Pages

Monday 22 July 2013

Self Reward

Ampa pernah bagi ganjaran untuk diri sendiri tak? CikJah selalu bagi ganjaran untuk diri sendiri tak lain tak bukan sebagai motivasi.


Jangan fikir pakar motivasi je boleh bagi semangat untuk kita tau. Bagi Jah diri sendiri adalah sebaik-baik dan sebenar-benar sumber motivasi. Segala kesukaran / kesusahan yang kita lalui boleh buat kita bangun memperbaiki diri manakala segala nikmat yang kita kecapi buat kita bersyukur dan terus berdiri. Sebab tu lumrah hidup ada senang & susah. Tak kira lah siapa pun kita.


Nak reward diri tak semesti sesuatu yang mahal atau besar. Walaupun hanya Snack Plate KFC. Ingat lagi kenangan dulu-dulu balik kerja singgah KFC tapau snack plate. hehe


Ada kenangan pilu tau di KFC Port Klang. Jah nak tapau kfc, ada seorang ibu muda (Jah ingat dalam 30an umur dia) dia siap pesan kat 2 orang anak dia (yang dia bawak time tula atau mungkin anak dia cuma 2 orang tu). "Nanti dah beli kfc, share dengan kakak tau!" Amat tersentuh naluri Jah waktu tu. Jah membayangkan si ibu tak punya banyak wang tetapi memandangkan itu kemahuan si anak kecil, seorang ibu turuti jugak.


Insiden tu buat Jah rasa amat bersyukur. Yela time tu Jah pun dah tak banyak duit, ngam-ngam menunggu hari gaji di bayar ja (kejadian tu berlaku di pertengahan bulan di mana kebanyakkan orang yang makan gaji dah kesempitan wang). Jah la tu antaranya :( 


Yela sekurang-kurangnya walaupun duit Jah dah lip lap-lip lap, Jah boleh gak beli KFC (gara-gara teringin sangat) tapi bayangkan kalau si ibu atau bapa yang punya anak kecil yang perlukan susu, diapers dan lain-lain. Walaupun kadang-kadang kita rasa susah namun masih ada insan di luar sana yang nasibnya jauh lebih buruk dari kita. Selalu lah ucapkan alhamdulillah atas segala nikmat.


Bercakap mengenai self-reward, Mac lepas CikJah dah kerja 31 hari tanpa off. Dengar macam penat kan? Memang penat pun! Masuk ja April rasa nak relai tulang belakang kami sobsob :( Bukan nak merungut, sekadar mengadu. Yela kami pun manusia biasa bukannya tulang besi pun kan. Tetapi sekarang Julai pun dah nak sampai penghujung bulan jadi segala penat yang dulu dah hilang dan kami dah okay :)


Pi Singapore minggu lepas sempat la kami hadiahkan jam tangan untuk diri sendiri :)




Moga Jah menjadi orang yang bersungguh-sungguh dalam setiap usaha yang dilakukan. Chayok2!


No comments:

Post a Comment