah diri sendiri adalah sebaik-baik dan sebenar-benar sumber motivasi. Segala kesukaran / kesusahan yang kita lalui boleh buat kita bangun memperbaiki diri manakala segala nikmat yang kita kecapi buat kita bersyukur dan terus berdiri. Sebab tu lumrah hidup ada senang & susah. Tak kira lah siapa pun kita.


Nak reward diri tak semesti sesuatu yang mahal atau besar. Walaupun hanya Snack Plate KFC. Ingat lagi kenangan dulu-dulu balik kerja singgah KFC tapau snack plate. hehe


Ada kenangan pilu tau di KFC Port Klang. Jah nak tapau kfc, ada seorang ibu muda (Jah ingat dalam 30an umur dia) dia siap pesan kat 2 orang anak dia (yang dia bawak time tula atau mungkin anak dia cuma 2 orang tu). "Nanti dah beli kfc, share dengan kakak tau!" Amat tersentuh naluri Jah waktu tu. Jah membayangkan si ibu tak punya banyak wang tetapi memandangkan itu kemahuan si anak kecil, seorang ibu turuti jugak.


Insiden tu buat Jah rasa amat bersyukur. Yela time tu Jah pun dah tak banyak duit, ngam-ngam menunggu hari gaji di bayar ja (kejadian tu berlaku di pertengahan bulan di mana kebanyakkan orang yang makan gaji dah kesempitan wang). Jah la tu antaranya :( 


Yela sekurang-kurangnya walaupun duit Jah dah lip lap-lip lap, Jah boleh gak beli KFC (gara-gara teringin sangat) tapi bayangkan kalau si ibu atau bapa yang punya anak kecil yang perlukan susu, diapers dan lain-lain. Walaupun kadang-kadang kita rasa susah namun masih ada insan di luar sana yang nasibnya jauh lebih buruk dari kita. Selalu lah ucapkan alhamdulillah atas segala nikmat.


Bercakap mengenai self-reward, Mac lepas CikJah dah kerja 31 hari tanpa off. Dengar macam penat kan? Memang penat pun! Masuk ja April rasa nak relai tulang belakang kami sobsob :( Bukan nak merungut, sekadar mengadu. Yela kami pun manusia biasa bukannya tulang besi pun kan. Tetapi sekarang Julai pun dah nak sampai penghujung bulan jadi segala penat yang dulu dah hilang dan kami dah okay :)


Pi Singapore minggu lepas sempat la kami hadiahkan jam tangan untuk diri sendiri :)




Moga Jah menjadi orang yang bersungguh-sungguh dalam setiap usaha yang dilakukan. Chayok2!


Sunday, 21 July 2013

Kifarah Dosa

Pasaipa pulak ni?


Ampa pernah dengar tak sakit itu kifarah dosa. CikJah baru selesai urusan kerja di Singapore. 3 malam kami di sana. Balik ja Batam sweet Batam kami demam. Macam mana la cek nak pi kerja esok ni? Kami suka gak kalau tak yah pi kerja (bukan sebab nak cuti free / MC sebab kami dibayar berdasarkan jumlah hari kami bekerja) tapi sebab nak rehatkan badan. Tapi malasnya aii nak berjawab dengan bos kami yang banyak soal tu (macam pegawai penjara hehe).



Get well soon Jah!


Mat saleh punya style tak dak istilah MC atau emergency leave dalam kamus kerjaya depa! Ampa tak percaya? Dah 2 tahun CikJah perhatikan depa-depa ni. Depa willing to work 364 days for normal year and 365 days bagi tahum lompat. Depa sanggup cuti sehari ja iaitu pada Hari Natal / Krismas. Semangat depa ni orang Malaysia kena ambil especially orang Melayu yang kebanyakannya  mudah layu. Kami tau ramai jugak Melayu yang rajin dan bertukus-lumus di luar sana namun sifat "manja" dan sering dimanjakan terlalu sebati dalam diri orang kita (termasuklah Jah).



Eh membebel pulak. Kata tak sihat! Sakit tak semestinya terbaring je kan. Demam je kot! bukannya terlantar sakit yang tak boleh bangun. Jah dah tak leh nak tidoq. Tadi sepetang kami dah dibuai mimpi.


Nasi dah makan, jap gi makan panadol dah boleh tidoq :)


Bekalan Panadol mesti ada bagi sapa yang tinggal di pedalaman macam kami.


Moga kami boleh bangun seperti sediakala esok. Doakan Jah tau & terima kasih! :)



Friday, 19 July 2013

Singapore Swing & Jumping Buggy

Siapa kat sini yang pernah naik swing or jumping buggy? CikJah rasa hanya sesiapa yang berani naik roller coaster baru layak untuk naik swing buggy dan yang seangkatan dengannya.


