Pages

Friday 19 July 2013

Singapore Swing & Jumping Buggy

Siapa kat sini yang pernah naik swing or jumping buggy? CikJah rasa hanya sesiapa yang berani naik roller coaster baru layak untuk naik swing buggy dan yang seangkatan dengannya.


Di Singapore ada G-Max & GX5. Dua-dua ni kategori extreme games. Kalau ada sakit jantung jangan la naik. 


First time kami naik G-Max kira-kira 3 bulan lepas. Masa tu kami ada task di Singapore. Kebetulan my superior yang di Bandar Lampung balik bercuti di rumah dia di Singapore. So dia nak belanja Jah dan kawan-kawan. Dia tanya kami mana tempat yang ampa dah pi di Singapore ni? Jah jawab semua! Padahal apa ja yang dah pi. Tak tau macam mana jawapan tu boleh terpancul keluar dari mulut ni tiba-tiba. huhu


Dia kata name it! So Jah pun senaraikan la mana tempat yang kami pernah pi; USSSingapore FlyerEast Coast Seafood dan seangkatan dengannya. Apa je kan tempat yang kami pernah pi? huhu Yela siang ada urusan kerja. Malam kalau masih bertenaga jela kami jalan.


Dia tanya kami pernah naik swing or jumping buggy tak di Clarke Quay? Jawapannya udah tentu la belum pernah. haha Dia kata jom!


Di sana ada 2 pilihan iaitu G-Max (jumping buggy) & GX5 (swing buggy). Kami pilih jumping buggy.


Depa naik dulu; kami ikut belakang :)

Mula-mula naik depa boleh senyum dan gelak tawa gi. haha G-Max buggy ni untuk 3 pax. Kami 4 orang jadi naik 2-2 orang la.



Bila dah kena hayun

Bayangkan kena lambung setinggi 60 meter dengan kelajuan 200km/j. Memang nak tercabut jantung Jah. Dah tu bukan setakat kena lambung ja, buggy tu terpusing 360 degree macam bola. haha Ada berani?


Lepas turun tu boleh la tengok video kita. Muka sememeh jangan cakap la. Nak beli video sendiri pun tak sanggup; pertama sebab hodoh. Kedua sebab mahal wahahaha.



Kalau naik salah 1 (G-Max/GX5) kosnya SGD45 kalau naik combo dua-dua sekali ada promo SGD69.. Sanggup ka nak naik 2-2 sekali? haha.


Kata orang kalau dah rezeki tak ke mana.. Beberapa hari selepas kami naik G-Max, kami ada staff dinner tak jauh dari Clarke Quay. Kali ni boss kami pulak offer nak naik tak benda alah ni? Kami kata dah naik salah satu so boss kami offer naik yang satu lagi.


Semua tak mau naik kecuali CikJah & Yah. Teruk sungguh la budak 2 orang ni. hihi
GX5 ni buggy dia leh muat 5 orang tapi yang naik 3 orang ja.. CikJah, Yah & boss.. Pakcik-pakcik & abang-abang macho semua tak mau naik la. Geleng-geleng kepala. haha


GX5 ni swing or reverse  buggy. Kiranya buggy di tarik ke atas (dari arah belakang) sampai la ketinggian 50 meter. Waktu dok di puncak tu badan kita tergantung; muka kita facing the ground. Sama-sama kita bayangkan okay.. masa tu Jah rasa steady lagi. haha


Bila dah ready, orang yang di tengah kena press button to start. huhu Boss yang tekan. Bayangkan kalau kami 2 orang yang kena tekan, sure sampai esok pagi pun tak tertekan. haha


Once bergerak ja buggy tu Jah dapat rasakan apa yang orang nak bunuh diri terjun bangunan tu rasa. Bertekad & berserah haha giler lah. Jantung masa tu rasanya bukan di dalam dada gi dah. GX5 buggy ni bergerak pada kelajuan 120km/j :)


Yang ni memang takdak foto. Sekadar ingatan di memori kami. Agak-agak kalau suruh naik lagi kami berani tak? haha tengah menaip ni pun meremang bulu roma Jah!



Bagi yang nak mencuba.. Silakan! :)

2 comments:

  1. Rasa-rasanya kalau kena bayaq pun tak sanggup akak nak naik dua-dua benda ni. Zaman roller coaster & sewaktu dgnnnya akak dah berlalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe kami cuba pun sebab mat saleh tu asyik dok kata; you should try! Dia dah naik 9 kali @_@

      Delete