Di Singapore ada G-Max & GX5. Dua-dua ni kategori extreme games. Kalau ada sakit jantung jangan la naik. 


First time kami naik G-Max kira-kira 3 bulan lepas. Masa tu kami ada task di Singapore. Kebetulan my superior yang di Bandar Lampung balik bercuti di rumah dia di Singapore. So dia nak belanja Jah dan kawan-kawan. Dia tanya kami mana tempat yang ampa dah pi di Singapore ni? Jah jawab semua! Padahal apa ja yang dah pi. Tak tau macam mana jawapan tu boleh terpancul keluar dari mulut ni tiba-tiba. huhu


Dia kata name it! So Jah pun senaraikan la mana tempat yang kami pernah pi; USSSingapore FlyerEast Coast Seafood dan seangkatan dengannya. Apa je kan tempat yang kami pernah pi? huhu Yela siang ada urusan kerja. Malam kalau masih bertenaga jela kami jalan.


Dia tanya kami pernah naik swing or jumping buggy tak di Clarke Quay? Jawapannya udah tentu la belum pernah. haha Dia kata jom!


Di sana ada 2 pilihan iaitu G-Max (jumping buggy) & GX5 (swing buggy). Kami pilih jumping buggy.


Depa naik dulu; kami ikut belakang :)

Mula-mula naik depa boleh senyum dan gelak tawa gi. haha G-Max buggy ni untuk 3 pax. Kami 4 orang jadi naik 2-2 orang la.



Bila dah kena hayun

Bayangkan kena lambung setinggi 60 meter dengan kelajuan 200km/j. Memang nak tercabut jantung Jah. Dah tu bukan setakat kena lambung ja, buggy tu terpusing 360 degree macam bola. haha Ada berani?


Lepas turun tu boleh la tengok video kita. Muka sememeh jangan cakap la. Nak beli video sendiri pun tak sanggup; pertama sebab hodoh. Kedua sebab mahal wahahaha.



Kalau naik salah 1 (G-Max/GX5) kosnya SGD45 kalau naik combo dua-dua sekali ada promo SGD69.. Sanggup ka nak naik 2-2 sekali? haha.


Kata orang kalau dah rezeki tak ke mana.. Beberapa hari selepas kami naik G-Max, kami ada staff dinner tak jauh dari Clarke Quay. Kali ni boss kami pulak offer nak naik tak benda alah ni? Kami kata dah naik salah satu so boss kami offer naik yang satu lagi.


Semua tak mau naik kecuali CikJah & Yah. Teruk sungguh la budak 2 orang ni. hihi
GX5 ni buggy dia leh muat 5 orang tapi yang naik 3 orang ja.. CikJah, Yah & boss.. Pakcik-pakcik & abang-abang macho semua tak mau naik la. Geleng-geleng kepala. haha


GX5 ni swing or reverse  buggy. Kiranya buggy di tarik ke atas (dari arah belakang) sampai la ketinggian 50 meter. Waktu dok di puncak tu badan kita tergantung; muka kita facing the ground. Sama-sama kita bayangkan okay.. masa tu Jah rasa steady lagi. haha


Bila dah ready, orang yang di tengah kena press button to start. huhu Boss yang tekan. Bayangkan kalau kami 2 orang yang kena tekan, sure sampai esok pagi pun tak tertekan. haha


Once bergerak ja buggy tu Jah dapat rasakan apa yang orang nak bunuh diri terjun bangunan tu rasa. Bertekad & berserah haha giler lah. Jantung masa tu rasanya bukan di dalam dada gi dah. GX5 buggy ni bergerak pada kelajuan 120km/j :)


Yang ni memang takdak foto. Sekadar ingatan di memori kami. Agak-agak kalau suruh naik lagi kami berani tak? haha tengah menaip ni pun meremang bulu roma Jah!



Bagi yang nak mencuba.. Silakan! :)

Tuesday, 16 July 2013

Minggu yang Sepi

Lebih seminggu CikJah berdiam diri, bukan merajuk.. bukan juga sibuk.. tapi tak tahu la kenapa.. sebab tak da mood menaip kot.


Selasa lepas Jah pi meeting di Pulau Karimun. Pulau Karimun ni terletak tak jauh dari Johor Bharu. Tak sampai sejam dengan feri kalau dari Johor Bharu. Tapi CikJah pi dari Batam.


Pi meeting beberapa minit ja tapi perjalanannya.. mak aiii.... 20 minit dengan kereta dari office kami di Waterfront City ke Ferry Terminal Sekupang. Then naik feri Dumai Express 1 jam 15 minit perjalanan ke jetty Tanjung Balai, Karimun. Dari terminal feri meneruskan perjalanan 25 minit dengan kereta ke tempat meeting. Jauh kan? Ini la nasib kami yang hidup di pedalaman. Kena sentiasa refresh mental & fizikal untuk kekal kuat.


Dumai Express yang bawa kami ke Karimun

CikJah tak berniat dan tak berminat untuk cerita tentang Karimun pada entry ini, kita simpan nanti ya ;-) InshaAllah 1st week of August CikJah ada assignment sebulan di sana. All the best untuk Jah :)


Hari ni kita bercerita yang 'happy' sahaja ok..


Weekend baru ni CikJah libur (cuti) but I have nothing to be done or nothing in my list. Sabtu kami sekadar tergolek-golek ja di katil; mendalami perasaan bedridden gitu. haha
Menyesal dan rugi sehari!


Pagi Ahad seusai solat subuh, kami berkata pada diri sendiri I must do something today; at least pi town memerhati pe'el orang sekeliling pun jadi la. Yela at least sambil lihat kami berfikir.. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.. tak ke gitu?


Kami decided untuk pi BCS (Batam City Squre). Pi sorang diri. Naik shuttle bus. Perjalanan mengambil masa 40-45 minit. Kami ada masa 3 jam untuk buat apa yang kami suka sebelum pick up time.


Jom tengok hasil yang kami dapat 2.5 jam di BCS (30 min lagi kami dok lepak di bus stop sambil lihat angkutan kota & gelagat para penumpang hehe)... actually kami sengaja tunggu lebih awal sebab takut terlepas bas. hehe


Buku oh buku... 
Sejam kami di Gramedia (kedai buku) sambil membelek-belek buku masakan. Akhirnya bawa balik 4 buah seperti dalam gambar.. Nanti Jah buat entry khas pasal buku-buku masakan ni ok. Malam ni tak dak mood sebab blouse kami telah dirosakkan atas kecuaian pihak dobi :(





Kami nampak kedai pakaian muslimah tetapi tak dak sehelai pun baju yang kami berkenan sebab fesyen di sini semuanya kweng kweng kweng. Dalam tak berkenan tetiba mata kami terpandang sudut tudung bawal. Kami memang pencinta tudung bawal sebab dia mampu buat kami kelihatan mudah 10 tahun gitu hehe perasan hang Jah. 


Kami nak beli tudung bawal tu sebab bila kami tanya harganya, kami rasa amat murah. Apa lagi kami pun gunakan kepakaran kami berbahasa Indonesia. Dapat lagi lagi la murah. Buat kami tersenyum lebar. Kami beli 6 helai. Tak tau nak bagi kat sapa huhu (actually bukan kami nak sangat pun!) aduh! ini la kelemahan kami.


Kelabu ~ Hijau ~ Jingga ~ Oren ~ Pink ~ Biru
Betul kot warna-warna yang kami desribe di atas. Kami ni ala-ala rabun warna sikit. hehe Lagipun snap gambar pun dalam kegelapan malam.

Cutie & Lubie
Sapa pulak Cuti & Lubie ni? CikJah ni pantang jugak tengok benda cantik. My ex-schoolmate yang sorang ni nama dia Fitrah. Dia ni pencinta katak. So Jah berniat nak beli sesuatu sourvenir berasaskan katak untuk dia.

Maka Jah pun beli la si katak lompat ni..

Si Lubie

Jah whatsapp Fitrah gambar katak dia. Then dia tanya Jah nak buh nama apa? Jah pun tak tau. Last2 Fitrah yang kasi dia nama Lubie :) Buat sementara waktu Jah akan babysit Lubie sampai la Jah jumpa mama Fitrah. Kali terakhir jumpa Fitrah ialah tahun 2000. Ampa kira sendiri la dah berapa lama kami terpisah selepas Jah pindah sekolah.


Si comel Jah pula diberi nama Cutie.. buat teman sembang dan jadi pendengar leteran Jah.

Hai! Saya kawan Jah! Nama saya Cutie :)


Saya tunggu Jah balik kerja


Setiap hari Jah akan bercerita sampai saya tertidur.
Eh silap, saya yang bercerita sampai Jah tertidoq heee

Sekian untuk malam ini. Jah nak kemas beg. Esok nak bawa diri ke Singapore. hee


Monday, 8 July 2013

Selamat Tinggal Bandar Lampung

Apa khabar semua? Jah alhamdulillah sihat-sihat aja. 
Dah sarapan? ke ampa semua puasa? Siapa yang belum habis ganti puasa, ampa tinggal 2 hari je lagi :)


Seharusnya kita ucap selamat tinggal Syaaban tapi tajuk entry CikJah Selamat Tinggal Bandar Lampung.. kenapa ya?


Ampa mesti pening kan? kejap Jah cerita Jah di Bandar Lampung, di entry yang lain pula di Batam. Mana satu yang betul ni? Sebelum ni Jah based in Bandar Lampung tapi sekarang dah ditukarkan ke Pulau Batam. Lebih dekat nak balik kampung. Ada Firefly Batam-Subang atau Jah boleh naik feri ke Singapore then ambil flight Singapore-Penang. 


Ritu lepas dapat balik kampung belikan mak ayah baju raya, Jah dah leh fokus urusan kerja dan Ramadhan di sini. Hal raya lupakan dulu; masih terlalu awal untuk difikirkan. Tapi sebelum fokus kerja dan terlupa, cek tempah siap-siap biskut raya untuk mak ayah. Siap pesan ke tauke biskut raya, kalau Jah tak dapat cuti raya, please deliver to my sister. Dia akan bawa balik kampung ;-)


Berbalik kepada bab Bandar Lampung, betul kata orang bila dah hilang / tak de sesuatu tu baru kita nak hargainya (bukan bermakna waktu bersamanya kita tak hargainya) :(


Walaupun my  boss sokmo kata Lampung is Kempung (kampung-lidah mat saleh) tapi Jah ok je hidup di sana. Yah pulak asyik call je pesan itu ini sebab hari-hari superior dia kata Lampung is not safe for expatriate macam CikJah. Dorang punya asobiah masih kuat (Jah tak tau sejauh mana kebenarannya). Alhamdulillah selama di sana Allah memelihara diri ini. Mungkin sebab cek dah pandai ngomong local language. hehe


Banyak kenangan yang ditinggalkan di sana. Paling Jah suka lautnya yang menenangkan. Jom layan foto-foto terakhir di sana..


Aktiviti nelayan di waktu petang



Jah suka sangat snap gambar awan. Tak tau la kenapa? mungkin sebab terlalu indah di pandang.. Ni gambar awan sebelum hujan di petang hari.


Langit terbentang luas

Dulu Jah pernah share pasal Indahnya langit ciptaan Ilahi. Subhanallah!


Antara kenangan-kenangan di Bandar Lampung yang pernah Jah kongsikan dulu;

6) Kenangan berspa di Sheraton walaupun tak kondisi spa dia tak se"best" Tea Trea Spa ;-)


Sunday, 7 July 2013

Pisang Molen

Walaupun pada awal penghijrahan CikJah ke Indonesia dulu, hati kecil dan jiwa ini agak tertekan untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Walaupun kita senusantara namun perbedaannya pasti ada.


Apatah lagi untuk hidup di tempat yang serba kekurangan. Walaupun Jah anak kampung tapi kampung saya ada segala-galanya (keperluan).. 7 minit ke pejabat pos, 5 minit ke balai bomba, 10 minit ke balai polis. Pendek kata segalanya gampang (mudah)!


Minda ini sentiasa ku didik untuk positif terhadap apa yang dilalui. Katakan boleh untuk segala yang baik.


Ternyata masih banyak perbezaan yang mengembirakan; makanan, kelainan budaya dan sebagainya. Paling Jah suka kepelbagaian suku kaum /keturunan dan makanan yang mereka miliki.


Salah satu makanan istimewa ialah Pisang Molen.  




Pisang Molen ni adalah potongan / hirisan pisang yang dicelup tepung dan digoreng. Tepung yang menyaluti pisang molen bukan macam goreng pisang biasa di Malaysia tu tapi macam kulit karipap sardin; lembut, rangup dan sedap.


Pisang Molen

Gerai Pisang Molen yang sedap di Batam ni terletak di Pasar Fanindo. Dia jual di troli / beca macam sesetengah gerai pisang goreng di Malaysia juga. 1 kotak (lebih besar sedikit dari saiz kotak burger kfc/mcD) dijual dengan harga idr5000 (rm1.50++). Murah kan :)


Hari tu pi nak beli pisang Molen kebetulan dia ada jualan baru iaitu onde-onde mini. Saiznya sebesar guli. Comel kan? :) Senang nak makan. Onde-onde mini pun sama harga dengan pisang Molen. Dalam hati Jah berkata rajinnya aii sapa yang dok buat onde-onde mini (orang pemalas macam Jah je terfikir macam tu kan..huhu).


Onde-onde Mini


Punya la tak menyabar nak makan, dalam kereta juga Jah meriba onde-onde dan pisang molen sambil ngap! Memang tak senonoh. Ampa jangan tiru tau!